Suasana Cuti

Sudah hampir sebulan aku tak menghantar pos blog ini. Aku bukannya malas tetapi aku tidak ada kesempatan untuk duduk depan laptop yang online bersama-sama dengan idea baru untuk pos terbaru aku.

Pos yang aku hantar ini pun hanya tempelan semata-mata untuk bulan Disember ini. Aku tiada apa yang ingin diperkatakan melainkan aku telah sampai ke Terengganu dan Melaka sepanjang cuti ini.


Walaupun tak lama aku di Terengganu, namun aku telah bertemu dengan rakan baru. Sekurang-kurangnya ada perkembangan positif pada cuti kali ini. Walaupun Kemaman itu hanya dua jam perjalanan sahaja, namun aku merancang untuk sampai ke daerah Besut satu hari nanti.

Di Mini Malaysia & Mini Asean

Melaka pula merupakan pengalaman yang baik bagi aku. Setelah hampir 12 tahun aku tak menjejak kaki ke Melaka, seingat-ingat aku semasa sepupu aku berkahwin. Aku telah melepaskan rindu aku di Melaka dan rumah Pak Ngah aku. Aku telah melawat beberapa kawasan pelancongan di Melaka seperti Melaka Zoo dan Mini Malaysia & Mini Asean serta pameran The Sience of Alien di Melaka International Trade Center (MITC). Namun, hari semasa aku mahu ke Ayer Keruh untuk melawat tapak bersejarah, keadaan agak tidak mengizinkan aku.

Di pameran The Sience of Aliens

Jalan raya penuh sesak serta hujan lebat melanda. Maka aku terpaksa tangguhkan niat aku untuk menjejakkan kaki ke Kota A'Famosa, Bangunan Stadhuys, muzium kapal besar, dan lain-lain. Aku juga tidak berkesempatan untuk naik menara Taming Sari serta Eye On Malaysia (atau Eye On Melaka). Walau apa pun aku akan kembali ke Melaka suatu hari nanti. Mungkin aku akan ajak rakan-rakan aku pula untuk ke sana.

Hari ini juga, ibu saudaraku dan sepupu aku dari Labuan akan pulang. Namun begitu, di kala meraka dihantar oleh orang tuaku serta adik bongsuku, aku bersama dua adik lelaki yang lain bersedia di rumah untuk menjaga rumah aku jika berlakunya bencana banjir tahun ini. Ini adalah misi kami di sini sepanjang tiga hari ketiadaan orang tuaku di sini. Apa pun, aku yakin, banjir tidak akan melanda rumahku.

Walaupun cuti ini ada beberapa perkembangan poitif, tetapi ada juga situasi yang tidak menunjukkan 'perkambangan' malah semakin 'menguncup'. Apa yang aku maksudkan ialah berat badan aku yang menurun sekilogram. Berat aku yang pada awal cuti sebanyak 58kg menurun menjadi 57kg. Jauh dari sasaran aku untuk menaikkan berat badan aku sebanyak empat kilogram.

Walau apapun, cuti kini tinggal lebih kurang dua minggu lagi. Apakah yang akan berlaku dan dilakukan pada hari mendatang? Sama-samalah aku menunggu dan menunggu.

Post a Comment

0 Comments