Aku berkahwin dengan puteri Sultan Pahang!

Disebabkan tak mahu langkah bendul, Sultan Pahang mengumumkan akan mengahwinkan seorang puterinya yang lebih tua. Pada masa itu, rakyat tak pernah pun nampak muka puteri yang lebih tua, cuma puteri yang lebih muda itu yang selalu rakyat nampak. Pastinya, rakyat terpesona dengan kejelitaan puteri yang muda. Samalah dengan aku. Tambahan pula, ramai orang mengatakan bahawa puteri yang tua itu tidak jelita. Sebab itulah baginda tak pernah dilihat di khalyak awam.

Namun dalam ketika ini, puteri muda sudah mahu dikahwinkan, maka puteri yang tua terpaksa dikahwinkan kerana menjaga adat agar tidak langkah bendul. Dengan itu, Sultan mengumumkan kepada mana-mana rakyat lelaki yang layak, akan dikahwinkan dengan puterinya yang tua.

Aku pada masa itu, hanyalah seorang yang baru sahaja tamat pengajian Sarjana Muda aku. Maklumlah, ketika itu aku masih belum mempunyai kerja. Lagipun, aku rasa seperti terlalu muda untuk memikirkan tentang kahwin.

Namun begitu, entah mengapa ada seorang jiran aku memanggilku agar datang ke rumahnya (bayangkan kawasan perumahan tersebut adalah seperti Indera Mahkota 5 atau Bukit Istana atau Puncak Alam). Aku pun peliklah, kenapa tiba-tiba pula jiran aku ini memanggilku. Selama ini, jarang sekali mahu diajak tetamu ke rumahnya.

Aku pun pergilah ke rumahnya. Seperti biasa, setelah bertemu dengan jiran aku itu, berboraklah kami seperti biasa. Kemudian, tiba-tiba datang beberapa orang dari kawasan ruang tamu bahagian lain di rumah itu (Azri, bayangkan seperti dalam rumah Phatyn). Perempuan kesemuanya, dan semuanya berumur dalam hampir separuh abad, juga aku seperti kenal akan muka-muka itu.

Lalu diperkenalkan mereka kepada aku, mereka adalah Raja Permaisuri Sultan Pahang dan beberapa puterinya yang sudah pun berumah tangga. Lalu pada masa itu juga, barulah aku tahu akan rahsia jiran aku itu. Rupa-rupanya dia adalah antara kerabat Diraja Sultan Pahang! Dia mahu memperkenalkan aku kepada Raja Permaisuri Sultan Pahang untuk dikahwinkan dengan puterinya yang mahu dikahwinkan itu.

Aku mula terkedu. Aku tak tahu nak kata apa-apa. Aku rasakan aku tak layak untuk dikahwinkan dengan puteri Sultan Pahang. Pada awalnya, aku menolak pelawaan daripada Raja Permaisuri Sultan Pahang. Aku malu kerana aku tiada kerja. Aku juga baru sahaja tamat belajar. Bagaimana mahu aku menampung nafkah untuk isteriku nanti?

Maka jiran aku pun membawa mereka semua ke ruang tamu di bahagian lain di rumah tersebut kecuali seorang, puteri sulung Sultan Pahang. Maka, banyaklah soalan yang dikenakan kepada aku. Aku pun jawablah dengan apa yang aku mampu. Setiap kali soalan tentang persetujuan untuk aku berkahwin dengan puteri itu, aku sentiasa menolak kerana aku tahu, aku masih tidak layak untuk menjadi suami orang. Inikan pula puteri raja.

Lalu, dia menunjukkan satu gambar. Gambar itu aku lihat dan aku tak kenal orang di dalam gambar itu. Lalu puteri yang sulung itu berkata, itulah puteri yang mesti dikahwinkan itu. Wajahnya yang tidak jelita berbanding puteri yang lain menyebabkan baginda tidak berkahwin hingga sekarang. Puteri ini tua cuma dua tahun berbanding adindanya yang paling diminati seluruh rakyat kerana kejelitaannya.

Kemudian, datanglah dua orang yang sangat cantik parasnya, sangat bersih rupanya. Bagai pinang di belah dua. Itulah puteri muda dan bakal suaminya. Sungguh kacak paras rupa bakal suaminya. Memang patutlah dia dipilih. Tiada keraguan lagi. Bukan sahaja kacak, tetapi memiliki karier yang kukuh untuk menjadi suami yang bertanggungjawab.

Lalu puteri yang sulung itu meminta diri seketika lalu disertai puteri yang muda dan bakal suaminya untuk berbicara seketika. Agak lama jugalah. Aku hanya ditemani jiranku dan ibu bapaku sahaja. Aku diamkan diri sahaja.

