Kembara Utara: Kedah dan Pulau Pinang

Sari berita penting:
1. Post ini merangkumi kejadian-kejadian yang berlaku bermula dari tarikh 24 Jun 2009 hingga 28 Jun 2009. Segala kejadian di luar tarikh tersebut akan dihantar dalam post yang lain.
2. Post ini berkategorikan PG-13, iaitu tak sesuai untuk sesiapa yang belum kenal akan maksud kesengalan tahap dewa, ibu-ibu mengandung, mengalami masalah keguguran rambut, serta mengalami sindrom pening-pening muntah apabila melihat banyak huruf.
3. Post ini juga dikategorikan sebagai 18-XSGL, iaitu mengandungi aksi-aksi terlampau dan daya pemikiran telampau. Bimbingan otak kanan anda amat diperlukan untuk membaca post ini supaya tak terpengaruh dengan otak kiri.
4. Cerita ini sungguh panjang dan mungkin akan mengakibatkan penularan H1N1 semakin serius. Kepada sesiapa yang tak sanggup membaca post yang panjang, sila elakkan membaca post ini.

*****

Jalan pintas ke:
1. Episod 1
2. Episod 2
3. Episod 3
4. Episod: Pulau Pinang
5. Daftar Istilah
6. Nota Kaki

*****

EPISOD 1:
Lagu Bad Day berkumandang. Lalu aku menjerit, "Oi! Siapa yang menanyi tu? Orang nak rehat pun susah! Kacau betul lah!"

Aku terus ke ruang tamu dan mencari-cari siapakah yang menyanyi lagu Bad Day tersebut. Sudahlah menyanyi lagu Bad Day (Hari teruk), siap ada muzik lagi! Jahat betullah!

Aku terus mencari. Kemudian, aku terdiam. "Eh, ni bukan orang yang nyanyi, handset aku yang berbunyi rupanya! Patutlah ada background music sekali!"

Kesedaran itu menyebabkan aku terus sedar bahawa bukan sesiapa yang menyanyikan lagu itu, rupa-rupanya telefon bimibtku yang menyanyi. Aku punya pasal juga, siapa suruh letak lagu itu sebagai ringtone. Walau apa pun, aku tak nak juga mendengar lagu yang begitu di waktu-waktu aku menggembirakan diri aku.

"Hello, siapa di sana?" Aku menjawab panggilan telefon tersebut.

"Hello, saya dari CIA, mengarahkan anda membuat satu operasi merancang proses pembersihan minda pelajar di Alabama. Segala kelengkapan akan disertakan dalam operasi ini. Anda berkuasa dalam segala tindakan dan ini adalah atas arahan Presiden Obama," kata orang yang menelefon aku itu.

"Oit, gila kamu ni! Tiba-tiba nak CIA pula! Menyibuk sajalah! Baik kau jaga bini kau tu! Dah lah rampas awek aku buat bini kau! Sekarang nak ganggu aku pula! Siapa nak ganti tempat Siti Nurhaliza? Nak tunggu Sharapova pun macam susah saja nak jumpa." balas aku.

"Apalah kamu ni, aku serius ni! Jom lah ikut aku pergi operasi! Tapi susah sikit lah, kita kena naik kereta sendiri, duit minyak kena support sendiri. Nak join tak? Di sana ada Emma Watson, nak? Jomlah ikut aku, nanti bini aku marah. Takut dia kata aku curang pula nanti."

"Ah, malaslah aku! Kau ajaklah yang lain-lain! Aku dah tak minat dah minah Hollywood. Aku lagi suka gadis Melayu. Lagi menawan, lagi ayu. Comel pula tu. Kalau tak percaya, cuba tanya Jamal Abdillah, dia pun setuju!"

"Alah, tolonglah ikut aku, kau kan paling hebat dalam buat operasi macam ni. Kau ada, semua jadi. Kalau kau tak ada, susahlah."

"Dah lah, aku malas lah nak pergi operasi kau tu! Aku ada operasi lain! Aku kena pergi ke Kedah. Jadi sifu. Bukan Sifu dan Tongga! Sifu! Macam sifu kung fu, tapi aku ni sifu pakai laptop punya. Siap main magik lagi, kau tau? Dah, bye!"

Aku letak telefon aku. Apa punya kawan lah dia ni. Masa nak operasi, boleh cari aku! Masa keduri kahwin, boleh pula lupakan aku. Sudahlah rampas awek aku!

Sekarang, aku nak kemas pakaian aku semua. Lima jam lagi bas aku nak bertolak. Mandi pun belum lagi. Nanti nak hantar mama dan papa ke airport pula. Nasiblah Azri boleh hantar aku ke Terminal Makmur.

Bas yang aku naiki itu adalah bas biasa yang aku naiki ke Alor Setar. Seperti biasalah, kalau naik bas begini, perkara pertama yang aku fikirkan adalah ada atau tidak awek-awek yang cun. Entah mengapa, fikiran ini tak pernah terpadam dalam kepala aku setiap kali aku menaiki bas sejak aku menemui seorang perempuan yang sangat comel di pandangan mata. Mungkin juga tingkah lakunya. Dialah yang menyebabkan aku menjadi angau selama seminggu. Bak kata P. Ramlee, penyakit angau ini sungguh berbahaya, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Nampaknya, aku terkena virus angau ini dari dia.

Bas aku bertolak dari Terminal Makmur pada jam 9.00 malam. Seperti yang aku jangkakan, pastinya aku akan menghadapi kesukaran untuk tidur di dalam bas. Biasalah, aku bukannya jenis suka tidur dalam kenderaan. Tambah-tambah lagi selepas kejadian kereta aku nyaris-nyaris terjun dari gaung. Kalau tak, blog ini takkan cantik seperti ini. [Bangga sikit]

Namun begitu, aku tetap memaksa aku tidur. Aku tidur jugalah, tetapi selang beberapa ketika, aku akan tersedar. Tamban-tambah lagi aku masih belum makan malam. Sesungguhnya perut aku sangat lapar ketika itu. Otak kanan aku pun berfikir, kalau sebulan aku boleh tahan berpuasa, takkanlah malam ini aku tak boleh tahan. Otak kiri aku membantah. Itu siang hari bolehlah fikir macam itu, sekarang malam. Mana ada orang berpuasa malam. Nabi pun larang umatnya lambat berbuka selepas waktu berbuka. Ini pula waktu bukan berpuasa. Otak kanan aku bersetuju.

