Itu kisah cerita yang cuba dikaitkan dalam filem box office terbaru, 2012. Katanya hari kiamat akan berlaku pada tarikh itu, namun, aku sokong dengan penerangan saintifik mereka yang mengatakan kerak bumi tidak stabil seperti yang diceritakan dalam filem tersebut.
Apa pula kaitannya dengan 17 November? Tarikh ini pula tak berkaitan dengan hari kiamat tetapi berkaitan dengan hari terakhir peperiksaan akhir aku. Apabila sudah tamat, maka apa lagi, bersuka rialah aku.
Aku menyambut tamatnya peperiksaan dengan bermain boling sebanyak 4 game. Disebabkan hampir 4 bulan aku tak bermain boling, maka permainan aku sangat teruk dan kecederaan aku kembali menghantui aku semula.
Ada lagi satu kerja yang tak pernah aku buat, tetapi aku buat juga akhirnya iaitu menyanyi di karaoke jamban sebanyak 5 lagu. Jenis hi-pitch pula lagu-lagu tu. Mulalah pening sasau saja lepas menyanyi.
Akhirnya, aku melayan filem 2012 yang juga kali pertama aku memasuki panggung selepas lebih 5 bulan. Apa pun, terima kasih kepada Ayul, Shahmi, Syafik dan Mirul kerana join aku untuk melepaskan dendam lama ini.

Beg-beg aku. Dari kiri: Beg Fail & Dokumen, Laptop, Traveller Set, Laptop II, Kasut Futsal, Set toiletries.
Aku pulang ke rumah pada pagi tadi, dengan perasaan... kosong dan keliru.
*****
Nota kaki:
1. 21-12-2012 adalah hari Jumaat. Ada perkaitan tak?
4 Comments
bgs2... bese la 2... tnsion2 g r release.. ak dok ajk korang xnk kua hehe.. uits igtkn gmbo ko td dok dating tuh hahak...
ReplyDeleteHahaha... blh je aku heboh sape tuh....hahaha
ReplyDeleteSelamat aku xkene belanja dia...hahaha
ehemmmmm...
ReplyDeleteaku disini lg....
so,cepat blanja!!!!!!
yg td tu adalah aku..(cutepinkybabygirl)
ReplyDeleteP/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji