Curi-curi hantar blog

Aku ambil kesempatan semasa berada di rumah sekejap (selepas hantar laptop ke kedai baiki komputer untuk major service) untuk menghantar post ke dalam blog ini.

Aku ada membaca beberapa post dari kawan-kawan aku yang memiliki blog dan ada beberapa post telah menarik minat aku.

Berikut adalah beberapa post yang telah menarik minat aku:
1. Ada Mancis, Tak Ada Rokok [Behind the Scene]
- Komen aku: Sabar sahaja. Kalau tak jumpa topi keledar itu juga, cuba cari bawah Jambatan Pulau Pinang. Mana tahu terjatuh dari jambatan.
2. Ku Cilok Teka Tekuk [-kukukakisha89- :)]
- Komen aku: Walaupun sekarang dah ada jawapannya, banyakkan lagi 'mencuri' teka teki yang pelik-pelik.
3. Kisah Seram....Yang Betul-betul Terjadi.... [DuniA..kAmi..CitY of WondERs]
- Komen aku: Mana tahu, ada mutant kucing yang lalu malam itu. Cuba tangkap, hantar ke perhilitan. Spesies baharu kut.
4. Jangan Kutuk Lecturer Dalam Blog [Behind The Scene]
- Komen aku: Aku tak pernah kutuk pensyarah dalam blog. Aku cuma terkutuk kutukan yang mengutuk kutukan-kutukan yang terkutuk di luar sana sahaja.

Tahniah kepada penulis-penulis yang telah berjaya membuatkan aku tertarik kepada tulisan mereka. Teruskan usaha anda. Kepada yang post mereka kurang mendapat sambutan dari aku, sila usaha lagi. Buatkan tajuk yang menarik dan cerita yang menarik. Yang penting, kasual dan berinformasi.

*****
Nota Kaki:
1. Aku harap sangat mereka yang terpaksa menumpang di rumah aku itu beransur secepat yang mungkin. Takkan aku nak hidu asap rokok dia orang hari-hari! Kalau nak merokok, merokoklah di luar rumah! Busuk rumah aku (dan kawan-kawan aku)!
2. Bilalah internet di rumah aku nak sihat? Jangankan aku nak melayan Facebook, Friendster, dan lain-lain. Nak masuk portal e-learning pun kena tunggu aku kahwin empat, beranak 30 baru nak siap load page!
3. Suasana tempat tinggal berada sejauh 50km dari tempat kuliah akan aku mula rasai bermula dalam seminggu lagi. Inilah yang akan berlaku tiap-tiap hari hingga... Sultan Pahang nak marah kut.
4. Maaf kepada Farah kerana aku tak dapat memenuhi permohonan tag kamu.
5. Status aku masih lagi disconnect. Tak tenang aku kalau tak dapat ber-chatting dengan Miss F.

Post a Comment

0 Comments