Hobi Atau Tabiat? II

Masih ingat lagikah tentang post aku yang terdahulu yang bertajuk "Hobi Atau Tabiat? I"? Aku pernah menceritakan tabiat ataupun hobi aku mengumpul syiling. Kalau nak baca post yang lama tersebut, silalah klik di sini.

Dalam post kali ini, seperti yang telah aku janjikan dalam post "Another Tag from Farah... again I guess", aku akan mengumumkan hasil kutipan aku selama setahun di UMP. Seterusnya, aku juga akan mengumumkan jumlah kutipan aku yang tersimpan di rumah dan jumlah kedua-duanya sekali.

Kelmarin, aku telah mengira jumlah syiling yang telah aku kumpulkan di UMP. Kiraan mendapati bahawa aku telah mengumpul syiling 50 sen sebanyak RM 32.50, syiling 20 sen sebanyak RM 50.00, syiling 10 sen sebanyak RM 29.60, dan syiling 5 sen sebanyak RM 1.35. Jumlah keseluruhan bagi syiling yang dikumpul di UMP selama setahun (dua semester) ialah sebanyak RM 113.45.


Bagi syilling yang tersimpan di rumah pula, aku telah mengumpul syiling 50 sen sebanyak RM 10.50, syiling 20 sen sebanyak RM 34.00, syiling 10 sen sebanyak RM 26.30, syiling 5 sen sebanyak RM 1.15, dan syiling 1 sen sebanyak RM 0.27. Jumlah keseluruhan bagi syiling terkumpul di rumah adalah sebanyak RM 72.12.

Dengan jumlah kedua-dua bahagian tersebut, jumlah keseluruhan utama diperolehi iaitu sebanyak RM 185.57.

Inilah jumlah keseluruhan yang aku perolehi. Syiling tersebut telah pun ditukarkan kepada wang kertas. Untuk tempoh yang akan datang, aku mesasarkan syiling yang akan aku kumpul pada dua semester akan datang di UMP adalah sebanyak RM 150.

Seperti yang aku katakan sebelum ini, walaupun pada awalnya aku berasakan wang aku cepat habis, namun mengumpul syiling ini adalah suatu pelaburan yang amat baik kerana semasa syiling dikumpulkan, aku tak tahu pun jumlah sebenar dan aku telah mesasarkan bahawa aku akan mengumpul sebanyak RM 100 untuk di UMP. Malah, setiap kali aku melihat syiling yang aku kumpul, aku rasakan jumlahnya tidak mencapai sasaran aku. Jadi, aku akan terus mengumpul syiling dan akhirnya, jumlah yang aku kumpul telah melebihi jumlah yang aku sasarkan sebelum ini.

Kepada rakan-rakan dan pembaca sekalian, aku bukanlah mahu mengajak anda mengumpul syiling, namun apa yang mahu aku bawakan di sini ialah mengawal pembelanjaan anda. Benarlah kata pepatah Melayu, 'sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit'. Aku mulakannya dengan syiling 10 sen dan hasilnya adalah seperti yang aku nyatakan di atas.

Amalkanlah penjimatan, biarlah 10 sen sehari. Suatu hari nanti, pasti 10 sen tersebut akan menjelma sebagai RM 10 ribu. Usaha gigih yang akan membantu anda untuk menjamin masa depan anda. Banyak cara boleh anda usahakan dengan mengumpul sedikit demi sedikit wang, ataupun membuat pelaburan di Amanah Saham dan lain-lain. Ingatlah pesanan ini, segalanya di tangan anda.

Syiling yang dikumpul di UMP sahaja.

Kelompok kiri, syiling yang dikumpul di UMP manakala kelompok kanan adalah syiling yang dikumpul di rumah.

Gabungan kedua-dua bahagian.




Syiling yang telah dibungkus.



*****

Nota kaki:
1. Syiling dibungkus digenapkan mengikut selang 5 ringgit terdekat. Selebihnya dibelanjakan.

Post a Comment

9 Comments

  1. SalaAm..

    Duit 1 sen tu pakai lagi ke?? Hmm. Buat kenangan je la, yek?? Hehe..

    ReplyDelete
  2. wah bukan senang seorang llaki nk mngumpul smpai mcm ni ^_^

    ReplyDelete
  3. Hawa >> Eh..pakai...buat bayar bil letrik ngan air...hahahaa

    Nazra >> Mayb dah tabiat dari kecik kot kumpul syiling nih...

    ReplyDelete
  4. yeah....
    blanje!!!!
    hehehe
    tahniah..1 hobi yg sgt b'faedah..
    (^_^)

    ReplyDelete
  5. Heheh...mane leh...
    aku sayang duitku...
    kalau pakai duit lain mayb la kot...

    ReplyDelete
  6. *kalau pakai duit lain mayb la kot...*
    haaa bole2..hehehe
    suke2 ad org nk blnje..
    hahaha

    ReplyDelete
  7. Hafizah >> Aku just cakap mungkin, xkate pon kompem...

    Paan >> mmg best, rase mcm miskin, rupe2nye kaye lebih dari yg disangka...heheh

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)