Peneman pada waktu tertekan


Semua orang pernah rasa tertekan. Aku tak terkecuali. Kalau tak pernah rasa tertekan, itu bukan manusia. Kalau manusia sekalipun, barangkali manusia itu gila.

Pastinya setiap orang juga ada cara untuk menghilangkan tekanan masing-masing; dan ada juga yang agak pelik. Bagi aku, buatlah apa-apa pun, asalkan tak menyebabkan kematian lebih daripada 30 ekor semut itu tak apa.

Apakah peneman aku ketika tertekan? Buat masa ini, tak banyak yang dapat membantu aku mengurangkan tekanan. Cuma, beberapa perkara ini juga mampu menenangkan aku untuk sementara waktu.
  • Laptop - Ini penenang utama aku. Aku akan mula memainkan lagu-lagu lembut dan instrumental untuk menenangkan kembali mood aku yang tertekan.
  • Makanan - Makanan juga boleh menenangkan aku kerana dapat mengalih perhatian aku untuk memikirkan tentang makanan yang aku makan daripada memikirkan masalah.
  • Sukan - Bersukan juga boleh menenangkan aku, cuma jarang dilakukan memandangkan ketandusan masa untuk bersukan.
  • Manchester United - Apa pun kejadian yang menyebabkan aku tertekan, aku akan menyebut perkataan Manchester United dan aku berjaya mengalih pemikiran aku daripada masalah.
  • Menyanyi - Menyanyi beberapa lagu mampu menenangkan aku, terutama lagu-lagu nyanyian M. Nasir, walaupun aku bukanlah peminat fanatik M. Nasir.
  • Buku - Aku akan membaca jika tertekan. Juga salah satu cara untuk aku mengalih perhatian aku daripada memikirkan masalah.
  • Memandu - Memandu atau menunggang motosikal juga boleh mengurangkan tekanan aku, cuma aku kurang amalkan kerana jika dalam keadaan tertekan dan marah, pemanduan aku akan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
  • Fotografi - Mengambil gambar pemandangan sekeliling, kerana pemandangan sekeliling mampu mengurangkan tekanan aku.
  • Alam sekitar - Dengan 'meminggirkan diri' keseorangan di tepi pantai, sungai, hutan, air terjun dan lokasi-lokasi yang memberikan pemandangan alam sekitar yang tenang mampu menenangkan aku.
  • Sunyi - Suasana sunyi mampu menenangkan aku.

Walaupun ada banyak cara untuk aku menenangkan diri aku dari tekanan, ada beberapa perkara yang akan aku lakukan untuk mengelak daripada tekanan aku menjadi lebih teruk.
  • Mematikan telefon - Aku akan mematikan telefon bimbit aku jika aku sangat tertekan. Bunyi telefon sahaja mampu mengganggu aku. Meletakkan dalam mod senyap tak menjamin aku untuk dapat menenangkan diri.
  • Perempuan - Sekiranya aku betul-betul tertekan, aku akan berada jauh dari perempuan dengan apa cara  sekalipun. Aku akan 'hilangkan diri' dari semua perempuan untuk aku menenangkan fikiran.
  • Bising - Bunyi bising lebih menggalakkan aku untuk lebih tertekan.

Jadi, sekiranya aku dalam keadaan tertekan aku akan melakukan apa-apa perkara yang aku rasa dapat mengurangkan tekanan aku. Bak kata-kata salah seorang rakan aku yang memaksudkan kepada aku: 
"Biasanya orang tu kalau dia tension atau mental down, dia akan buat kerja gila." (@FatiehahAdnan)

Segila mana tindakan yang dilakukan? Aku pun tak pasti. Idea itu datang tiba-tiba dan dilakukan secara spontan.

Post a Comment

0 Comments