Alhamdulillah


Dunia ini indah. Dunia ini tidak pernah membosankan. Setiap hari, Tuhan menurunkan nikmat yang baharu setiap saat, setiap ketika untuk hambanya nikmati. Sekalipun hambanya itu tersadai di padang pasir tandus keseorangan, Tuhan takkan pernah lupa untuk menghiburkan hambanya itu dengan kecantikan-kecantikan ciptaanNya... agar hambanya itu tidak lupa, bahawasanya Dia sentiasa ada untuk mereka.

Bersyukurlah, kerana setiap saat yang kita peroleh, kerana limpahan kurniaNya kepada semua makhluk di bawah naungan pemerintahanNya.

Alhamdulillah.

Post a comment

0 Comments