Lalu aku berjumpa dengan pemandu bas lalu berkata, "Uncle, saya laparlah. Berhenti sekejap. Saya mahu makan di gerai depan tu."

Pemandu bas itu membalas, "Kau gila? Mengigau kah apa budak ini? Sekarang dalam hutan, mana ada gerai. Sudahlah gelap, bikin aku seram saja budak ini. Dah! pergi tempat duduk kamu! Aku taknak berhenti! Aku seram di sini! Aku pun lapar juga, nanti aku cari port di Slim River."

Aku pun bersetuju sahaja. Sampai di Slim River, aku beli bihun goreng yang tak sedap dan mahal. Air pula aku terpaksa beli air teh ais kerana kalau aku minta teh suam, dia akan bagi teh mendidih. Kedai ni tak bagus, tetapi lapar punya pasal, aku bedal sahaja kesemuanya.

Perjalan disambung pada jam 2 pagi. Seperti biasa, aku masih lagi sukar untuk tidur.

Aku tiba di Alor Setar pada pukul 6 pagi. Masih awal. Subuh lagi. Malas nak fikir apa yang perlu aku lakukan, aku lepak di surau. Lelaplah sekejap. Lena juga. Agak aku rasa seperti nak makan, aku pergi ke kedai mamak di depan terminal. Lalu, roti canai kosong dan teh suam menjadi mangsa kerakusan aku.



Pekan Rabu yang aku jejak dahulu



Dalam ketika ini, aku tak terfikir mahu kemana-mana melainkan jalan-jalan di Alor Setar dahulu. Tetapi, aku faham akan Alor Setar. Bangun pada 11 pagi, tidur jam 9 malam. Nampaknya, masih awal lagi untuk aku berjalan-jalan. Aku pun menunggulah kedai yang jaga beg itu buka. Aku sangkakan akan dibuka jam 9.30 pagi, rupa-rupanya jam 10.00 pagi. Nasib baiklah aku sempoi sahaja pagi itu. Mengantuk, mengantuk juga.

Selepas aku simpan beg pakaian aku di kedai tersebut (beg laptop aku tak tinggalkan), aku terus naik bas Mara Liner ke Pekan Rabu. Dah lama aku tak ke sana. Aku pun tawaf semua kedai dan berhenti di sebuah kedai. Bukan nak beli kain samping atau baju Melayu mahupun songkok, tetapi minyak wangi. Akak yang jaga kedai tersebut rekemenkan aku 6 jenis bauan. Aku pun pening nak memilihnya. Tangan aku pun penuh dengan bauan yang dia rekemenkan. Lalu aku membuat audition terhadap semua bauan. Aku menyuruh bauan tersebut menyanyi lagu kegemaran aku, Bukan Cinta Biasa. Akhir sekali tinggallah dua jenis bauan. Aku semakin pening. Akhirnya aku membeli kedua-dua jenis bauan tersebut.

Selepas ke Pekan Rabu, aku ke City Plaza. Masih lagi belum bangun semua kedai-kedai di dalamnya. Yang ada pada masa itu, banyak Internet Kafe yang sudahpun memulakan operasi mencari dan menyelamat. Penjaganya pula menjadi perkara yang menarik minat aku untuk mengeluarkan persoalan dia dalam otak kanan aku. Kenapa semua penjaga Internet Kafe perempuan? Tak ada lelakikah yang jaga? Medula Oblogata aku menjawab, tak ada. Tak ada lelaki yang menjaga. Semuanya perempuan. Otak kiri aku menghasut, kalau dah perempuan, apa lagi, cubalah usha. Comel-comel pula. Jahat betul otak kiri aku.



Lengang sahaja City Plaza di waktu pagi.



Namun begitu, perut aku bising. Siap menyanyi lagu Michael Jackson - Beat It. Ah, aku sudah faham. Aku perlu cari makanan. Aku cari punya cari, kaki aku pula bawa aku ke McDonald's. Macam tak ada tempat lain! Memang tak ada pun, yang lain belum buka lagi. Aku pun layan sajalah.

Di meja depan, ada dua orang perempuan dan seorang budak lelaki sedang menggunakan laptop. Otak kiri aku fikir, alah, ingat dia orang sahaja ada laptop. Aku pun ada lah! Lalu otakku mengarahkan aku memasang laptop aku itu. Tetapi otak kanan mengingatkan aku, buang masa saja. Laptop mereka boleh tahan guna bateri 3-4 jam. Aku punya sejam pun belum tentu dapat sampai. Nanti siapa yang malu... tak payahlah menunjuk, Tuhan marah.

Kebosanan melanda, aku terus ke salah satu Internet Kafe yang dah aku ronda-ronda tadi. Aku mengusha semula semua Internet Kafe yang ada. Bukan usha awek yang menjaga Internet Kafe tersebut (walaupun ada juga terdetik dalam niat aku). Aku pun melayanlah internet di salah sebuah Internet Kafe di City Plaza. Malangnya komputer yang disediakan terlalu lembab. Adik aku lari 100 meter lagi laju dari komputer yang aku guna. Aku melayan internet di situ sehinggalah aku berasa mengantuk dalam jam 1.20 petang.



McDonald's Double Cheeseburger Combo Large



Pada jam 2.00 petang, aku bertolak ke pekan Kuala Nerang. Dalam perjalanan itu, banyak budak sekolah yang menaiki bas yang aku naiki. Teringat pada zaman sekolah aku. Tetapi pengalaman aku lain, pergi ke sekolah semasa sekolah rendah dengan berbasikal. Kalau basikal rosak, aku jalan kaki sahaja. Sedih kan? Ah, apa aku peduli, jarak sekolah dengan rumah cuma 500 meter sahaja. Itupun nak berkira. Tingkatan 1 aku sajalah yang mengingatkan aku pengalaman menaiki bas ke sekolah yang jaraknya dalam 5 kilometer dari rumah. Di sekolah itulah aku kenal dengan Che Wan Fatin, Syazwan (Bob) Nizam, Atikah, Hazzal, Zuhdi, Rahim, Tengku Anisah, Firdaus, Izzat, Muaffikri, Kelvin, dan ramai lagi. Tingkatan 2 pula lagi jauh, aku bersekolah di Sg Besi, menyebabkan aku perlu menaiki MAS untuk pergi dan pulang. Tetapi tak lama, aku kemudiannya bersekolah di kawasan dekat dengan rumahku sehingga tingkatan 3. Semasa Tingkatan 4 dan 5 pula, aku bersekolah di SBP.

