Kisah si pesakit di bulan Ramadan

Sebenarnya aku nak buat cerita yang macam aku buat sebelum ini, tetapi disebabkan aku sendiri pun dah masuk air banyak sangat, aku dah tak boleh cari pemula cerita.

Kisahnya bermula ketika seminggu sebelum mulanya Ramadan. Apa yang terjadi seminggu sebelum Ramadan tu tak ada kaitan dengan penyakit aku pun. Cuma aku nak katakan aku sibuk untuk persediaan pendaftaran anggota baharu Askar Wataniah UMP. Sepanjang persediaan itu, aku tak mengalami apa-apa jangkitan virus mahupun bakteria.

AKu mula rasa badan aku tak sihat ketika dua hari sebelum Ramadan. Badanku mulai panas dan lemah. Pada keesokkan harinya pula adalah hari pendaftaran anggota baharu Askar Wataniah UMP. Malam itu, aku telan dua biji paracetamol.

Sepanjang hari pendaftaran tersebut, badan aku beroperasi seperti normal. Namun, pada malamnya pula, suhu badanku kembali naik dan badan mula menjadi lemah. Untuk kali ini, aku tak mengambil apa-apa ubat-ubatan ataupun sedatif untuk meredakan kesakitan yang menimpa aku.

Hujung minggu aku dipenuhi dengan radang di dada, kesakitan di kepala, badan, batuk-batuk dan hilang fokus dalam melakukan kerja. Begitu juga semasa aku menunggang motosikal, aku hilang fokus pada kelajuan 80 km/j.

Namun, pada hari Isnin, aku terpaksa ke pusat kesihatan UMP untuk memastikan yang aku tak positif Influenza A H1N1. Aku mendaftar untuk kali pertama di pusat kesihatan tersebut. Maklumlah, selama ini, aku sentiasa sihat. Kalau tak sihat pun, aku diamkan sahaja. Mana pernah aku ke pusat kesihatan sebelum ini. Aku pun ambil nombor dan menunggu dan tunggu dan tunggu.... Mujurlah ada beberapa awek di situ, tapi tak nak lah! Masing-masing sakit! Nanti ada pula perbualan dimulakan dengan soalan "Antara saya dengan awak, rasanya siapa mati dulu?"

Nombor aku dipanggil. Ya, nombor aku, nombor 1040. Aku masuk ke bilik yang menempatkan seorang doktor di situ. Lalu aku duduk di atas kerusi yang disediakan. Berikut adalah dialog yang berlaku di dalam bilik tersebut:

Panduan: Dr = Doktor, A = Aku.

Dr: Come in, please have a seat.
A: Ok, thanks.
Dr: Tell me, what is your problem.
A: Erm... saya ada batuk... (Doktor menyampuk)
Dr: Please speak in English here. Ok, what is your problem?
A: (Dalam hati - mak aih! aku sakit pun kena speaking juga ke? Makin sakit adalah!)

Lalu, aku pun berkata-kata dalam bahasa Inggeris dengan sangat tidak lancarnya.

A: Err... I... I have batuk... eh, cough... yeah, cough...
Dr: Ok, cough.
A: I... I... feel... (Doktor menyampuk lagi)
Dr: Do you have headache?
A: Yes.
Dr: Anything else?
A: Erm... when I take a deep breath, I feel pain in my chest. Ya, chest pain. I also feel pain at my back....
Dr: Ok, go to the bed, sit on it.

Lalu dia pun melakukan pemeriksaan di belakang aku. Ingat angin kot. Apabila dia memeriksa suhu badan aku, suhu badan aku hanyalah 37 darjah selsius.

Kekalutan semasa menerangkan masalah aku di dalam bilik itu menyebabkan aku lupa akan perkataan-perkataan untuk sakit-sakit lain yang aku rasa.

Kemudian, doktor tersebut memberikan nasihat kepadaku. Dia berkata, "Ok, you must... (aku tak dengar apa dia cakap) ... and .... Take fresh juice ... (tak dengar lagi) ... take care of your meal, don't take ... (sekali lagi tak dengar) .... Ok?"

