Sekali tengok macam tak percaya, tetapi inilah kenyataan. Ujian yang bernilai RM402.10 yang baru sahaja aku jalani pagi tadi.
Ujian yang dimaksudkan sebenarnya ujian kesihatan di Kuantan Medical Centre (KMC). Aku ke KMC untuk menjalani ujian ultrasound dan ujian darah akibat masalah kesihatan yang aku alami sejak seminggu lalu. Masalah ini bermula apabila aku termuntah-muntah sebanyak sembilan kali dari pukul 2 pagi hingga 7 pagi pada awal minggu lepas. Rentetan itu pula, aku mengalami masalah pada perut aku yang menyebabkan aku mengalami cirit-birit sepanjang minggu ini. Pada awalnya doktor suspek aku mengalami gastrik.
Namun, setelah seminggu, doktor suspek aku mengalami jangkitan pula. Apabila ujian-ujian dijalankan dengan ujian ultrasound yang menyebabkan aku tak tahan rasa geli, doktor jadi lebih pening kerana diagnosis menyatakan aku ini normal. Ujian darah juga menunjukkan aku normal. Begitupun, aku tetap diberi pelbagai ubat-ubatan untuk aku habiskan.
Resit ujian & rawatan di KMC. |
Apa pun, aku harap cepat sembuh. Payah nak berpantang makan ni! Tak seronok.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji