Senarai orang BODOH di sekeliling kita

Kebelakangan ini, aku perasan terlalu ramai orang dah jadi bodoh. Harap sahaja sudah ada ijazah, master, mungkin juga PhD, tetapi masih lagi menunjukkan kebodohan secara jelas. Kalau ya pun bodoh, sorok-soroklah kebodohan itu. Janganlah seronok menunjukkan kebodohan sendiri depan orang ramai.

Berikut adalah senarai orang yang bodoh:
- Orang alim yang memutar belitkan ajaran agama.
- Tamak kuasa, gilakan kuasa, menghalalkan segala yang haram.
- Menghalang perpaduan ummah, malah menggalakkan permusuhan sehingga mahu bertumpah darah.
- Bikin tak serupa cakap, cakap tak serupa bikin. Atau mana-mana satu.
- Tak tahu beza 28+3 dengan 28, mana satu yang lebih besar jumlahnya.
- Melompat-lompat seperti beruk di dalam dewan.
- Menghukum orang sesuka hati (hukum-hukum Islam).
- Munafik terang-terangan. Kalau ya pun munafik, sorok-sorokkan lah.
- Mula-mula, kata kalau orang luar 'tinggal' di rumah dia boleh, tetapi bila orang dia sendiri 'tinggal' di rumah orang, tak boleh pula.
- Pandang orang lain semuanya seperti nanah, tetapi dalam diri sendiri, daging darah dah reput tak pula perasan.
- Salahkan polis kerana tak bendung masalah sosial, tetapi diri sendiri tak nak disalahkan kerana melahirkan anak punca masalah sosial.
- Kutuk sana-sini sebab tak elok, tetapi diri sendiri sama sahaja perangai dengan orang yang dia kutuk.
- Kononnya dia paling baik. Orang lain tidak.
- Semua ketua dia buat, tak salah walaupun sememangnya salah. Ketua lain buat betul juga dikatakan salah.
- Mengatakan yang baik itu penyangak, yang penyangak itu baik.
- Marahkan orang lain memandu tak betul, tetapi diri sendiri pun sama sahaja.
- Nak kaya mudah-mudah. Tak nak usaha.
- Gaji baru RM2000 sebulan, belanja macam gaji RM20000 sehari.
- Tak boleh terima kesilapan. Pada hal diri sendiri yang selalu silap.
- Tak mengaku kesalahan diri.
- Tak mengaku kelemahan diri.
- Pengikut Ayah Pin.
- Orang yang bencikan Malaysia, terutama rakyat Malaysia sendiri.
- Salahkan semua pemain bola sepak kerana kalah perlawanan, tetapi diri sendiri nak melangkah sejengkal pun dah tak mampu.
- Marah orang tak jaga anak betul-betul, tetapi rumah tangga sendiri bercerai-berai.
- Pandai kutuk sahaja, apabila diminta keluarkan idea, tak boleh pula.
- Anggap semua yang berserban, berjanggut, berjubah itu semuanya bersih luar dalam; orang yang pakai kot, bertali leher, pakai seluar semuanya buruk luar dalam.
- Berluba-lumba di jalan raya. Mengganggu keselamatan di jalan raya.
- Orang yang membalas 'jasa' guru dengan parang apabila tahu guru tersebut memarahi anaknya dan cuma mendenda berdiri di luar kelas.
- Menerima Chin Peng kembali ke Malaysia.
- Kamu tambah sendiri. Tinggalkan komen.

Aku menghantar post ini bukanlah kerana aku ini paling bijak. Kadang kala aku juga melakukan kesilapan. Aku juga bukan manusia sempurna. Namun, aku tetap menerima akan kesilapan orang lain dan diri sendiri agar aku dapat memperbaiki diri.



Adakah kita ini sememangnya bodoh?

Only two things are infinite, the universe and human stupidity, and I'm not sure about the former.


Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Post a Comment

5 Comments

  1. orang yang banyak cakap, banyak bebel, banyak x stuju, tapi diri sndri x mau kasik idea...ituh mmg panas r....cam nak bunuh je orang camtuh



    hisyam, satu lagi...orang yg buat seks luar tabii...sape eh??? hik2...dia tau sape dia...lalala

    ReplyDelete
  2. bos yg jalan tempang mcm ketam tp nak pekerja dia berlari mcm kuda...

    haha ^_^

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)