RM110 juta untuk Universiti Malaysia Pahang

Kehadiran Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) memberikan makna yang sangat besar kepada UMP dan warganya. Dalam ucapan beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM110 juta akan disalurkan kepada UMP untuk merancakkan projek memajukan UMP kampus Pekan secara amnya dan peruntukkan ini disalurkan untuk membangunkan kompleks pentadbiran dan kompleks ICT di UMP Pekan. Tambahnya lagi, beliau juga bersetuju untuk menambah bantuan kewangan untuk membangunkan kompleks asrama untuk kapasiti 2000 pelajar dan juga pembelian rumah-rumah untuk didiami staf UMP Pekan.

Kehadiran Dato' Sri Mohd Najib ke UMP Pekan kali pertama sejak empat tahun lepas semasa pelancaran pecah tanah pembinaan UMP Pekan adalah bersempena dengan majlis penyerahan MoU UMP dengan syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan UMP dalam projek-projek bersama dan juga majlis pelancaran anak syarikat UMP iaitu UMP Green Technology Sdn. Bhd.

Sokongan kewangan daripada kerajaan ini amat besar bagi UMP dan seluruh warganya dalam memastikan kelestarian warga UMP di UMP Pekan secara khususnya. Terima kasih kerajaan Malaysia. Terima kasih Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memanjangkan isu-isu UMP kepada Perdana Menteri. Tidak lupa juga kepada Naib Canselor UMP, Professor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim yang sentiasa berusaha untuk memajukan UMP serta kepada semua warga UMP yang terus berusaha untuk memajukan UMP.

Aku sebagai warga UMP yang tak lama lagi akan menyusul keluar dalam setahun lagi, pasti tidak dapat merasa limpahan RM110 juta ini tetapi aku berharap limpahan ini akan memberikan kemudahan kepada warga UMP untuk masa yang akan datang.

Ketibaan Perdana Menteri.


Semasa memberikan ucapan


Sesi bergambar dengan wakil syarikat-syarikat yang terlibat.

Gimik pelancaran

Post a Comment

3 Comments

  1. wah3 RM100 juta~
    xsempat la kite tgk UMP Pekan dalam lestari..wuuuu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Waaaaaaaa banyak tuuuuu....Tahniah UMP. Lepas ni akan lebih gemilanglah UMP ya. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. @Faris
    Tak sempat pun, nanti-nanti datang balik kita tgk la kemajuan UMP

    @anyss
    Thanks! Amiinn...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)