Tiba-tiba, aku dipanggil ke bahagian ruang tamu yang satu lagi (bukan tempat bicara mereka semua). Lalu aku ternampak seorang wanita yang sungguh manis rupanya. Malah lebih jelita daripada puteri yang muda. Aku duduk di sofa yang berada di situ. Lalu diikuti dengan puteri yang sulung. Baginda berkata, "yang sebenarnya, gambar yang ditunjukkan tadi bukanlah rupa paras puteri yang tua itu, tetapi inilah paras rupanya. Dialah yang sebenarnya memiliki paras rupa yang paling jelita di antara kami semua ini."

Puteri tua itu menoleh kepadaku lalu tersenyum. Aku terpesona dengan kejelitaannya. Tak sangka aku dibuatnya kerana rupanya jauh lebih baik daripada apa yang diperkatakan orang sebelum ini.

Puteri sulung menambah lagi, "sebenarnya, dia ini muda dua tahun dari kamu. Dan memanglah dia lebih tua daripada puteri muda. Kami semua, telah bersetuju untuk mengambil kamu sebagai salah seorang ahli keluarga kami."

"Tapi, kenapa patik? Bukankah ada orang yang lebih baik kedudukannya, lebih baik parasnya, dan lebih baik segalanya? Patik tak layak untuk puteri yang jelita ini. Patik juga hanyalah rakyat yang masih terkial-kial mencari jalan hidup yang kukuh." soal aku kembali.

"Mereka memanglah baik dari segalanya, tetapi mereka datang kepada kami dan terus mahu mengahwini puteri ini kerana harta yang dimilikinya. Ada yang menolak terus puteri ini hanya kerana melihat gambar puteri. Ada juga yang terus menghina kerana keburukan wajahnya dalam gambar itu. Mereka semua hanya mahukan pangkat dan harta, tetapi tidak bagi kamu. Sebolehnya kamu cuba menolak walaupun kamu telah menatap wajah sebenarnya kerana kamu tahu akan tanggungjawab seorang suami itu berat untuk menampung hidup seorang jiwa yang penting dalam hidup kamu. Kamu juga tidak terburu-buru mengubah pendirian setelah melihat wajah sebenar puteri ini."

"Tapi... patik... patik tak layak... ."

"Janganlah kamu menolak lagi," tiba-tiba satu suara yang agak kasar dari belakang. Rupa-rupanya Sultan Pahang sendiri sudah ada di sini dari tadi! Lalu aku berikan sembah kepada Baginda.

"Sudahlah, tak perlu beri sembah. Beta mahu kasual sahaja di sini. Beta dah dengar segala perbualan kamu dan anakanda beta. Beta juga sudah berbincang dengan permaisuri beta. Kamulah yang paling layak di antara ramai yang pernah beta temui. Kamulah yang paling sesuai untuk beta halalkan dengan puteri beta yang satu ini."

"Tapi tuanku..."

"Tak ada tapi-tapi lagi. Ini adalah titah beta. Kamu tak perlu risau akan kerjaya kamu nanti. Kamu sudahpun dipantau sejak kamu mula belajar di UMP lagi. Kamu telah menunjukkan kerja yang cemerlang. Jiran kamu inilah yang memantau kamu. Dekan kamulah yang menghanter laopran tiap-tiap bulan. Kamu pasti perasan, siapakah Chansellor kamu kan? Jangan risau. Oleh sebab kamu ini seorang yang rajin bekerja, kamu boleh bekerja di syarikat jiran kamu ini."

Rupa-rupanya, jiran aku ini sudah lama memerhatikan aku. Patutlah aku yang dipilih walaupun aku tak rasakan aku layak untuk semua ini.

"Maka, dengan ini beta titahkan puteri beta ini akan dinikahkan dengan pemuda ini dalam masa sebulan lagi."

Maka, bermula detik itulah, aku mengubah persepsi aku bahawa aku akan berkahwin, dan aku bersedia untuk menghadapi alam perkahwinan.

Semasa persiapan untuk bernikah, tiba-tiba suasana gelap dan sunyi sepi. Agak lama juga dalam keadaan begini. Kemudian, aku ternampak suatu cahaya. Oh, cahaya laptop aku yang terpasang dari malam tadi. Rupa-rupanya aku bermimpi sahaja.

Aku terfikir kembali. Kenapa mimpi pelik ini yang datang kepadaku malam tadi? Tak pernah-pernah aku bermimpi untuk berkahwin, inikan pula dengan puteri raja. Aku memikirkan seketika apa yang telah aku mimpikan.