Aku sampai di pekan Kuala Nerang. Pada masa itulah segala nostalgia aku kembali. Aku teringatkan kembali kisah sejarah aku yang pernah berlaku di pekan itu. Antara perkara yang mengembalikan aku kepada nostalgia dulu ialah ketika aku bercengkerama bersama Cikgu Murni di gerai sambil minum ABC, namun dibelasah oleh Labu dan Labi. Mengarut sahaja. Antaranya ialah pasaraya Yohomas, gerai jual pisang goreng, ABC, cendol, BSN dan lain-lain. Tambang teksi dari Kuala Nerang ke KMKN pun masih sama - RM4.

Semasa di pekan itu jugalah aku menghantar sms kepada Miss F. Dialah orang pertama yang aku hantar SMS sejak perjalanan aku dari Kuantan. Agak lama juga aku tunggu, akhirnya sms aku berbalas. Gembira sungguh aku ketika itu. SMS aku berbalas. Manakan tidak, sudah lama tak berbalas sms, biasanya YM dan Skype sahaja yang menjadi pengantara. Nampaknya, ketibaan aku ke KMKN akan menjadi ketibaan yang menggembirakan.



Pekan Kuala Nerang. Yohomas di hujung sekali.





Tempat aku layan ABC





Kedai jual pisang goreng yang paling popular di Kuala Nerang



Petang itu amat memenatkan, tetapi pada masa yang sama, di sinilah tempatnya aku pernah jejaki dahulu. Aku ditempatkan di bilik rehat di PFKK (nama lama PGA). Aku berehat sebentar dan kemudian, aku teringat pula akan koperasi yang merupakan tempat aku dan kawan-kawan aku melepak serta membantu membangunkan perkembangan ekonomi negara. Aku juga berharap agar dapat berjumpa dengan Kak Zainab. Akhirnya, kedua-dua keinginan aku termakbul. Dapat juga aku berjumpa dengan orang yang aku kenali pada masa itu. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang; Kak Zainab membelanja aku sedikit roti dan air. Rezeki aku pada masa itu, bolehlah aku buat simpanan untuk malam dan esok pagi.



Bilik yang aku ditempatkan... berseorangan



(Untuk kali ini, bayangkan telefon bimbit kamu begetar di dalam poket seluar... eh, apalah pula, buat apa telefon bimbit kamu, telefon bimbit akulah! Bergetar didalam poket seluarku! Ikut kamulah macam mana nak bayangkan, jangan guna otak kiri sudah... tak baik)

Telefon Motorola V3x yang cantik itu telah bergetar sambil memainkan lagu tema kartun Warner Brothers yang pernah popular dulu. Aku ingatkan masa nak menonton cerita kartun, tetapi rupa-rupanya Sir Sirhan yang hantar sms. Oh, tandanya untuk aku melepak. Aku berjumpanya di pejabat PFKK. Maka kami bersembanglah mengenai topik-topik hangat sepanjang zaman, iaitu Azri, Nana, PRS, PRD, Felo, KMKN, Asrama (bukan asmara), Madam Madinana (takziah kepadanya, semoga Allah menabahkan lagi diri Madam dan suami), serta hal-hal yang biasa dibincangkan lelaki (perempuan tak perlu tahu).

Selepas solat Maghrib, aku telefon Nana untuk memberi tahu tentang kedudukan koordinat dan lokasi operasi aku. Aku dah buat dia cemburu (padan muka dia...haha - jahat juga aku ini). Lalu, aku katakan padanya, aku akan berjumpa dengan ahli-ahli PRD pada malam nanti. Maka, bersembanglah kami sehingga kredit aku tinggal 8 sen. Dia telefon aku semula, sambung lagi sehinggalah kredit dia berkurangan dari sebelumnya.

Jam 9.15 malam membawa aku ke Dewan Seri Delima (nama lama Dewan Munsyi Abdullah), kepada yang tak ingat mana letaknya, lokasinya ialah setelah memanjat tangga dari blok sains, pusing ke kanan dan akan menemui bangunan dua tingkat yang mempunyai dewan di setiap tingkatnya. Tak perlu naik atas, masuk ke dewan tingkat bawah. Itulah DSD/DMA.

Aku ke situ bukanlah untuk pergi prep seperti dulu, tetapi untuk berjumpa dengan ahli-ahli PRD. Tak perlu aku nyatakan apa perbincangan kami di dalam perjumpaan itu, kerana prinsip kami, apa yang dibincangkan di dalam usrah, takkan dibawa ke luar. Cuma apa yang ingin aku nyatakan pada malam itu, entah mengapa skrip ucapan yang aku siapkan tak aku ikuti. Segalanya compang camping dalam ucapanku. Mungkin kerana mereka ini aku rasakan ada aura yang hebat sehinggakan menggugat kehandalan aku berkata-kata, tak tahulah. Sehinggakan cara ucapan aku juga berbeza pada malam itu. Kalau tak, pastinya ucapan Barrack Obama pun mampu aku tewaskan. Tak mengapalaah, benda sudahpun berlalu. Asalkan yang penting, semuanya dapat memupuk kasih sayang di antara diri masing-masing. Nota kepada Nana, hasutan kau untuk aku mengusha budak-budak perempuan terpaksa aku tolak kerana aku perlu berintegriti untuk masa itu, tetapi di luar perjumpaan, aku tetap kembali kepada Hisyam yang kau kenal...hahaha. Ibarat kata-kata dalam post aku sebelum ini, kalau dah rupa seperti Maria Sharapova, siapa tak suka. Inikan pula ada gaya seperti Siti Nurhaliza, Maya Karin, dan Era Fazira. Mestilah terpesona. Maaf ya adik-adik, otak kiri dah menguasai minda. Boleh pula otak kanan setuju pula lalu berkata, "tak apa, lumrah lelaki terpikat kepada wanita." Boleh pula otak kanan kata begitu, kalau dah sengal, medula oblogata yang berkecuali pun setuju. [Sir Sirhan setuju dengan pernyataan ini... hahaha]



Mereka menyambut hari jadi Adha





Nana, nah tengok adik-adik kau yang ko suruh aku usha tu





Ni ada lagi. Nak ikut otak kiri, aku ok sahaja, tetapi aku ni kan baik... betul tak Nana?





