Afimbia


Afimbia merupakan haiwan yang berdarah sejuk dan boleh hidup di air dan di darat. Hah, aku sudah pun lupa perihal afimbia. Ini semua biologi punya hal. Sudah lama aku tinggalkan sejak Tingkatan 4. Apa yang aku mahu ketengahkan sekarang bukanlah untuk menceritakan perihal afimbia secara perinci, tetapi pengalaman aku dengan haiwan spesies ini.

Afimbia bukanlah tergolong dalam golongan haiwan yang aku suka. Bukan sebab aku takut, tetapi sebab aku geli dengan haiwan yang berkulit terdedah.Kisah ceritanya bukanlah aku terus tak menyukai afimbia secara terus, tetapi ada sejarah di sebaliknya.


Aku masih ingat lagi, semasa aku berumur empat tahun, aku sudah dihantar ke tadika. Biasanya aku bangun pagi seawal 6 pagi. Ah, ini bukan ceritanya, baik aku fast foward sedikit. Aku mula tak menyukai haiwan jenis ini apabila spesies ini suka menyorok di dalam kasut aku tiap-tiap pagi. Terutamanya katak dan kodok. Apa yang dibuat spesies ini pada kasut aku pun, aku tak tahu.

Hal ini berlarutan sehingga aku berpindah ke Kuala Lumpur. Katak dan kodok do Malaysia sememangnya penggemar kasut. Kasut aku juga yang menjadi mangsa.

Perasaan tidak minat itu terus menambah apabila aku selalu tersentuh kulit katak/kodok tersebut di samping rumahku diserang oleh golongan cicak. Cicak pernah jatuh ke atas kepalaku dan mengejutkan aku. Bermula dari itulah aku sememangnya tidak suka menghampiri afimbia.

Sehinggalah sekarang, apabila aku bertemu spesies afimbia, aku akan cuba menjauhkan diri dari afimbia tersebut. Terutamanya cicak. Apa jenis haiwan yang berkulit terdedah, pasti akan aku jauhinya. Bukan bermaknya takut, tetapi aku berasa terancam dengan haiwan spesies ini.

Biarpun tikus, lipas, cacing kupegang, namun tidak menggentarkan aku. Namun begitu, sebaliknya yang berlaku apabila aku bertemu sahaja dengan afimbia.

Post a Comment

3 Comments

  1. eeeuuuwww..
    katak lam kasut??
    sangat menggelikaaaannnn~
    haihs~

    ReplyDelete
  2. ntah
    aku pon xtau ejaannyer camne
    hahah
    lantak le
    aku da lame tgglkan istilah bio neh
    hahaha

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)