Kejohanan Futsal Mechapro


Ahad yang lalu, aku dan beberapa rakan sekelasku telah menyertai Kejohanan Futsal Mechapro. Pagi itu, cuaca hujan. Jadi, perlawanan bermula lewat sedikit dari masa yang dijadualkan.

Nama pasukan aku adalah Jelutong FC. Tak tahulah dari mana datangnya nama pasukan ini, mungkin dari Bukit Jelutong barangkali.


Pasukan aku bukanlah pasukan yang hebat memiliki jersi sendiri dan mempunyai skill yang mantap. Namun, kehadiran kami adalah sebagai underdog iaitu mengganggu gugat pasukan lain untuk menang.

Perlawanan pertama kami bermula baik dengan seri 1-1. Namun, permainan seterusnya memberikan keputusan yang agak 'memberangsangkan' dengan kekalahan 0-2 dan diikuti 0-3. Dalam tiga perlawanan pertama ini, posisi aku adalah penjaga gol.


Kejohanan dihentikan seketika pada tengah hari apabila hujan kembali lebat. Pada jam 2.30 petang, kejohanan disambung semula. Pasukan kami bermain untuk kali terakhir pada petang itu dengan kekalahan 1-4. Dalam perlawanan ini, aku bermain di posisi tengah dan kadang kala bertukar dengan penyerang. Perlawanan ini sungguh mencabar tahap fizikalku kerana aku berasa sungguh penat dalam perlawanan itu.

Mengikut rekod, inilah kejohanan yang aku sertai memberikan keputusan yang paling teruk dan rekod terbaru bagi aku adalah pasukan yang aku sertai memboloskan gol bagi semua perlawanan.

Walaupun pengalaman aku pernah bermain di peringkat negeri dan kebangsaan anjuran pihak persatuan bola sepak, kerajaan, mahupun swasta, tetapi masih belum mampu untuk membawa status kumupulan aku kepada yang lebih baik.


Namun, kemenangan bukanlah tujuan aku semata-mata. Cuma untuk meningkatkan stamina aku sahaja.

Semoga kemahiran aku juga meningkat pada masa hadapan sejajar dengan peningkatan stamina aku.

Post a Comment

10 Comments

  1. mcm nk sme ngan score manU n Liverpool jek (klh 1-4)..hehehe...(xde pape niat ek)..cbe lg len kali ek..

    ReplyDelete
  2. ai. kate td nak lwn real. mcm mane ni. byk kalah ni. xpe, peluang nad nak menang nampk cerah. hihi

    ReplyDelete
  3. jangan kaitkan permainan nih dgn pertarungan kite ek...

    kump kami bukan x hebat, memang hebat dan mantap,

    cuma pasukan lain lebih hebat dari kami...
    hehehe...

    ReplyDelete
  4. ye ke..hebat ek.. ke alasanmu je tue..hehe..

    ReplyDelete
  5. nape? xcaye ke?

    nak syam buktikan ke? jom la battle...real vs man u...

    ReplyDelete
  6. haha. bole2. dimana mau battle? kt lwn ps. nak? hua3

    ReplyDelete
  7. eleh...pes? x best langsung...
    syam dah top player da...
    huhuh...

    maen realiti la baru best...
    tgk sape semput dlu
    hakz3x...(takbur jap...hehehe)

    ReplyDelete
  8. lor,muka budak2 poyo men futsal sume ada kat blog ko ke syam?haha nak tergelak syal aku tgk muka amin,mcam muka alien daa,kua3

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)