Tamatnya semester ke-5

Alahai, susah betul soalan Automatic Control dan Mechanical Design tadi. Apa punya soalanlah! Eh, kalau difikirkan balik, soalan-soalan yang keluar bukannya susah, cuma aku sahaja yang terlepas pandang untuk mengulang kaji bab-bab yang sepatutnya. Berakhirnya peperiksaan kedua-dua subjek tadi secara rasminya menamatkan pengajian aku untuk semester ke-5 di Universiti Malaysia Pahang bagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Selepas ini, masih ada lagi tiga semester yang perlu aku lalui.

Aku sekarang sudah berada di rumah. Namun begitu, aku hanya akan menyatakan aku berada di rumah secara rasmi apabila aku kembali ke kampus semula esok untuk mengangkut kargo-kargo yang perlu aku bawa pulang ke rumah. Kepada rakan-rakan yang sedang menunggu masa untuk pulang, bersabarlah ya. Kejap lagi tibalah masanya. Kepada yang sudah bertolak, selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Sepanjang semester lima ini, banyak pengalaman aku telah rasakan. Antaranya ialah menunggang motosikal separuh jalan kering, dan separuh jalan lagi basah kehujanan, sesat mencari KFC di bandar Pekan dan banyak lagi. Satu perkara yang paling terbaru berlaku pada aku adalah aku sudah gila semula kepada drama-drama bersiri Korea yang agak lama jugalah aku tinggalkan. Buktinya aku sudah menggila apabila berjaya menghabiskan tiga siri drama Korea - My Girl, Full House dan Autumn In My Heart - dalam masa dua minggu. Malah, aku telah menonton drama Full House sebanyak dua kali. Teringat zaman sekolah menengah dulu-dulu. Aku tak lekang menonton drama Korea yang ditayangkan di kaca TV. Kali ini, aku tak lekang dengan laptop pula.

Apa pun kenangan sepanjang semester ini, pastinya akan dikenang dan menjadi sesuatu yang indah untuk aku simpan. Tidak kisahlah kenangan sedih mahupun gembira. Sekarang, aku perlu bersedia untuk mengaharungi semseter ke-6 pula.

Kepada kawan-kawan, pulanglah dengan selamat. Pandulah kenderaan dengan berhemah dan ingat-ingatkan pemandu bas jangan menggila di jalanan. Selamat bercuti semua!

*****
Nota Kaki:
1. Sebelum aku pulang, sempat lagi aku mengisi tangki minyak motosikal aku dengan minyak petrol spare yang aku simpan sejak awal semester lalu.

Post a Comment

1 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)