Minggu Belajar

Hari ini dah hari ke-4 minggu belajar. Hari ini juga aku semakin hilang arah tujuan. Walaupun aku selalu bangun awal pagi, tak tidur selepas Subuh, namun tiada perngisian yang aku dapat. Biarpun buku sentiasa berada di hadapanku ini.

Cemburu juga aku lihat rakan sebilikku mampu tidur sehingga tengah hari. Tak risaukah mereka? Pagi tidur. Petang tidur, Malam pun tidur. Asal sedar sahaja, makan, bermain, bersukan, layan kartun, movie, main game.


Aku sekadar memusing emel aku, update blog jika ada masa, dan tonton Dragon Ball sahaja jika ada masa.

Aku sunnguh tertekan dengan keadaan ini. Mengapa semuanya dilihat begitu gembira sekali semakin menjelang peperiksaan akhir sedangkan otakku berfikir ligat mengingat kembali segala rumus dan hukum-hakam sains.

Aku tak mahu gagal lagi. Aku tak mahu mengalah, namun aku tak disokong oleh sesiapa melainkan ibu bapa yang jauh dari aku. Apakah aku hanya berdiri sendiri di sini? Apakah ini menyebabkan aku sungguh lemah sekali?

Nampaknya benarlah kata Si Dia, aku bukan lagi Hisyam yang dahulu. Hisyam yang sentiasa mempunyai pegangan kuat kepada diri sendiri tanpa sokongan orang lain. Hisyam yang mampu mendaki gunung yang curam tanpa tali. Hisyam yang mampu berada di permukaan lautan tanpa pelampung.

Namun, kini aku hanyalah Hisyam yang tergantung di dahan pohon yang reput. Terkapai-kapai kelemasan di lautan, dan tidak lagi mampu berpegang kepada diri sendiri.

Mengapa aku begitu lemah sekali? Apakah puncanya? Apakah sebabnya? Dari manakah bermulanya?

Aku kini kosong. Sungguh kosong. Ke manakah semangat aku yg dahulu?

Aku kini hanyalah seperti... .

Post a Comment

1 Comments

  1. SalaAm..

    Hanyalah seperti.. Apa??

    Hmm.. Some of your writing look like the fragment of my novel..

    Just wanna say.. Jangan sia-siakan 300% boost tu.. You know where you are and you know most things that you can do. You know your desires deep inside.

    Lastly, hoping you luck.. I'm quite exited right now, if you understand it. End of matriculation!

    Haha.. Nope. Not that. Hmm.. 3,4 hari lepas habis matrik, nak ke DBP, ada program sempena memperingati Arenawati. This keep me thinking that the exam is the best thing that ever occur. Even paper 2 math can't take me away from the excitement..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)