Apa nak jadilah lepas ni....

Sejak kelmarin, banyak yang telah menimpa aku. Namun, taklah seteruk pada hari ini. Sepanjang bulan ini, kepala aku serabut dengan pelbagai perkara bermula dari hal-hal paling peribadi hinggalah perkara yang langsung tak patut langsung aku ambil tahu.

Dalam kekusutan inilah pelbagai perkara yang pelik dan kurang baik yang berlaku kepadaku. Tak perlulah aku ceritakan apa yang telah berlaku pada hari-hari sebelum ini, aku cuma mahu menceritakan kejadian yang telah menimpa aku pada hari ini.

Pada pukul 4.00 petang, aku pergi menghantar motosikal aku untuk diservis. Sedar tak sedar, sudah hampir 2000 kilometer telah motosikal itu bergerak tanpa servis. Apa sudah jadi? Sebelum ini, elok sahaja aku hantar pada masa yang sepatutnya.

Aku kata servis sahaja mana yang patut. Taukeh itu tanya, nak tukar minyak hitam? Aku jawab ya. Nak tukar spark plug? Aku jawab tukar sahaja. Nak bersihkan kaburator? Aku jawab buat sahaja. Aku tak kisah apa taukeh itu nak buat, aku setuju sahaja tanpa berfikir panjang. Di bengkel itulah juga motosikalku dibogelkan hingga terdedah isi kandungannya - rangka motosikal dan 'urat-uratan' yang menyebabkan motosikal itu berfungsi dengan baik.

Selesai sahaja, aku pulanglah ke UMP semula. Aku memecut dalam 110 km/j di jalan yang hanya menghadkan kelajuan 80 km/j. Bak kata orang, main cilok-cilok. Ketika sudah menghampiri simpang KIPSAS (kepada yang tak tahu, itu adalah simpang susur keluar ke Pekan, Bandar DiRaja negeri Pahang), aku menunggang dengan kelajuan maksimum hanya 60 km/j. Aku mengekori sebuah Nissan Grand Livina hitam. Kelajuannya hampir sama dengan kelajuan aku juga.

Di sebelah kiri, terdapat sebuah treler tiga gandar yang membawa kenderaan pacuan empat roda yang aku lupa jenamanya, menyusur masuk ke jalan utama. Dalam kelajuan hampir 60 km/j, tiba-tiba Nissan Grand Livina yang aku ekori tiba-tiba membrek secara mengejut dan terus berhenti. Aku yang masih dalam halaju malar, berfikir dengan pantas untuk mengelakkan kemalangan. Aku telah memikirkan beberapa cara untuk mengelak dari berlakunya kemalangan, dan akibat yang akan terjadi.
1. Cuba untuk mengelak ke kiri, tetapi lori treler sudah tersedia untuk menggilis aku jika aku bergerak lebih ke kiri.
2. Cuba untuk mengelak dengan masuk antara celah Grand Livina dan treler tersebut, tetapi risiko besar kerana lori di kiri, kereta di kanan dan ada kenderaan lain di hadapan kedua-dua kenderaan yang menghimpit aku.
3. Membrek sepuas hati untuk berhenti, tetapi aku sudah tidak mempercayai daya geseran tayar dan jalan raya. Aku takkan sempat untuk berhenti dengan jarak hanya sejauh-jauhnya 5 meter di hadapan aku.
4. Langgar sahaja Grand Livina, aku kena saman, dan dihantar ke hospital, patah rusuk, tangan dan tulang femur. Lebih teruk jika aku berguling ke bawah treler, sah terus ke kubur.

Akhirnya, aku tak memilih mana-mana satu pun antara pilihan yang aku fikirkan. Apa yang aku lakukan ialah, membrek sepuas-puas hati aku agar berhenti, tetapi aku tak berhenti. Aku terseret ke depan. Lebih teruk lagi apabila aku condong ke kanan - hampir merempuh Grand Livina. Apabila hampir-hampir menyentuh Gran Livina tersebut, aku melepaskan brek dan motosikal aku kembali dalam keadaan stabil, namun masih bergerak laju. Aku terus menyusur di antara Grand Livina tersebut dan treler di sebelah kiri. Mujurlah aku terlepas dari berlakunya kemalangan. Cuma, cermin sisi aku terlanggar cermin sisi Grand Livina tersebut. Minta maaf kepada pemandu tersebut kerana aku melanggar cermin sisinya. Mujurlah aku selamat. Alhamdulillah.