Apakah ini petanda dari Tuhan tentang rancanganNya? Kalau tidak, masakan Dia menurunkan mimpi ini kepadaku. Mungkin aku tak berkahwin pun dengan puteri raja, tetapi mungkin ada sesuatu yang di sebalik mimpi ini.

Allah telah berfirman,
"Bagi-Nya kunci-kunci segala sesuatu yang gaib yang tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia. Dia mengetahui apa yang di darat dan di laut dan tidak ada sehelai daunpun yang gugur kecuali Dia mengetahui-Nya dan tidak ada satu benihpun di kegelapan bumi dan tak ada sesuatupun yang kering dan basah kecuali ada di dalam kitab yang jelas" [Al-An'am : 59]

Allah juga berfirman,
"Apakah kamu tidak tahu bahwa Allah mengetahui segala sesuatu yang ada di langit dan bumi. Sesungguhnya itu semua telah ada dalam kitab, sesungguhnya itu sangat mudah bagi Allah" [Al-Hajj : 70]

Teringat aku kepada suatu hikayat lama yang menceritakan bahawa seorang alim ini mahu menikahkan anaknya dengan seorang pemuda yang baik budi pekertinya. Lalu si alim ini mengenalkan anaknya sebagai seorang yang kudung kaki, kudung tangan, buta, bisu dan pekak. Pemuda itu terima sahaja lamaran ini. Selepas dinikahkan, barulah si pemuda itu dibenar untuk merapati isterinya, tetapi wanita yang dia nampak dalam biliknya adalah sempurna paras rupa dan panca inderanya. Lalu pemuda ini berjumpa semula dengan si alim. Lalu si alim mengatakan bahawa, anaknya kudung tangan kerana tidak pernah menyentuh benda haram, kakinya kudung tak pernah melangkah ke tempat haram, matanya buta kerana tak pernah melihat benda haram, mulutnya bisu tak pernah berkata-kata benda yang haram, dan telinganya pekak tak pernah mendengar kata-kata yang haram. Maka, benarlah wanita itu isteri pemuda itu.

Dari kisah ini, aku rasakan Allah mahu menunjukkan bahawa jika aku reda dengan apa yang aku peroleh sekarang, mungkin Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kun fayakun, "jadi, maka jadilah". Inilah kata-kataNya.

*****
Nota Kaki:
1. Apakah benar aku sudah bersedia untuk berkahwin? Belum... aku belum bersedia!
2. Kalaulah betul aku kena berkahwin dengan puteri raja, tak tahulah apa nak kata. Tebalik jadinya! Biasanya putera yang cari orang kebanyakan, bukan puteri.
3. Hujung minggu ni aku ada peluang nak ke Bangi, jumpa Miss F. Itu pun kalau aku tak sibuk.

Post a Comment

7 Comments

  1. haha siut tol pnt aku bce mmpi jek ceh hmpeh tol hehehe tp kalo jd cam 2 tnye la kot2ade lg yg bongsu ke lg cmey ke pe ke hehehe i sngle lg neh hehehe ^_^

    ReplyDelete
  2. Haha...cengkadak je ko single... hehehe...

    Aku rase xdek dah yg paling bongsu... hahaha

    ReplyDelete
  3. nk jgk..!hehe> weh,kecewa mama nty..ckp nk kawen ngan ctnurhaliza.hahaha...

    hisyam>putera sultan pahang xde ke?nk gak rse kawen ngan org diraja..wawawa

    ReplyDelete
  4. SalaAm..

    HAha..Sangat kelakar.. Mimpi.. tapi selalunya mimpi tu boleh jadi betul.. Huu.. Ada orang tu mimpi kena kahwin dengan puteri sultan..

    Got such dream once. Tak nampak muka pengantin lelaki sampai habis persandingan and guess who.. He's my crush! So scared at the moment but I know that's just a dream.. BTW, I've improved my computer knowledge and now most things look easier.. C++ setakat ni assignment dapat almost full marks.. Best. Ada cita2 nak masuk bidang kotak-katik komputer lepas ni??

    ReplyDelete
  5. Hahahahaha kalau awak mimpi nikah dgn puteri pahang.. Sebelum mimpikan tengku pahang sy mimpi berkahwin tapi takde pengantin lelaki..lepas malam esoknya tu dpt mimpi dilamar putera mahkota pahang yg skg ni untuk jadi isteri.. Siap dapat restu dari Raja Permaisuri agong & YDPA pula tu..alahaiii hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha bertuahnya! awak ada mimpi apa ii lagi ke berkaitan dengan berkahwin dengan Tengku? atau ada minor ii dalam mimpi yang terjadi ke? ada?

      Delete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)