Aku kini bukan lagi aku yg dahulu

Dahulunya, aku dikenali oleh rakan-rakan sebagai seorang pemimpin yang sangat berpotensi dalam masa depanku. Malah senior-seniorku juga berkata sedemikian. Guru-guruku juga telah meramalkan bahawa aku akan menjadi seorang yang akan memimpin negara pada satu masa nanti.

Barangkali benar juga kata mereka. Sememangnya aku dahulunya sangat rajin untuk melibatkan diri dalam segala acara dan jawatan persatuan. Aku sentiasa memegang tampuk pengurusan penganjuran mana-mana acara serta persatuan. Sungguhpun nampak sangat membebankan, aku sungguh bersungguh-sungguha untuk melakukan semua tugas yang aku harus selesaikan.


Macam-macam jawatan pernah aku isi. Dari pengerusi ataupun pengarah program sehinggalah jawatan ahli jawatankuasa (AJK). Aku masih lagi ingat, aku terlibat dalam pengurusan pentas semasa Wacana Diraja yang diadakan di Dewan Konvensyen, Pekan, Pahang yang dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Walaupun aku menjadi orang paling bawahan pada masa itu (dalam pengurusan pentas), aku tetap komited melakukannya.

Potensi yang aku ada ini aku teruskan sehingga aku menyertai Program Latihan Khidmad Negara. Walaupun aku agak hampa kerana tidak dipilih untuk menjadi ketua bagi semua pelatih (tak ingat pula namanya), namun dengan jawatan sebagai ketua kompeni Bravo sudah memadai bagi aku. Sememangnya, memegang jawatan tinggi di PLKN memberi beban yang besar di atas bahuku.

Semua yang telah berlaku ini juga telah diketahui oleh mama dan papa. Malah, mereka mengetahui bukan kerana aku yang sampaikan kepada mereka, tetapi guru-guru dan jurulatih aku sendiri yang memberi tahu kepada mama dan papa. Aku gembira kerana mereka berasa bangga terhadapku.

Namun, nilai kepimpinan aku semakin merosot selepas itu. Aku tidak lagi komited untuk mengejar jawatan. Malah tidak mahu pun melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang dianjurkan walaupun aku hanya sebagai peserta juga tidak mahu menghadiri pun apa-apa acara yang diadakan. Kebanyakkannya, terdetik di dalam hati untuk terlibat walaupun sebagai orang paling bawahan, tetapi sentiasa juga aku membatalkan hasrat hati aku itu.

Malah, aku telah menolak jawatan sebagai pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya [PRS] (kemudian ditukar kepada Pembimbing Rakan Dinamik [PRD]) secara bulat-bulat setelah diumumkan perlantikan tersebut. Kejadian ini berlaku semasa aku masih di matrikulasi. Masalah kritikal ini juga bermula semasa aku di matrikulasi.

Apakah yang telah berlaku kepadaku? Sehinggakan berlakunya transformasi yang begitu mendadak sebegini rupa? Ke manakah aku yang dahulu? Di manakah Mohd Fadzrul Hisyam yang dahulunya selalu digelar "En. Pengarah" oleh orang sekelilingku sebelum ini?

Apakah perbezaan yang telah berlaku yang mengakibatkan aku juga sudah berbeza sekarang? Mungkinkah dahulu, kerana aku mempunyai buah hati, aku bersungguh-sungguh terhadap segalanya dari aspek pembelajaran hingga aspek kehidupan? Apakah dengan kehidupan yang kini tanpa seorang yang dikatakan buah hati itu menyebabkan aku menjadi kritikal sebegini? Aku tak pum fikir itu sebabnya.

Mungkinkah ada sebab lain? Mungkin kerasa suasana? Mungkin kerana pengaruh? Mungkin juga kerana diri sendiri? Tiada punca yang boleh aku fikirkan sekarang.

Kini, aku semakin mementingkan diri, juga semakin berkira dengan orang di sekelilingku. Aku juga semakin sensitif, semakin mudah lupa akan orang-orang di sekililingku. Aku juga semakin kurang yakin kepada diri sendiri.

Aku mencari seseorang yang boleh membantu aku untuk mencari puncanya. Mungkin punca itu terlalu remeh untuk difikirkan, mungkin juga besar. Aku perlukan dorongan semula. Aku pelukan seseorang yang mampu membimbing dan memimpin aku semula yang sudah tersungkur dan tempang ini. Aku tidak lagi mampu untuk membimbing dan memimpin diri aku sendiri dengan baik. Apatah lagi untuk membimbing dan memimpin orang sekelilingku yang sebelum ini mengharap kepadaku untuk membimbing dan memimpin mereka.

Aku kini bukan lagi aku yang dahulu. Mengapakuah begitu? Mungkinkah kerana kekosongan hatiku?

Post a Comment

2 Comments

  1. hye ... i tagged u..go to my blog..and check it out~!!!

    ReplyDelete
  2. sorry i have tagged u without reading your new post.lol..
    i have no ideal about the best word comfort you.it is all the normal thing,jus be what u'r used to be,if u slesa dgn mnjadi pemimpim just go on,if not jd pengikut y bek pn da ok..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)