Apa punya doktor lah! Nak bagi nasihat macam cakap dengan bini dalam kelambu! Mana aku nak dengar apa dia cakap? Nasib baik aku dengar juga kena minum air jus segar. Yang lain-lain pula, haram aku nak tahu! Sudahlah aku mudah hilang fokus ketika itu. Sah-sah aku tak dengar apa dia kata.

Kemudian, aku diberi tiga jenis ubat yang diberi nama Cephalexin, Piriton dam Paracetamol. Cephalexin adalah ubat yang WAJIB aku habiskan manakala ubat-ubat lain boleh diambil jika perlu. Pada hari pertama, aku mengambil ketiga-tiga buat yang diberikan kepadaku. Aku mengambilnya selepas berbuka puasa. Malamnya pula ada kelas Academic Report Writing. Kesan ubat Piriton sungguh kuat sehinggakan apabila habis sahaja kelas dan aku pulang ke rumah, aku terus pengsan di ruang tamu hingga ke pagi.

Kini, aku dah tak ambil Piriton lagi kerana aku ada banyak kerja yang kena diselesaikan! Kalau hari-hari aku pengsan, mana nak siap kerja-kerja aku!

Bagi aku, ubat-ubatan ini sekadar melegakan aku sahaja kerana jika aku mengambil ubat semasa sahur, badan aku berfungsi seperti normal pada siangnya sehingga jam 3 petang. Pada ketika itu, kesan ubat sudahpun hilang dan kesakitan datang kembali. Inilah yang berlaku kepadaku sepanjang lapan hari aku sakit.

Kini, kesan ubat semakin cepat hilang. Ada suatu hari itu, kesan ubat hilang pada jam 12 tengah hari. Maka, aku kenalah bertahan selama tujuh jam lagi untuk mengambil ubat yang seterusnya. Kini, kesihatan aku makin teruk. Daripada masalah kesakitan apabila menarik nafas dalam-dalam, kini setiap kali aku tarik nafas, aku akan merasai kesakitan di seluruh dada, belakang, leher dan kepala. Suhu badan akan terus naik mendadak setiap kali kesan ubat sudah hilang.

Kepada doktor-doktor yang membaca pos ini, apakah penyakit aku ini? Yang pasti bukan sakit angau.



Setiap penyakit ada penawarnya melainkan maut.



*****
Nota Kaki:
1. Aku jawab segala test aku dengan perasaan yang sakit.
2. Banyak perkara terpaksa aku tolak kerana ketidak baikan kesihatan aku ini.

Post a Comment

4 Comments

  1. alahai, siannye

    emosi sakit kot??

    hu3

    moge cpt smboh~

    ReplyDelete
  2. ermm..
    cian nya kt die..
    harap cepat sembuh..
    then, dpt survive cm byase..hehe..

    =)

    ReplyDelete
  3. uish. bahaye tuh.
    asal la ko ta tanye doc sengal tu balik? haih~

    ReplyDelete
  4. SalaAm..

    Baru nampak pos ni. Kebelakangan ni orang selalu sibuk pasal H1N1 jadi HaWa tak berani nak ke klinik. Nanti tak fasal-fasal kena kuarantin. Baru-baru ni Miss Nurul Aidha, pensyarah Maths HaWa di KMKN ditahan di wad kuarantin dua hari sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Mujur tak ada apa-apa yang berlaku selain kejutan apabila doktor mengambil keputusan menahannya di wad H1N1.

    Malam tadi HaWa sesak nafas lagi, seperti yang pernah terjadi 2 kali sebelum ni dan sehingga pukul 3 pagi HaWa tah dapat tidur. Selalunya selepas bangun tidur sakit tu berkurang, tapi hari ni cuma batuk saja yang hilang. Sakitnya tidak.

    Dilema menyesak di dada yang sudah sedia sesak. Mahu ke UK (Unit Kesihatan) atau tidak? Kerja banyak, kuliah pun berlambak (HaWa jenis yang sayang masa kuliah.), kertas kerja PHI belum pun dimulakan sedangkan sudah di pertengahan semester.

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)