Hati kata "ya", diri kata "tidak"

Biasanya, diri kita akan bertindak dalam bermacam-macam keadaan. Tetapi, pernahkah suatu ketika, hati kita berkehendakkan sesuatu, tetapi kita menafikan keinginan hati itu.



Jika keinginan itu berbentuk fizikal, kemungkinan besar kita boleh mengawalnya. Namun, apabila hati kita menginginkan sesuatu yang berbentuk yg lebih halus dan sukar untuk dinyatakan dalam bentuk perkataan - kasih sayang dan cinta - pastinya sukar untuk seseorang itu melepaskan keinginan hatinya itu.



Apakah ini sudah menjadi lumrah dalam hidum kita? Jawapannya ya. Sedangkan Nabi-nabi kita sendiri berasa sunyi apabila tiada teman di sisi. Contohnya, Nabi Adam. Insan pertama ciptaaan Tuhan, walaupun baginda tinggal di dalam syurga, namun, baginda masih lagi berasakan kekurangan dalam dirinya kerana baginda hanya keseorangan di syurga. Maka sebab itulah Tuhan menciptakan Hawa, seorang manusia yang berlawanan jantina dengan Adam.



Allah menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan. Ada lelaki, maka ada perempuan. Kedua-duanya memenuhi keperluan masing-masing.



Sekarang, dunia kita dipenuhi lelaki dan perempuan. Namun begitu, seseorang yang tanpa teman pasti akan sunyi walaupun di dalam dunia ini, kita tidak keseorangan. Ini adalah perasaan yang ditimbulkan oleh tuhan agar kita saling sayang menyayangi. Perasaan ini adalah yang paling suci dikeluarkan dari dalam hati.



NAmun begitu, apakah seseorang itu mampu berkata "tidak" kepada dirinya sendiri apabila hatinya inginkan seorang teman untuk mengisi kekosongan pada dirinya? Pastinya tidak. Setiap orang akan berasa gelisah dan pastinya akan berasa sunyi.



Namun begitu, haruslah diingat, jika berpasangan itu hendaklah beradab dan bertamadun. Jika mahu berpasangan haruslah dengan ikatan antara dua manusia yang berlainan jantina iaitu ikatan perkahwinan. Ikatan ini adalah ikatan yang paling suci yang ada di muka bumi ini. Ikatan ini menghalalkan apa yang haram, mengharamkan apa yang halal.



Apa pun kita harus ikut apa yang telah digariskan dalam membuat ikatan perhubungan sesama manusia. Jangan melampaui batas. "Cukuplah sekadar sedang-sedang sahaja, yang penting, ku cintakan dia" dan janganlah sampai "andai matahari terbit dari barat, namun takkan terpadam cintaku kepadamu".



Sesuci cinta di dunia adalah cinta kepada Nabi, dan sasuci cinta di akhirat adalah cinta kepada Allah.

Post a Comment

2 Comments

  1. I like this idea, I completely with you agree.Other variant is possible alsoI agree with told all above.At you inquisitive mind :)Bravo, what phrase..., an excellent idea
    antiviral immune

    ReplyDelete
  2. Rather valuable idea It is remarkable, rather useful phrase I congratulate, it seems magnificent idea to me is Good topic You have hit the mark. In it something is and it is good idea. It is ready to support you.
    Beat Your Chest - Natural Man Boob Cure - 75% Payout

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)