Persiapan terakhir

Agak lama sudah aku mendiamkan diri dari dunia blog dan mungkin juga banyak rakan-rakan aku kurang dapat mengetahui berita-berita terbaru dari aku. Nak buat macam mana, aku pun agak sibuk dengan urusan-urusan yang harus aku lakukan sepanjang masa ini.

Memang sudah banyak juga acara-acara yang telah berlaku sepanjang kesunyian blog ini, tetapi maaflah, memang aku tak sempat untuk menceritakan kepada korang semua. Apa pun, yang pasti aku nak beri tahu kepada korang semua yang aku ni masih sihat. Alhamdulillah.

Untuk entri kali ini, tak banyak perkara yang akan aku ungkaikan cuma satu perkara sahaja iaitu ingin mengucapkan selamat berusaha kepada semua rakan-rakan yang sedang menuntut di IPTA di seluruh Malaysia dan selamat menjawab peperiksaan akhir untuk semester ini. Dah bersedia semua?

Diharapkan kita semua akan dapat sekurang-kurangnya mengekalkan kejayaan seperti semester yang lepas. Lagi baik jika kita dapat membaiki keputusan agar dapat keputusan yang lebih baik.


Bismillahi tawakkaltu 'alallah

*****

Sebelum terlupa, kepada sesiapa yang rasa nak bertanyakan apa-apa soalan kepada aku, tak kisahlah hal apa-apa sahaja bolehlah meninggalkan soalan di bawah ini atau pada pautan ini: http://www.formspring.me/fadzrulhisyam. Ingat, jangan tanya soalan matematik tahap Einstein tak boleh jawab sudahlah.


Post a Comment

1 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)