Gambar mengada-ngada, gambar skema tak ada, entah kemana perginya... kau tak ada Nana... kesian kau



Walaupun aku telah merosakkan perancangan aku sendiri, namun begitu aku tetap gembira menemui mereka semua. [Sedikit hasutan: tanya Sir Sirhan, apakah misi pertama kami pada zaman kami dulu *ada kaitan dengan MPP*... dan laksanakan misi kami yang belum selesai itu... hahaha!]

Selepas perjumpaan, aku menyiapkan kerja mana yang patut, lalu aku tidur dengan lenanya.

Kembali ke atas

*****

EPISOD 2:
Ada orang mengejar aku. Aku berlari sekuat hati. Semakin lama, aku rasa semakin penat. Aku berhenti lalu berkata, "apa kau nak dari aku? kalau kau tak puas hati, jom kita beradu sebagai lelaki! Lainlah kalau kau pengecut!"

Nampaknya cabaran aku diterima. Aku beradu dengannya. Habis tanganku calar dihiris keris, aku menahan sakitnya. Aku membalas dengan pautan maut. Aku mengilas segala kudrat aku dengan pergerakan humbanan cekik. Nampaknya dia hampir tertewas. Lalu aku membuat gerakan penyudah.

Belum sempat aku menghabiskan gerakan aku, tiba-tiba aku diserang dari belakang menggunakan benda keras. Lalu aku pengsan.

Apabila aku sedar, aku menyedari jam sudah pukul 6.30 pagi. Aku sudah berada di bilik rehat PFKK. Aku tertanya, siapakah yang telah menyelamatkan aku dari serangan penjahat itu? Lalu aku terdengar suara, dari otak kanan aku. Menyuruh aku jagan nak banyak drama pula. Baik mandi bersiap dan kemudian siapkan apa yang patut untuk kursus nanti. Alah, otak kanan ni agak skema lah. Nak berdrama pun susah.



Khas untuk Pesa: ni ha aku pakai tali leher yang kau belikan dari Kanada



Pagi itu, aku siapkan mana yang patut. Lalu aku ke makmal komputer untuk kursus aku nanti.

Aku memulakan pemberitahuan tentang operasi "Delicious Dessert" (bukan Desert Storm) kepada peserta kursus. Aku dah agak, untuk sesi pertama ini, agak membosankan kerana berkaitan dengan teori. Aku tak boleh elak. Teori ini penting untuk memberikan hasil terbaik dalam operasi mereka. Namun begitu, ini bukanlah penghalang kerana tak ada tembok pun di antara aku dengan mereka. Maka, aku sampaikan sajalah ceramah itu.

Tak lama kemudian, waktu rehat pun tiba. Cukup-cukup masa aku. Tak sangka-sangka aku ini pandai mengurus masa aku [bangga sekejap]. Semasa waktu rehat, menu yang disediakan adalah bihun goreng. Alamak, ada taugeh la pula. Tak mengapalah, aku asingkan sahaja taugeh yang ada. Tak banyak pun.

Kursus bersambung selepas rehat. Kali ini, agak seronok kerana masa untuk aplikasi Tricks and Cheats Skills. Untuk sesi kedua yang hanya selama 1 jam setengah ini, mereka hanya mampu menyiapkan 2 efek animasi sahaja. Permulaan yang agak perlahan, tetapi tak mengapa. Ini baru sahaja permulaan. Aku yakin mereka akan menjadi lebih cekap selepas ini.

Sesi kedua berhenti pada jam 12 tengah hari.




Vios milik Sir Sirhan



Aku pergi ke masjid untuk solat Jumaat bersama Sir Sirhan dengan kereta Toyota Vios miliknya. Sekali lagi, aku mengimbas kembali kenangan di masjid itu. Walau apa pun, suatu perkara yang masih diidamkan, cendol yang dijual di hadapan masjid itu. Kini sudah maju. Tak ada pagar lagi. Kawasannya sudah lebih luas dan pokok ceri yang ada dulu pun sudah tiada lagi. Walau apa pun, rasa cendolnya masih sama.


Masjid yang aku selalu pergi untuk Solat Jumaat





Ini mak cik yang jual cendol





Ini pula pak cik yang jual cendol





Sedap sungguh... tambah-tambah lagi dalam cuaca panas



Kursus bersambung pada jam 2.30 petang. Seperti yang aku jangkakan, mereka semakin cekap menggunakan PowerPoint. Dalam masa 2 jam 30 minit, banyak efek animasi yang telah mereka pelajari. Aku bangga dengan mereka, kerana mereka semakin mahir. Ada juga yang pantas belajar. Sehinggakan boleh meneroka sendiri animasi-animasi dan efek lain. Aku harapkan mereka akan mampu membawa kejayaan pada masa akan datang.

Kursus tamat jam 5 petang. Aku kembali ke PFKK dan menyiapkan evaluation form yang aku minta mereka jawab secara online. Pada petangnya pula, aku lepak bersama Sir Sirhan di dataran usahawan. Mereka ada pasar malam pada hari ini. Semasa makan malam, aku membuat satu confession di depan Sir Sirhan yang aku sejak dulu lagi mengusha akak dewan selera yang comel-comel tu. Aku rasalah, bukan aku seorang sahaja yang tetarik kepadanya, pasti ramai lagi. Walau apa pun, aku tetap dengan diri aku. Kalau aku suka, aku suka saja. Cuma, apabila Sir Sirhan mencadangkan agar aku pergi sahaja kepada dia, sembang-sembang atau mintak sahaja nombor telefon, mulalah aku tersedak. Aku memang lemah dalam hal macam ini. Hebat macam mana pun aku berhadapan dengan G.W. Bush, aku memang lemah dalam perkara sebegini rupa. Apalah aku ini. Nampak sahaja hebat, kalau hal perempuan, semuanya cuak. Mungkin inilah sebabnya aku masih single sehingga sekarang. [promote diri sekejap]

Aku juga diberi tahu oleh Sir Sirhan bahawa dia mungkin bekerja di sini kerana dia cuti semester. Maklumat itu diperkukuhkan apabila semasa kami berjalan melintasinya, Sir Sirhan bertanyakan apakah dia sedang bercuti, jawapannya adalah 'Ya', nampaknya dia masih single lagi lah.[belum kahwin... kalau setakat boyfriend guna lagu ST12 - Puspa sahaja...*jahat betul aku ini*] Kalau nak ikut hati, mahu sahaja aku duduk dan bersembang dengannya, tetapi itu hanya angan-angan sahaja. Dalam hal melaksanakannya, 7 keturunan pun belum tentu aku buat. Haha....