Ada sedikit keunikan yang berlaku semasa aku hampir-hampir kemalangan. Aku sempat membayangkan yang aku akan melanggar Grand Livina, lalu kemalangan menyebabkan rusuk, tangan dan kakiku patah, lalu dikejarkan ke hospital. Kemudian sempat lagi merancang untuk menelefon Amin untuk meneruskan tugas-tugasan program Wataniah yang berada di bawah kelolaan aku sebagai AJK. Dalam kejadian yang tak sampai setengah saat itu, boleh aku fikir apa yang akan berlaku dalam 5 jam kemudian.

Apabila terlepas, aku berdebar-debar dan tanganku menggeletar. Mungkin akibat daripada adrenalin dalam badanku yang telah dirembeskan ke seluruh badan. Namun, aku juga terfikir, aku reda sahaja jika maut memilihku pada masa itu.

Tibanya di UMP, aku diamkan sahaja apa yang telah berlaku. Aku takkan beri tahu sesiapa secara terperinci apa yang berlaku terutamanya kepada kedua-dua orang tuaku.

Malamnya pula, aku ada kelas Technical Writing ataupun untuk memudahkan cara, aku anggap sebagai kelas BI sahaja. Sepatutnya, literature review untuk kaji selidik kumpulan aku perlu ditunjuk pada hari ini. Apabila sampai ke blok akademik, fail yang sepatutnya aku bawa tertinggal di rumah pula. Aku meminjam kereta Din untuk mengambil fail tersebut.

Apabila kelas tamat, suatu yang sangat tak patut berlaku, telah berlaku kepadaku. Aku tertinggal power adapter untuk laptop aku di dalam makmal bahasa. Ah, susahlah aku nak buat kerja. Aku cuba untuk memasuki makmal tersebut, tetapi sudah berkunci. Aku tak ada nombor telefon technician pula untuk membuka makmal tersebut. Aku cuba menunggu technician untuk datang mengunci pintu besi makmal, tetapi penantian selama sejam labih menghampakan aku.

Lalu, aku menghantar SMS kepada semua rakan-rakan UMP yang ada dalam senarai nombor telefon bimbitku untuk menanyakan samada ada di antara mereka atau kawan-kawan mereka akan menggunakan makmal tersebut pada awal-awal pagi esok. Seramai 24 orang yang aku hantar, terdapat sembilan SMS berbalas, dan satu menjawab ada, tetapi kawannya itu akan menggunakan makmal 5. Tak kisahlah, makmal tersebut berada di sebelah sahaja pun. Lalu, aku memintanya untuk mengambil power adapter aku itu dan aku akan mengambilnya esok hari.

Apakah yang akan berlaku pada esok hari? Apakah nasib yang menimpa aku pada hari ini akan sama untuk esok? Atau menjadi lebih baik? Tunggu sahajalah.



Hari yang buruk kepadaku



*****
Nota Kaki:
1. Keserabutan ini menyebabkan aku malas untuk membuat ulang kaji.
2. Terima kasih kepada Sapiah yang memberi tahu bahawa ada kawannya akan menggunakan makmal 5.
3. Terima kasih kepada Azrul keerana meminjamkan laptopnya untuk aku hantar blog ini.
4. Izwan sedang menunggu giliran untuk menggunakan laptop ini.
5. Teringat lagu Daniel Powter - Bad Day.

Post a Comment

8 Comments

  1. tobat aku x nek da motor ngan ko...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. btol3x.. aku sokong org ats aku... xmo nek motor dgn ko dah..!!
    (prnah nek skali je pun 2 pun g cfe haha)

    ReplyDelete
  3. SalaAm..

    Bersyukurlah dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah di sebaliknya..

    ReplyDelete
  4. Purplez >> meh la dtg sini join amek no giliran.

    Azri >> eleh..mcm penah je ko naik moto aku...aku penunggang berhemah ko tau...

    ReplyDelete
  5. Anon >> alah... aku xkesah le ko xnak naik pon... naik la moto amin tuh... tau la moto dia CC lg besar...

    Hawa >> nungkin juga...

    ReplyDelete
  6. baguslah kau kusut..
    Allah masih sygkan kau..
    kau patot bersyukur..
    selamat berjaya dgn ujian hidup..=)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...
    Insya-Allah dpt hadapi cabaran ni...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)