MAMPAN, FELDA, SAE & Sarawak

Kali ini, aku tak nak cerita panjang kerana kali ini aku berasa teramat penat. Dalam minggu ini sahaja, banyak perkara yang telah berlaku dan menyebabkan jadual aktiviti aku penuh dalam sekelip mata.

MAMPAN
Seperti biasa, aku sibuk juga dengan MAMPAN dengan masalah kamera video dan beberapa masalah yang timbul. Namun begitu, beberapa usaha yang telah aku lakukan hanyalah sia-sia.

Walau bagaimanapun, aku juga tak terlepas dengan permainan pantai geng-geng MAMPAN. Aku telah menjadi mangsa 'kekejaman zaman Jepun' apabila aku diseret tanpa belas kasihan ke pantai Teluk Cempedak. Aku pulang dengan badan bercalar dan diselaputi dengan pasir.

Kelmarin juga, aku menyertai yang lain-lain untuk bersama-sama menikmati steamboat yang juga buat pertama kalinya aku menikmati menu sedemikian. Jari-jemariku juga sudah lama tak memegang chop stick dan menyebabkan jari-jariku menjadi kejang.

FELDA
Aku membicarakan tentang Felda bukan kerana aku ini anak Felda mahupun pewaris Felda tetapi aku ini hanyalah pelengkap kepada perwakilan PERSADA dari UMP untuk Program Karnival IKTIRAF di UiTM Shah Alam, Selangor.

Aku tak nak komen banyak-banyak tentang apa yang telah aku lalui, namun apa yang aku rasakan adalah betapa beruntungnya anak-anak Felda dan pewaris-pewaris Felda dengan program rancangan kerajaan ini. Mereka sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah mereka peroleh. Felda sudah menjadi tonggak kemajuan anak-anak Melayu agar dapat dikurangkan kadar kemiskinan tegar di negara kita. Walaupun aku bukanlah anak Felda, namun aku tetap berbangga dengan Felda.

Beberapa program yang terlibat juga melibatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Perdana Menteri sendiri, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Aku juga terlibat dalam rakaman rancangan Perspektif Kita yang ditayangkan di Astro Awani sebanyak dua episod.

SAE
Juga seperti biasa, aku juga sibuk dengan SAE yang memerlukan gerak kerja sebanyak 300% agar projek aku siap. Dalam kesibukan dengan Karnival IKTIRAF, aku juga secara menyelam sambil minum air, mengurus bengkel CATIA dan Solidwork yang sebenarnya akan dijalankan selama seminggu, namun aku hanya mampu untuk hadir di hari pertama sahaja.

Sarawak
Aku akan ke Sarawak dan hanya akan pulang ke Kuantan pada 29 Disember 2009 dan aku akan terlepas beberapa program besar.

*****
Nota Kaki:
1. Tiada gambar dalam entri ini kerana aku tidak menyimpan stok-stok gambar yang diambil sepanjang aktiviti yang aku sertai. Untuk versi kemas kini, mungkin aku akan selitkan dengan beberapa gambar untuk tontonan umum.

Post a Comment

0 Comments