Kombinasi tiga gambar beliau yang dimaksudkan - single lagikah dia? Ada nombor telefon? Gila sungguh aku ini. Kalau sesiapa ada nombor dia tolong bagi, boleh? Haha... Gambar curi sahaja ini... kualiti kurang



Pada malamnya pula, aku melepak di pasar malam. Seperti aku melepak dengan Sabarudin, Azri, Ustad, dan ramai-ramai lagi. Tetapi pada malam itu, tak dapatlah aku menjadi gila-gila seperti dulu. Kalau dulu, dengan peniaganya sekali aku cuba tawar harga... manalah tahu kan, boleh aku hantar rombongan meminang. Cuma untuk kali ini, aku tiada kawan segila aku, dan aku juga perlu tunjukkan kematangan aku walaupun hormon dan nafsu gila membuak-buak. Aku memerlukan orang seperti Nana, Sabarudin, ataupun Aziz untuk mengecas tahap kegilaan aku. Tanpa mereka, aku takkan gila. Akhirnya, masa menunjukkan jam 9.30 malam. Aku pun belilah 2 cucuk sosej dan 1 cucuk nugget. Selepas itu, aku berjumpa dengan Syamil dan Daniel untuk membantu mereka bagi setiap yang mereka minta pertolongan dariku.



Gerai PRD





Produk PRD - produk yang pelik, menghasilkan makanan oleh PRD





Aku cari baju bundle, tak ada pula dijual di pasar malam ini



Sebelum aku nak cerita pasal apa yang berlaku di PFKK, tetapi aku nak kisahkan sesuatu yang telah berlaku. Lepak punya lepak, aku terpandang seseorang. Seseorang yang sangat menarik perhatian dan menarik minat aku. Perempuanlah, bukan lelaki. Takkan aku nak tertarik kepada lelaki pula. Aku melihatnya sekali. Aku toleh, kerana seperti tak percaya. Kemudian aku pandang dia lagi. Ah, aku masih tak percaya. Dalam sirusai ini, aku taknak sesuatu berlaku seperti dalam lagu Senario - Cari Tapak yang ada liriknya seperti ini; "sekali kupandang dia tersenyum riang, dua kali kupandang tak nampak macam orang". Dah dua kali aku pandang, toleh; masih lagi aku tak percaya. Aku pandang kali ketiga... kali keempat.... Nampaknya aku kena percaya. Rupanya seperti seorang rakanku, Che Wan Fatin. Aku tak terfikir untuk mengambil gambarnya ketika itu kerana kepala penuh dengan persoalan dan perasaan terkejut. Kepada sesiapa yang membaca post ini, sila kesan orang ini yang rupanya seperti dalam gambar di bawah. Bagi tu sama aku. Dia memakai cermin mata. Fatin ini pun memakai cermin mata pada asalnya. Kamu bayangkan sendirilah. Azri, kau jangan kacau. Aku nak saving untuk kali ini! Hahaha... [perasaan tamak membuak-buak]



Ini gambar Fatin, tolong cari kembar seirasnya untuk aku, jangan bagi tau Azri



Selepas selesai dengan itu dua orang, aku kembali ke bilik kerana laptop aku kehabisan bateri dan aku mulai mengantuk. Tiba-tiba... 'buzz!'. Farha 'Buzz' aku. Sembang punya sembang, terbawa pula topik yang aku mengusha akak dewan selera tu. ini adalah antara dialog yang berlaku. AMARAN: Frasa yang digunakan mungkin mengandungi unsur 18-XSGL dan kepada yang tak cukup sengal, sila berfikiran matang.

