Tag Wallpaper

Semalam, aku menerima satu tag dari Aziera. Menyuruh aku membuat screenshot wallpaper aku.

Sememangnya, wallpaper aku sangat kosong kerana aku hilangkan semua icon yang ada pada wallpaper. Ia nampak kemas dan bersih.

Arahan:
1)[printscreen] *current* wallpaper -- just a simple press of fn+prt sc
2)REASONS why do u like/adore/cherish the wallpaper?
3)tag 10 people



Malaysia tetap di hati



Wallpaper ni aku pilih kerana simple, elegant dan patriotik. Kalau ada yang tengok pasti memperlekehkan kenapa aku letak jersi pasukan bola sepak Malaysia sebagai wallpaper, tetapi aku tetap takkan mengubahnya kerana aku sayangkan Malaysia. Memanglah pasukan Malaysia selalu kalah dalam kebanyakan kejohanan yang disertai, namun aku tetap memberikan pengharapan kepada pasukan negara. Mereka tak pernah pun menunjukkan bahawa mereka berputus asa, tetapi malangnya ketidaksempurnaan mereka yang menyebabkan kegagalan mereka. Janganlah disamakan Malaysia dengan Sepanyol, atau England, atau Brazil atau Manchester United.

Si belang hitam-kuning ini masih ada ruang lagi untuk terus maju. Segagal mana pun mereka, seteruk mana pun mereka, pasukan ini tak pernah mati. Masih terus untuk berlari dan garang untuk menggegarkan jaring. Walaupun nyawa (penyokong) mereka sudah lama mati. Ringkasnya di sini, sayangilah negara kita. Negara kita adalah yang terbaik. Tak perlu banding dengan negara Eropah, cuma bandingkan dengan negara jiran kita sahaja. Kitalah yang terbaik. Keranamu Malaysia, Malaysia Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Malaysia Boleh!

Post a Comment

3 Comments

  1. bro, semangat nampak...
    ni jersi lama bro...
    bila nak update yg baru??hakhak..

    ReplyDelete
  2. @pakDin
    Uh...jersi baru? aku xde ag la wallpaper tuh....nanti2 la...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)