Ucapan Terima Kasih Terbanyak Dalam Sehari

Akibat daripada kesibukan dan juga kesukaran untuk melekat pada komputer untuk jangka masa yang panjang, aku tak sempat untuk menulis entri ini. Maka, pada hari ini aku meluangkan seketika masa untuk aku menulis sesuatu yang mahu aku sampaikan kepada korang.

20 Mei pada setiap tahun merupakan hari yang menjandi petanda kepada peningkatan umur aku. Bukan sekadar umur semata-mata, malah juga peningkatan kepada corak pemikiran, kematangan, kemajuan dan kejayaan aku sepanjang hidup aku. 20 Mei yang lalu merupakan tarikh ulang tahun kelahiran aku yang ke-21. Bak kata orang, inilah umur yang membuka 'kunci kebebasan' hidup aku.

Benarkah kebebasan hidup itu terletak pada umur 21 tahun? Bagi aku, aku sudah lama bebas dalam hidup aku. Tak ada ikatan yang mengongkong aku dalam hidup. Dari perspektif aku, kebebasan seseorang itu adalah terletak kepada kematangan pemikiran kita, bukannya umur semata-mata. Mungkinlah jika dirujuk kepada UNICEF ataupun mana-mana pertubuhan NGO ataupun lain-lain di dunia, seseorang yang berumur 21 dan ke atas mempunyai hak untuk bebas memilih keputusan dalam hidupnya.

Namun begitu, tidak bagi aku. Kebebasan aku adalah sejauh mana aku berjaya mencorak pemikiran aku untuk menjadi lebih luas dan matang. Dengan minda dan pemikiran yang matang, maka aku akan merasai aku lebih bebas kerana aku mampu untuk melontarkan pemikiran aku kepada sekeliling aku. Dengan itu juga, aku boleh membentuk diri aku untuk menghadapi masa depan bahkan juga membentuk dunia untuk menjadi lebih baik.

Kebebasan hidup ini juga berdasarkan kekuatan mental seseorang. Sekiranya seseorang itu mampu meletakkan diri mereka di luar daripada kepompong kongkongan, maka mereka itu sudah bebas. Apalah gunanya jika sudah berumur tetapi mentaliti pada diri sendiri masih lemah dan sentiasa berfikiran negatif.

Di sebalik kebebasan pada umur 21 tahun, 20 Mei lepas juga membuatkan aku memecahkan rekod aku sendiri iaitu mengucapkan ucapan terima kasih paling banyak dalam sehari yang aku sendiri pun tak pasti berapa banyak terima kasih telah aku ucapkan. Penangan terhebat adalah di laman Facebook aku. Beratus-ratus kenalan mengucapkan ucapan hari jadi kepadaku sehinggakan tak cukup tangan untuk aku membalas setiap ucapan mereka. Namun begitu, aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengucapkan ucapan hari jadi dan doa-doa kepadaku.

Apa yang paling mengharukan aku adalah seorang sahabat aku yang kini berada di Canterbury, United Kingdom (bukan jenama baju ragbi) membuat panggilan telefon sejurus masuk waktu jam 12 pagi (waktu Malaysia). Memang bersungguh dia mengira masa tepat masuk waktu tarikh 20 Mei. Terima kasih, Muna. Panggilan telefon ko sangat membuat aku terharu. Aku nak feeling lebih-lebih tak boleh pula, kerana aku sedang menjamu selera ketika itu dan juga di hadapan seseorang yang... ops! cukup di situ sahaja ayat aku. Hehe....

Selain itu, disebabkan aku dah bond laman Facebook aku dengan telco telefon bimbit aku, maka sepanjang masa dari 7 pagi hingga ke 8 malam (aku dah set masa aku terima SMS dari Facebook), boleh dikirakan setiap 5-10 minit, aku akan terima satu hingga lima SMS ucapan hari jadi. Jika dikira, tak tahulah berapa banyak ucapan dan doa aku terima sehinggakan inbox telefon bimbit aku penuh dengan SMS dari Facebook sahaja.

Walaupun sambutan hari jadi yang dirancang oleh rakan-rakan dan keluarga sekadar ringkas sahaja, tetapi itu sudah mencukupi bagi aku. Aku amat menghargainya.

Aku telah menerima hadia daripada seseorang yang memberikan hadiah kepadaku (mestilah, takkan beri hadiah kepada orang lain pula). Aku amat menyukai hadiah yang diberikannya. Terima kasih.

Hadiah istimewa yang aku terima.

Kepada lain-lain yang berhajat untuk memberikan aku hadiah, bincang-bincanglah korang semua ya, untuk kumpul duit ramai-ramai untuk belikan aku sebuah BMW X5 ataupun Lotus Elise.

*****
Nota Kaki:
1. Aku mengutuk sekeras-kerasnya kepada kumpulan yang menggunakan 20 Mei sebagai hari "Everybody Draw Muhammad Day", malah juga pada mana-mana hari yang lain. Senang cakap, jangan adakan benda tak berfaedah ini.
2. Mata aku semakin pulih.

Post a Comment

1 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)