Aku dah buntu! Kamu pula?

Hari ini hari Sabtu, yang semalamnya adalah hari Jumaat dan esoknya ialah hari Ahad. Apa ada dengan hari Sabtu? Tak ada apa-apa pun, cuma satu lagi hari yang memberikan aku percutian untuk hujung minggu ini.

Untuk minggu ini, aku tak dapat menyertai kawan-kawan aku yang sedang seronok bersembang, mengumpat, mengkritik, mengejek dan pelbagai lagi kata kerja yang ada imbuhan awalan ber- dan meng-. Nampaknya, suasana hujung minggu aku ini akan menjadi bosan walaupun berlaku beberapa konflik dan kontroversi di sekeliling aku ini.

Ah, pedulikan apa yang aku merepek di atas. Sebenarnya, aku tak ada idea yang menarik untuk pos aku pada hari ini. Aku tak tahu nak katakan bagaimana kepada kamu. Mungkin akibat daripada situasi yang sedang berlaku di sekeliling aku.

Biasanya, jika kamu dalam kebuntuan, apakah yang akan kamu lakukan?

Sekiranya aku dalam kebuntuan, aku akan cuba untuk membuat apa sahaja aktiviti yang mungkin boleh membantu aku mengurangkan perasaan bosan dan kebuntuan. Seperti yang pernah aku lakukan seperti biasa, aku akan melayari internet sepuas-puas hati aku. Kalau aku mula bosan dengan dunia internet (akibat aku tiada akses ke YouTube, Facebook dan beberapa laman web lain), aku akan mula bermain permainan komputer. Antara permainan komputer yang biasa aku main ialah Pro Evololution Soccer. Permainan lain adalah Solitaire, Free Cell, dan Spider Solitaire.

Kalaulah permainan komputer ini tak mampu menghilangkan kebosanan aku, aku akan melakukan aktiviti merayau-rayau sekeliling rumah, kemudian merayau-rayau ke sekeliling perumahan, dan seterusnya merayau-rayau ke bandar terdekat. Namun, aktiviti ini melibatkan kos kerana menghabiskan minyak motosikal aku sahaja.

Aku bukannya seorang yang suka tidur siang. Sebab itulah aku tidak akan tidur siang melainkan aku betul-betul penat.

Aku memang benar-benar buntu kali ini. Kamu pula bagaimana?



Ubuntu tak memberi apa-apa kaitan dengan kebuntuan aku



*****
Nota Kaki:
1. Sebuntu-buntu aku pun boleh lagi keluar pos baru? Memang serius buntu ni.

Post a Comment

5 Comments

  1. balik umah r....tgk tom tom bak...hehehe

    bukan jaoh pon..

    ReplyDelete
  2. @aurox_3d
    Wah, bagus bangat pandangamu sih...jadi gitunya, aku tinggalkan saja meeting ini sore?

    waduh2...bisa juga aku kena chokeslam sama itu YDP MPP dong.

    ReplyDelete
  3. tgk la JANGAN LUPA LIRIK!
    best!
    hehe
    kalo x pun sembang2 ngan adik2 or parents ttg isu family ka.
    hek3
    layan movie ka
    tido la paling best pun.
    hehe

    ReplyDelete
  4. @PurPleZ
    huhu....malangnya...astro yg ade kat seneh kat kafe je pon...xbest la lepak kat kafe jer...kang muke pon mcm muke kafe je lak...haha

    ReplyDelete
  5. SalaAm..

    Kira okey kalau masih bebas nak buat kerja apa-apa.. Kami di sini, program semuanya dibatalkan disebabkan ada kes. Beberapa puluh orang pelajar dikuarantin dan gerai-gerai FESKEM(Festival Kemerdekaan) ditutup. Sedih betullah.. :(

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)