Ceritera lama

Alkisah... tayyiibbb....
Maka tersebutlah kisah... tayyiibbb....
Sang kancil datang beramai-ramai menghadap
Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun...

Mana Firaun pakai sultan...
Entah....
Pernahkah anda mendengar ungkapan di atas? Kepada yang meminati filem Melayu pada zaman '50an pasti mengenali ungkapan di atas. Ungkapan ini telah diungkapkan oleh Ajis dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Minatkah anda kepada filem-filem Melayu lama? Apakah anda masih gemar menontonnya? Aku masih meminati filem-filem Melayu lama, terutamanya filem arahan atau lakonan Tan Sri P. Ramlee. Filem-filem keluarannya adalah antara yang terbaik yang pernah aku tonton sepanjang hidup aku.




Pada post kali ini, aku hanya mahu membincangkan tentang hal Tan Sri P. Ramlee dan filem-filem arahan atau lakonan beliau.

Banyak filem yang telah dikeluarkan dan filem pertama lakonan Tan Sri P. Ramlee ialah dalam filem Penarek Becha. Sejurus selepas lakonan pertamanya, beliau terus melonjak naik sebagai pelakon utama dan kemudian menjadi pengarah dalam lakonan filem-filem beliau.

Aku meminati beberapa filem yang diarah oleh beliau. Antaranya ialah sequel Bujang Lapok, sequel Labu Labi, Ahmad Albab, Ali Baba dan lain-lain. Beberapa sebab mengapa aku meminati filem-filem ini kerana jalan ceritanya yang menarik, unsur lawak, dan lagu-lagu yang diselitkan dalam filem tersebut. Ada juga lagu-lagu yang masih diminati oleh anak muda pada masa kini. Antaranya ialah Getaran Jiwa, Maafkan Kami, dan lain-lain. Lagu-lagu ini juga kadang kala menjadi budaya baru dalam hidup kita. Antaranya ialah meminta maaf dengan menyanyikan lagu Maafkan Kami.



Sebenarnya, banyak lagi yang belum aku perkatakan tentang hasil seni Tan Sri P. Ramlee ini, tetapi, hanya inilah yang aku mampu untuk bincangkan. Hal-hal berkaitan Tan Sri P. Ramlee yang lain selayaknya dibincangkan oleh penggiat-penggiat seni yang mahsyur di negara kita.

Post a Comment

0 Comments