**ada mesej sebelum ini - tiada kaitan dengan topik yang aku sedang bincangkan**
Farha Jumaat (26/06/2009 23:36:56): ala
Farha Jumaat (26/06/2009 23:36:58): relek la
Farha Jumaat (26/06/2009 23:37:00): mare ke
Syam (26/06/2009 23:37:15): haha
Syam (26/06/2009 23:37:21): xde mood pon nak marah
Syam (26/06/2009 23:37:22): hehehe
Farha Jumaat (26/06/2009 23:38:27): alala
Farha Jumaat (26/06/2009 23:38:46): huhu
Syam (26/06/2009 23:39:51): sbb hari nih leh kate agak penat
Syam (26/06/2009 23:40:06): tapi agak terubat le gak
Syam (26/06/2009 23:40:41): dgn ramai bdk2 pmpn yg comey2 blake
Syam (26/06/2009 23:40:43): hehehe
Farha Jumaat (26/06/2009 23:43:04): ow ye ke
Farha Jumaat (26/06/2009 23:43:19): asal?
Farha Jumaat (26/06/2009 23:43:26): amboi2
Farha Jumaat (26/06/2009 23:43:32): bkn main lg
Farha Jumaat (26/06/2009 23:43:32): hahaha
Syam (26/06/2009 23:43:48): hehe
Syam (26/06/2009 23:43:51): beser la
Syam (26/06/2009 23:43:57): sy kat kolej MARA
Syam (26/06/2009 23:44:05): tpt sy blaja dlu
Farha Jumaat (26/06/2009 23:44:06): wt pe
Syam (26/06/2009 23:44:18): ngajar budak2 neh multimedia
Syam (26/06/2009 23:44:25): yg bestnye
Syam (26/06/2009 23:44:39): bukan le pasal student skang yg cumel2
Syam (26/06/2009 23:44:44): tp yg bestnye
Syam (26/06/2009 23:45:00): akak dewan makan yg sy ngusha dr dlu keje kat seneh ag
Syam (26/06/2009 23:45:02): hahaha
Syam (26/06/2009 23:45:04): gatal tol
Syam (26/06/2009 23:45:05): hahaha
Farha Jumaat (26/06/2009 23:45:15): hahahaha
Farha Jumaat (26/06/2009 23:45:17): mmg gatal
Farha Jumaat (26/06/2009 23:45:19): hahaha
Syam (26/06/2009 23:45:29): xsangke dia ad
Syam (26/06/2009 23:45:32): hehehe
Syam (26/06/2009 23:45:39): dah ler akak tuh comey
Syam (26/06/2009 23:45:47): same comey mcm dlu gak
Syam (26/06/2009 23:45:49): ahakz
Farha Jumaat (26/06/2009 23:45:53): huhu
Farha Jumaat (26/06/2009 23:45:55): akak 2
Farha Jumaat (26/06/2009 23:46:03): nth2 dh kwin
Syam (26/06/2009 23:46:09): lom la
Farha Jumaat (26/06/2009 23:46:10): hehe
Syam (26/06/2009 23:46:14): sy tau la
Syam (26/06/2009 23:46:26): dia masih single
Syam (26/06/2009 23:46:28): hehehe
Farha Jumaat (26/06/2009 23:46:34): mak aih
Farha Jumaat (26/06/2009 23:46:36): tau seme
Farha Jumaat (26/06/2009 23:46:42): huhu
Syam (26/06/2009 23:46:54): hek e leh...name pon dari dlu ngusha...'
Syam (26/06/2009 23:46:58): kne le amek tau
Syam (26/06/2009 23:47:00): hehehe
Farha Jumaat (26/06/2009 23:47:10): bgs btl awk ni
Farha Jumaat (26/06/2009 23:47:17): die tgu awk msk minang die kot
Syam (26/06/2009 23:47:44): ades...2 yg lemah tuh...
Syam (26/06/2009 23:47:49): sy mude ag dr dier
Syam (26/06/2009 23:47:53): huhuhu
Farha Jumaat (26/06/2009 23:47:58): ala
Farha Jumaat (26/06/2009 23:48:03): skng x kre umo la
Farha Jumaat (26/06/2009 23:48:06): huhu
Syam (26/06/2009 23:48:33): huhu
Syam (26/06/2009 23:48:49): tau pasal tuh
Syam (26/06/2009 23:49:13): tp mst ad ag yg masih suke cara tradisi
Farha Jumaat (26/06/2009 23:49:20): erm..
Farha Jumaat (26/06/2009 23:49:26): btl2,,
Farha Jumaat (26/06/2009 23:49:28): ala awk
Farha Jumaat (26/06/2009 23:49:42): mude bpe thn je ngn die?
Syam (26/06/2009 23:49:55): dlm 2 thn
Farha Jumaat (26/06/2009 23:50:00): ala
Farha Jumaat (26/06/2009 23:50:07): small de pieces la
Farha Jumaat (26/06/2009 23:50:10): hehe
Syam (26/06/2009 23:50:19): eleh
Syam (26/06/2009 23:50:28): you talk talk look easy la
Syam (26/06/2009 23:50:36): when you try
Syam (26/06/2009 23:51:04): very dizzy la
Farha Jumaat (26/06/2009 23:51:36): hoho
Farha Jumaat (26/06/2009 23:51:39): ya2 i noe
Farha Jumaat (26/06/2009 23:51:48): huhu
Farha Jumaat (26/06/2009 23:51:54): hard for u rite
Farha Jumaat (26/06/2009 23:51:56): ok la
Farha Jumaat (26/06/2009 23:51:58): hehe
Syam (26/06/2009 23:52:11): huhu
Syam (26/06/2009 23:52:48): tp...dia 2 leh kate comey la
Syam (26/06/2009 23:53:08): sbb perwatakan dia ada ciri keperempuanan yg tulen
Syam (26/06/2009 23:53:12): nampak santun
Syam (26/06/2009 23:53:28): bgurau pon xde melebih2
Syam (26/06/2009 23:53:39): suke senyum
Syam (26/06/2009 23:53:50): sy suke pompuan yg ciri camtuh
Syam (26/06/2009 23:53:51): hehehe
Farha Jumaat (26/06/2009 23:54:05): wahaha
Farha Jumaat (26/06/2009 23:54:07): bgs2
Farha Jumaat (26/06/2009 23:54:09): huhu
Farha Jumaat (26/06/2009 23:54:14): nk y lmh lmbut je ek
Farha Jumaat (26/06/2009 23:54:18): hehe
Syam (26/06/2009 23:54:40): kalu buleh yg lemah lembut le
Syam (26/06/2009 23:54:44): ade kesopanan
Syam (26/06/2009 23:54:49): ade kesantunan
Syam (26/06/2009 23:54:59): baru la nampak ayu
Farha Jumaat (26/06/2009 23:55:04): y tdung labuh byk cm 2 awk
Farha Jumaat (26/06/2009 23:55:06): hehe
Syam (26/06/2009 23:55:11): pasal paras rupa, 2 lain kire
Syam (26/06/2009 23:55:57): 2 lepasal...masalahnye, perangai sy mcm xsesuai lak utk diorg pilih sbg pilihan diorg
Syam (26/06/2009 23:55:59): huhu
Syam (26/06/2009 23:56:09): so, sy cari yg sedang2 saje
Farha Jumaat (26/06/2009 23:56:11): oo
Syam (26/06/2009 23:56:18): xtudung labuh pon xpe la
Farha Jumaat (26/06/2009 23:56:22): mmg dream girl awk ek y tdung2 labuh 2
Syam (26/06/2009 23:56:53): sbnrny...btudung labuh pon lom sume leh mnentukan keperibadian sbnrny
Syam (26/06/2009 23:57:03): ad yg sy jumpe
Syam (26/06/2009 23:57:07): tudung labuh gak
Syam (26/06/2009 23:57:21): tp lagi ganas dr sy
Syam (26/06/2009 23:57:24): huhuhu
Syam (26/06/2009 23:57:37): ade tuh pakai tudung bese ajer...
Farha Jumaat (26/06/2009 23:57:42): hoho
Syam (26/06/2009 23:57:46): tp dia jaga tingkah laku dier
Farha Jumaat (26/06/2009 23:57:59): 2 mmg ade awk
Syam (26/06/2009 23:58:08): ade tuh, walau xpakai tudung, tapi masih ag suke pakai baju kurung
Syam (26/06/2009 23:58:28): bile bercakap pun, xde kuar pkata2n yg xelok
Farha Jumaat (26/06/2009 23:58:37): tp x yh tgk minor
Farha Jumaat (26/06/2009 23:58:57): tgk major
Farha Jumaat (26/06/2009 23:59:30): mmg sy x nafi
Farha Jumaat (26/06/2009 23:59:43): ade y ganas
Farha Jumaat (26/06/2009 23:59:52): n x seme baik
Syam (27/06/2009 0:01:00): sy xtetapkan kriteria dia kene tudung labuh or x
Syam (27/06/2009 0:01:14): ato dia kene btol2 cantik or x
Syam (27/06/2009 0:01:21): sy xtetapkan yg tuh
Syam (27/06/2009 0:01:35): yg sy sukekan yg mcm sy cite td la...
Syam (27/06/2009 0:01:52): ada ciri2 keayuan & watak keperempuanan
Syam (27/06/2009 0:02:25): mungkin paras rupa kurang menarik
Syam (27/06/2009 0:02:35): tapi dgn ciri yg dia ada
Syam (27/06/2009 0:02:41): nampak keayuan dia tuh
Syam (27/06/2009 0:02:46): 2 yg sy suke

Selepas itu, tak ada lagi mesej dari Farha. Dah tidur rasanye. Tak apalah, biarkan sahaja. Di sini, aku bukanlah nak kata tergila-gilakan akak tu, tetapi cuma sukakan keperibadiannya. Tak kisahlah dia dah kahwin, dah ada teman lelaki, dah bertunang, atau apa-apalah; yang pasti aku sukakan keperibadiannya. Semoga dia sukses pada masa depan dan terus mengekalkan keperibadian yang baik.

