Aku sebuah meja belajar

Aku sebuah meja belajar. Aku telah ditempatkan di sebuah bilik di UMP. Setelah sekian lama, aku diketemukan dengan seorang tuan yang dipanggil... dipanggil... entahlah, banyak sungguh nama panggilannya. Tapi aku lebih senang untuk memanggilnya Syam.

Dia bukanlah seorang yang terlalu terurus, dan bukanlah seorang yang terlalu bersepah. Dia ini suka mejanya dalam keadaan sedikit bersepah agar dia mendapat mood belajarnya. Inilah kebiasaan tentang dirinya. Kadang kala, dia juga suka untuk membersihkan aku dan kawasan sekelilingku.


Namun begitu, kesibukan melampau menyebabkan dia tak mampu menjaga aku dengan baik. Sepanjang dua-tiga minggu ini, hidupnya banyak berada bersamaku untuk menyiapkan kerja-kerja yang harus disiapkannya dan juga sedikit masa untuk mengulang kaji. Aku kasihan melihatnya berhempas pulas sebegini.

Sayangnya, keadaan aku semakin bersepah, sekeliling aku juga bersepah. Kesibukannya menyebabkan segalanya tak terurus. Tuanku ini hanya mampu menumpukan usahanya untuk menyiapkan segala tugas-tugas pelajarannya. Tak mengapalah, asalkan dia menggunakan khidmat aku untuk kebaikan.



Semakin lama, keadaan semakin berselerak. Kali ini lebih banyak kerja yang dia terima. Sehinggakan kerja yang memerlukan terlalu banyak kertas! Bertimbun-timbun kertas dia peroleh. Semakin besar bebannya. Malah, disebabkan oleh terlalu banyak kertas, tiada ruang lagi untuk menyimpan kertas tersebut. Lalu, apa yang dia mampu hanyalah meletakkan di atas lantai sahaja.



Kasihan tuanku itu, namun dia sentiasa bersabar dan kesabarannya membuahkan hasil. Sedikit demi sedikit kerjanya dapat diselesaikan. Malah, dia pernah berjanji kepadaku bahawa dia akan membersihkan aku semula selepas selesai semua tugas yang diselesaikan. Aku gembira mendengan khabar berita ini. Aku tengan tekadnya terus berkhidmad kepada tuanku ini.

Masa berganti masa, detik berganti saat, saat berganti jam, jam berganti hari. Akhirnya, tuanku telah menyelesaikan hampir keseluruhan tugasnya. Dia sekarang agak lapang dan gembira. Lalu, dia terus membersihkan aku dan kawasanku. Dia membuang semua yang tak perlu, dan menyimpan semula semua yang patut disimpan.





Dia membersihkan aku dengan sebaiknya. Walaupun dia masih ad tugas lain, namun dia telah mengotakan janjinya kepadaku. Dia penuhi janjinya lebih awal dari apa yang kusangkakan. Akhirnya, aku berasa senang dan gembira kerana keadaan sudah kembali kemas dan bersih. Walaupun begitu, tuanku ini asti akan membuat sedikit selerak di atasku. Aku tak kisah, kerana ini adalah tabiatnya. Dia lebih mudah belajar di meja yang sedikit berselerak berbanding terlalu kemas.





Kini, tuanku kembali menumpukan kepada tugasnya dan pembelajarannya. Peperiksaan akhir juga sudah hampir. Aku akan terus berkhidmat kepadanya sehingga habis tempoh perkhimatan aku kepadanya. Walaupun tidak lama lagi, aku tidak akan berkhidmat lagi kepadanya, namun aku akan tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk berbakti kepada tuanku ini.

Semoga berjaya En. Syam. Aku harapkan kau berjaya untuk perperiksaan akhir ini.

Post a Comment

12 Comments

  1. kesian ko meja...
    nasib la..
    than ye meja,lg 2mggu tuan mu akn bersamamu..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe...naseb ada ikhtiar nk kmas jgak..
    tp bila bz..mmg mcm ni la keadaannya..huu

    ReplyDelete
  3. mira: bila ko nk ngemas bilik tu??
    pe kata ko bayar si hisyam tuk ngemas..haha..

    syam, gudlux..
    i'm resign..

    ReplyDelete
  4. hafizah >> nasib la 2 minggu tuh...hahaha

    amira >> mmg da lame pendam niat nak ngemas...haha ble dah ngemas br nampak mcm tpt org...hahaha

    fatiehah >> huh, bayar aku ngemas? leh gak...hahaha...dpt masuk aspuri...lalala

    resign? x kesah pon...lalala~~

    ReplyDelete
  5. klau ak jd ko meja..
    ak hempok pale tuan ko 2..
    mereng2...

    ReplyDelete
  6. klau ak jd ko meja..
    ak hempok pale tuan ko 2..
    mereng2...

    ReplyDelete
  7. malang sugguh nsibmu meja...
    nk aku jd tuan ko pun... aku dh ade meja... xpe la hehehe...

    ReplyDelete
  8. fadilah tipu..
    meja die lg truk dr ni..

    ReplyDelete
  9. hahaha kntoi meja fadilah lg truk hehehe pe r fizah cian fadilah bru je ade org nk ngorat cncel tros lps bce statement ko.. (aku la yg cncel 2 hehehe) sory fadilah hehhehe =p

    ReplyDelete
  10. aduss..xpe2..nnt ak kmas lg bek dr syam..hehehe =P

    ReplyDelete
  11. transform meja mngikut kaedah Jepun - 5S!
    ^_^

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)