Sejak 23 Februari 2009, aku menukar nama digital aku kepada ketua_jahat. Ramai yang sangka aku menukar nama ini adalah aku telah menjadi jahat. Namun, ada sebab kenapa aku menukarkan fadzrulhisyam kepada ketua_jahat.

Antaranya ialah:
- Aku ingin memberi tribute kepada jurulatih-jurulatih serta guru-guru aku yang telah mendidik aku sejak di bangku sekolah.
- Sudah lama aku berkeinginan untuk memegang watak antagonis.
- Menunjukkan perkataan jahat bukan hanya menunjukkan kejahatan, tetapi ada nilai dan pengajaran di sebaliknya.


Di sini, aku nyatakan 10 prinsip ketua_jahat:
1. Beriman kepada Allah dan seluruh ajaranNya.
2. Memberikan ketaatan kepada kedua ibu bapa.
3. Menghormati guru-guru.
4. Menghormati yang tua, sayangi yang muda.
5. Jauhi prejudis.
6. Setiakawan.
7. Sentiasa mempertahankan kebaikan.
8. Sentiasa positif dan integriti.
9. Mengukuhkan jati diri terhadap agama, negara dan bangsa.
10. Sentiasa mengamalkan keharmonian dengan sekeliling.

Cogan kata ketua_jahat:
Positive is good

Tiga dasar ketua_jahat:
Alvo, Esforço, Successo (Aim, struggle, success)

Logo ketua_jahat:
sedikit pengubah suaian dari logo fadzrulhisyam. Masih lagi dalam pembikinan.

Lagu ketua_jahat:
Masih dalam pembikinan.

Aku masih lagi menggunakan nama fadzrulhisyam, namun lebih kepada pengurusan yang agak formal. Bagi urusan yang kasual, aku akan menggunakan nama ketua_jahat. Insya-Allah, aku akan melancarkan blog versi ketua_jahat untuk mengiringi fadzrulhisyam maju ke hadapan.

"Alvo, Esforço, Successo"

ketua_jahat
Positive is good