Nampaknya lama lagilah aku nak jumpa dengan perempuan impian aku. Siti Nurhaliza pun dah Datuk K ambil. Takkan nak tunggu seperti lagu Irwanshah - Kutunggu Jandamu? Maria Sharapova pula dah lama tak balas mesej aku (macam ada sahaja). Nampaknya, terpaksalah aku jawab permohonan puteri Raja Jordan.

Disebabkan kepenatan, aku tidur dengan lenanya pada malam itu.

Kembali ke atas

*****

EPISOD 3:
Kali ini, aku bangun lebih awal. Aku sedar jam 6.00 pagi. Aku perlu bersiap lekas kerana bas yang akan aku naiki adalah pada pukul 7.15 pagi. Aku kemaslah apa yang patut, dan sebelum aku mengemas beg laptop aku, Syamil berjumpa dengan aku untuk urusan terakhir. Aku sukakan dia kerana bersungguh untuk mendapatkan segala pengetahuan yang aku ada. Malangnya, aku hanya insan biasa. Bukan semua yang boleh aku tunjukkan, dan lain-lain yang aku peroleh tak sempat aku ajarkan. Aku harap dia terus berusaha untuk sukses pada pasa akan datang.



Koperasi KMKN - tempat lepak sepanjang zaman





Rak trofi - dah tak ada trofi MISI aku dan Azri dulu





Foyer Pejabat KMKN





Fountain KMKN



Di kala melangkah keluar itulah, kembalinya ingatan-ingatan yang lalu di mana segala pahit manis kenangan di KMKN berlaku kepadaku. Sejak awal-awal lalu, kumpulan Terung yang aku sayangi, pertama kali aku berhadapan dengan Puan Pengetua (kini Pengarah), aku berhadapan dengan masalah peribadi, zaman di kala aku hampir berputus asa, dan kembali bangkit dari tersungkur, membina persahabatan dengan rakan-rakan yang sentiasa baik dengan aku, guru-guru yang sentiasa memberi sokongan, pengalaman membalas hujah Puan Pengetua sekali dalam seumur hidupku sehingga dia terdiam seketika, walaupun aku ditembak semula dengan 10 hujahnya, memberikan kejayaan untuk KMKN, walaupun gagal di KAKOM, berjaya di MISI, konflik dengan MPP, Cikgu M, Cikgu Hanafi, F104, dan segala yang berlaku sepanjang tahun aku di KMKN terimbas dalam ingatanku. Semuanya yang telah aku tinggalkan di sini mungkin akan berkekalan atau dilupakan oleh lain-lain, akan terus aku ingat di dalam hati ini. Selamat tinggal KMKN.

Aku keluar dari kawasan KMKN pada jam 7.15 pagi. Pada masa itu, suasana kolej masih sunyi dan tak ada yang perasan pemergian aku melainkan Syamil. Tak apalah, aku pun tak kisah semua itu. Aku masih ada perjalanan jauh yang perlu aku tempuhi. Aku perlu sampai ke Pulau Pinang seawal mungkin. Jadi aku perlulah keluar awal dari KMKN. Bas tiba di hadapan KMKN pada jam 7.20 pagi dan aku terus menuju ke Shahab Perdana. Aku tiba di sana pada jam 8.20 pagi. Aku menaiki bas ke Butterworth pada pukul 8.30 pagi dan tiba pada jam 10 pagi. Aku menjejaki pulau pada sekitar jam 11 pagi.

Tiba di Pulau Pinang:
Ketibaan aku disambut oleh Kucai. Dia tiba dengan Perodua Viva miliknya. Lalu terus aku dibawa ke Queensland. Nak cari tiket wayanglah kononnya. Nak menonton cerita Transformers. Malangnya, tiket pada hari ini habis dijual dan barisan beratur lebih panjang daripada sungai Nil. Maka dengan itu, kami terus keluar dari Queensland.

Kemudian, Kucai mencadangkan untuk pergi bermain boling di Megamall di Seberang Perai. Aku pun setujulah. Maka, kami pun ke sana merentasi Jambatan Pulau Pinang yang kali terakhir aku melaluinya adalah pada tahun 1997. Aku pun jakunlah seketika. Tak apa, aku ini orang luar Pulau Pinang, tak apa kalau aku jakun pun. Tibanya di Megamall, suasananya agak suram kerana seperti telah ditinggalkan. Namun aku terus ke tempat boling yang mempunyai 54 lorong. Tempat boling yang terbesar aku pernah sampai. Selepas ini, aku nak ke Sunway Piramid pula, melawat lorong boling di sana.



Membaca jambatan ilmu - apa kaitan dengan jambatan ini?



Kemudian terdetik dalam minda untuk mengusha tiket Transformers: Revenge of the Fallen di panggung wayang yang ada di situ. Nampaknya ada 2 tiket kosong di tempat yang cantik - barisan C. Apa lagi, kami pun belilah. Nampaknya, cerita yang aku bayar tiketnya sebanyak RM 9.00 amat berbaloi. Aku sungguh berpuas hati dengan hasil ceritanya.

Selepas menonton wayang, kami kembali ke pulau. Terus ke Balik Pulau. Kemudian, aku diperkenalkan dengan kawan kepada Kucai, Shahrul. Kami melayan laksa dan mi sup di sebuah kedai yang terkenal di situ. Kemudian, kami ke empangan Teluk Bahang dan bermandi manda di sebuah kawasan rekreasi yang aku lupa akan nama tempatnya.



