

Apakah kita sedar bahawa statistik kemalangan jalan raya sering kali meningkat tatkala hari perayaan utama mahupun cuti persekolahan bermula? Ramai yang menyedarinya tetapi tidak mengambil peduli hal ini secara serius. Biarpun mereka sibuk untuk membuat persiapan berhari raya tetapi persiapan di atas jalan raya juga amatlah penting kepada mereka.
Perkara pertama yang harus dilakukan oleh pemilik kenderaan adalah memastikan kenderaan mereka 'sihat' untuk digunakan di atas jalan raya. Pastikan kenderaan diservis terlebih dahulu dan menggantikan apa yang perlu sekiranya alatan-alatan tersebut sudahpun tamat jangka penggunaannya. Ini akan mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya. Selain persiapan kenderaan, pemandu juga memerlukan persiapan fizikal yang mantap agar 'sihat' untuk memandu.
Selain memperkatakan tentang kemalangan jalan raya, antara senario yang terjadi di atas jalan raya adalah kesesakan jalan raya. Kesesakan ini menjangkaui tahap kesesakan maksimum apabila tiba waktu puncak penggunaan jalan raya oleh pengguna jalan raya. Hal ini bertambah teruk lagi apabila berlakunya kemalangan setra keadaan cuaca yang tidak baik serta sikap pemandu sendiri yang mementingkan diri sendiri.

Walau apa pun persiapan yang dilakukan, haruslah diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian terhadap keadaan sekeliling. Walau ghairah mana pun untuk pulang ke kampung halaman, keselamatan adalah amat penting agar tidak mengubah suasana kegembiraan hari raya bertukar kepada kesedihan. Jagalah keselamatan, ingatlah orang tersayang.
Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji