Adakah lagu mempengaruhi anda?


Apa kata kita beralih angin seketika. Kali ini, kita bincangkan tentang lagu. Bukan apa lagu yang terhangat pada masa kini, tetapi apakah lagu mempengaruhi hidup anda? Ataupun anda yang mempengaruhi lagu yang anda dengar ataupun minati?



Seperti yang kita sedia maklum, muzik itu adalah satu gubahan bunyi yang djadikan berirama manakala lagu pula adalah bacaan / ungkapan yang dilakukan secara berirama. Dengan gabungan dua aspek ini, terhasillah lagu yang dihasilkan dari muzik dan lirik yang menarik. Namun begitu, ada juga lagu tanpa lirik yang diberi nama muzik instrumental. Oleh itu, aku suka untuk mengkonsepkan lagu dan muzik ini dalam satu perkataan mudah: lagu.


Jika kita perasaan, lagu-lagu yang dihasilkan adalah pelbagai jenre. Ada lagu jenre balada, pop, nasyid dan lain-lain. Dalam setiap jenre ini juga ada tema-tema yang tersendiri iaitu tema cinta, motivasi, keganasan dan lain-lain. Malah. lagu-lagu ini juga dikatakan boleh memengaruhi seseorang yang mendengarnya.


Aku tak nafikan lagu mampu mempengaruhi diri kita. Antara perkara yang mudah dipengaruhi adalah mood kita. Aku suka mengambil contoh lagu cinta. Lagu cinta pula ada beberapa jenis, iaitu menjurus kepada kesedihan, kegembiraan dan lain-lain. Lagu cinta yang sedih juga kadang kala menyebabkan aku berubah kepada mood sedih. Lagu rock pula menyebabkan aku lebih agresif dalam perbuatan aku pada masa itu.


Persoalannya sekarang, mampukah sesuatu lagu itu mempegaruhi kita dalam jangka masa pendek mahuun jangka masa panjang? Pakar psikologi ada yang menyatakan bahawa lagu mampu mempengaruhi tindakan manusia. Pendapat mereka juga telah dibuktikan dengan hasil-hasil kejadian mereka kepada individu-individu yang telah mereka kaji. Mereka mendapati bahawa lagu yang bermelodi perlahan lebih memberikan ketenangan kepada individu berbanding lagu-lagu rancak yang lebih memberi tekanan dan adrenalin kepada individu tersebut.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku lebih gemar mendengar lagu yang rentaknya perlahan dan tenang ketika belajar. Hal ini kerana lagu yang rentaknya perlahan itu boleh memberikan ketenangan semasa belajar. Dalam ketenangan ini juga, minda aku lebih mudah untuk mengeluarkan idea dan lebih mudah untuk berfikir. Namun begitu, lain pula semasa aku memandu. Aku lebih gemar mendengar lagu yang agak rancak kerana lagu-lagu itu akan memberikan aku lebih adrenalin untuk mengelakkan dari mengantuk.

Kadang kala juga, lagu yang aku dengari juga membawa aku ke kenangan lalu. Ada lagu yang memberi kesan dalam hidup aku malah ada yang tersemat menjadi memori yang kekal dalam hidup aku. Contohnya ialah lagu Adibah Noor - Terlalu Istimewa mengingatkan aku semasa program English In Camp yang dianjurkan oleh sekolah aku kepada semua pelajar Tingkatan 5 pada masa itu. Lagu Peterpan - Sephia dan Rabbani - Intifadha pula mengingatkan aku semasa aku mewakili Pahang dalam sukan bola baling semasa aku Darjah 6 iaitu tujuh tahun lalu. Banyak lagi lagu-lagu yang mengingatkan aku kepada sejarah silam aku.


Selain mengembalikan aku kepada sejarah silam aku, aku juga boleh mendapatkan pengajaran, motivasi dan semangat dari lirik-lirik lagu. Antaranya ialah lagu Ella - Standing in The Eyes of The World, Faizal Tahir - Gemuruh, OAG - Generasiku dan lain-lain. Lagu-lagu yang mempunyai lirik yang bermakna juga kadang kala menjadi pendorong aku untuk terus berusaha. Oleh itu, aku gemar untuk mengetahui lirik sebenar sesebuah lagu untuk aku mengambil iktibar dari mesej-mesej yang diketengahkan dalam lagu-lagu yang aku dengari.

Namun demikian, ada juga lagu yang aku dapati tiada mesej positif yang dibawa dalam lagu tersebut. Antaranya lagu yang aku berpendapat tiada mesej positif ialah seperti Black Eyed Peas - My Hump. Malah, kebanyakan lagu dari Barat kini hanya untuk hiburan semata-mata tanpa membawa mesej yang positif kepada pendengar. Inilah yang telah mempengaruhi remaja kini. Apa yang dikhuatirkan lagi ialah, lagu-lagu mereka menjadikan beberapa teras negatif seperti perkauman, anti-keagamaan, seks bebas, perkataan lucah, kata-kata kesat dan lain-lain sebagai teras lagu mereka. Lebih malang lagi apabila lagu-lagu ini telah menjadi pujaan remaja-remaja masa kini.


Walaubagaimanapun, persoalan ini akan terus timbul kerana apakah lagu yang anda degari mempengaruhi diri anda? Apakah ini menunjukkan diri anda tiada pendirian ataupun lagu-lagu tersebut menunjukkan keperibadian anda? Persoalan terakhir; apakah mood anda mampu mempengaruhi lagu yang ingin anda dengari sedangkan lagu yang dipilih bukanlah lagu dari jenre yang diminati?


Walau apa pun persoalan dan jawapannya, benarlah kata-kata orang di luar sana; sebuah lagu memberi berjuta makna kepada insan yang berbeza. Walau seribu tahun pun kita bincangkan topik ini, pastinya belum dapat kita rungkaikan segalanya. Inilah keindahan anugerah Tuhan kepada hamba-Nya.

Post a Comment

3 Comments

  1. wawawa...lagu mmg leh tngkn diri,xspecially time stress,nyanyi je..lyan hbs..

    ReplyDelete
  2. SalaAm..

    Masa sedih, aku dengar lagu yang memenangkan
    Masa gembira, aku dengar lagu yang menceriakan
    Masa marah, aku dengar lagu yang memujuk
    Masa susah, aku dengar lagu yang bersemangat

    Tapi dalam banyak-banyak lagu, aku suka lagu dari album yang asli, bukan cetak rompak. 'Album' yang diturunkan ke muka dunia sebagai penawar kepada setiap penyakit. Penyakit zahir dan penyakit batin. 'Lagu' kegemaranku adalah Surah Yusuf. Cubalah dengarkan dari lubuk hatimu terdalam. Sedih, gembira, marah, hiba... Semuanya akan dirasai...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)