Shahrul, Kucai, dan Aku





Empangan Teluk Bahang





Bawah tiang ini ada harta berharga



Setelah selesai, aku dibawa pulang ke rumah Kucai dan di situlah aku mengenali ayah dan ibunya. Di rumahnya, aku disajikan dengan durian. Aku memang memerlukan durian supaya aku akan menyeimbangkan suhu badan apabil di dalam bas nanti. Aku pun makanlah sebanyak yang boleh.

Selepas makan malam, aku dan Kucai bertolak ke terminal bas. Malam masih awal. Aku sangkakan dapat bertemu dengan Miss N, tetapi malangnya dia tiada di USM. Dia sudah pulang ke rumah. Aku agak kecewa kerana tak dapat bertemu dengannya. Sebelum ini, aku telah menetapkan bahawa jika aku dapat bertemu dengan salah seorang Miss yang telah aku nyatakan sebelum ini terlebih dahulu dan dapat aku luahkan isi hatiku, dialah yang bakal menrungkaikan segala dilema aku selama ini. Pada malam ini, aku tiada rezeki untuk bertemu Miss N. Mungkin Tuhan sudah ada rancangan-Nya. Apakah aku akan dapat bertemu dengan Miss F atau Miss S ataupun Miss N juga nanti? Wallahu-alam. Hanya Dia yang berkuasa dalam setiap kejadian di muka bumi ini.

Bas aku ke Kuantan bertolak dalam jam 10.00 malam dan seperti biasa, semua bas memberikan aku masalah yang sama - kesukaran untuk tidur. Sedangkan pada esoknya, aku ada banyak perkara untuk aku lakukan di Kuantan nanti. Strategi aku memakan durian dengan banyaknya sedikit sebanyak membantu aku untuk memanaskan badan di dalam bas, tetapi kesannya hilang setelah jam mencecah pukul 3.00 pagi. Aku mula menggigil. Cuma meditasi sahaja yang mampu membantu aku untuk memanaskan badan aku.

Aku tiba di Kuantan pada pukul 6 pagi, dan keluar semula pada pukul 7 pagi untuk melakukan perancangan yang telah ditetapkan sebelum ini. Azri dan Rahimi tiba di hadapan rumahku untuk pengembaraan seterusnya. Mereka menunggu sambil aku sedang menyambar apa-apa yang perlu.

Sepanjang perjalanan ini, aku telah mengenali banyak orang baharu. Sama ada yang muda, tua mahupun sebaya denganku. Inilah yang boleh dikatakan jauh perjalanan, indah permandangan, bertambah pengalaman. Pandangan apa yang indah aku tak tahulah. Tetapi semuanya bagi aku indah sahaja. Mungkin mereka akan aku lupakan, tetapi kenangan aku bersama mereka tak akan padam, kerana kenangan inilah yang akan mengingatkan aku kembali kepada mereka semua. Jumpa lagi lain masa, lain siaran, lain kembara.

BERSAMBUNG...

Kembali ke atas

*****

Daftar Istilah:
1. PG-13 - Mengandungi unsur-unsur "Perangai Gila", tidak sesuai untuk kanak-kanak yang belum ambil UPSR.
2. 18-XSGL - Mengandungi unsur-unsur "Ekstra Sengal" (kamu jangan fikir bukan-bukan ya), tidak sesuai untuk tontonan kepada sesiapa yang belum ada sijil SPM.
3. CIA - Central Intelligence Agency, agensi orang-orang pandai sahaja. (boleh juga Cincai Insurance Agency)
4. MAS - Malaysia Airlines, bukan Kris Mas mahu pun Mas Idayu.
5. SBP - Sekolah Berasrama Penuh, bukan sekolah berasmara penuh.
6. KMKN - Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang di Kedah, bukan Terengganu! Itu Kuala Berang!
7. YM - Yahoo Messenger, bukan Yayasan Melaka.
8. PFKK - Pejabat Felo Kolej Kediaman (entahlah apa namanya, rasanya betul).
9. PGA - Pejabat Gerakan Asrama, bukan Pasukan Gerakan Am ataupun PGA Tours.
10. DMA/DSD - Dewan Munsyi Abdullah/Dewan Seri Delima adalah subjek yang sama.
11. PRS/PRD - Pembimbing Rakan Sebaya/Dinamik adalah golongan yang sama.
12. MPP - Majlis Perwakilan Pelajar

Kembali ke atas

*****

Nota Kaki:
1. Post ini diterbitkan terlebih dahulu berbanding post aku menyambut rakanku yang pulang dari Kanada kerana beliau masih belum menghantar gambar-gambar yang dijanjikan sebagai bahan post.
2. Tulisan aku ini mungkin juga dibaca oleh adik-adik KMKN yang aku jumpa semasa aku ke Kedah. Oleh yang demikian, diharapkan kamu menerima kata ganti nama 'aku' yang digunakan dalam blog ini.
3. Unsur-unsur penceritaan ini juga mengandungi beberapa perkara yang ditokok tambah agar penceritaannya nampak lebih menarik.
4. Gambar 'skema' PRD hilang dari telefon bimbitku. Rasanya si penangkap gambar telah discard gambar tersebut, bukannya store.
5. Takziah kepada Michael Joseph Jackson ataupun dikenali sebagai Mikaeel atas pemergiannya ke Rahmatullah pada 25 Jun 2009 pada umur 50 tahun. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
6. Terima kasih kepada semua, atas bantuan dan layanan kamu. Semoga akan aku kembali semula ke sana untuk pengembaraan yang baharu.
7. Yang nak nombor telefon, boleh rujuk kepada my big bro, Sir Sirhan. Beliau berkuasa mutlak (cewah) untuk memastikan siapakah yang layak menghubungi aku dengan SMS/telefon.

Sedikit kenang kenangan:


Post a Comment

3 Comments

  1. salam..
    juz nk betolkan..
    bkn Queensland la..QUEENSBAY..
    yg kat Teluk Bahang tu,korang mandi2..
    maybe Taman Rimba kot..tol x?
    hehe.. (^_^)
    kem salam sama kucai yea.. (^^,)

    ReplyDelete
  2. @~cutebabygirl~
    uh...silap eh...
    apalah kucai xbg tau... adus...
    tengkiu2
    4 d correction... tp biarlah post neh pakai name salah...haha

    kucai? dia ak terima salamnye nnt..

    ReplyDelete
  3. oits ~cutebabygirl~...

    cbuk je mngomen ek hehehe by da way waalaikumsalam igt jgk hg kat aku hehehe ^_^

    (sja nk kmen even dh lma lps due date hehehe)

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)