Merdeka di Tanah Merdeka

Tanggal 31 Ogos 2009 merupakan Hari Kemerdekaan yang ke-52 bagi negara kita, Malaysia. Pelbagai perubahan dan pembangunan telahpun kita rasai sepanjang tempoh ini. Pelbagai juga kejayaan telahpun kita kecapi. Walau banyak cabaran, walau banyak halangan tetapi kita terus ke hadapan dan berjaya.

Namun, dalam era separuh abad kita merdeka, apakah kita benar-benar merasai kemerdekaannya? Apakah kita benar-benar memahami kemerdekaannya? Apakah kita benar-benar mempertahankannya?

Sepanjang kita menjengah alam kemerdekaan ini, apakah kita:
1. sudah merdeka dari penjajahan politik?
2. sudah merdeka dari penjajahan ekonomi?
3. sudah merdeka dari penjajahan ketenteraan?
4. sudah merdeka dari penjajahan jati diri?
5. sudah merdeka dari penjajahan ideologi kotor?
6. sudah merdeka dari penjajahan agama?
7. sudah merdeka dari penjajahan minda?
8. sudah merdeka dari penjajahan bangsa?

atau sudahkah kita:
1. sudah menjadi satu rakyat yang bersatu?
2. menjadi rakyat yang mencintai negara melebihi fahaman ideologi sendiri?
3. membanggakan semua hasil dari negara sendiri berbanding dari negara asing?
4. berusaha untuk meletakkan bangsa dan negara kita sentiasa berada di puncak dunia?
5. memberikan sumbangan kepada negara kita?
6. melafazkan sumpah dan taat setia kepada negara dan pemerintah?
7. patuh kepada lima prinsip Rukun Negara?
8. sentiasa menyokong segala usaha dari negara kita untuk negara kita dan dunia?

atau kita ini:
1. hanya pandai berkata-kata, tetapi hasil yang kita ada lebih murah dari najis binatang.
2. memperkatakan cintakan tanah air, tetapi kebanggaannya terletak kepada hasil dari negara asing.
3. pandai mengkritik dan menghina, tetapi tidak mahu berganding bahu untuk membaikinya.
4. belum kita mulakan usaha kita, sudah mula kata kita ini lemah, lembik, bodoh.
5. Mengaku cintakan bahasa sendiri, tetapi sendiri juga yang merosakkannya... malah lebih bangga jika menggunakan bahasa bukan bahasa kebangsaan sendiri.
6. Jika ada orang memburukkan negara kita, kita juga bersama-sama memburukkan negara sendiri.
7. Jika ada ancaman dari luar, kitalah yang menghilangkan diri dahulu.
8. Jika ada orang memecah belahkan kita, kita juga menyokong mereka.
9. Jika ada orang yang memecah keamanan kita, kita juga bersama mereka.

Fikirlah sahabat sekalian. Di manakan kalian berada. Pada yang manakah ciri kalian? Kalau kita rasakan Malaysia tidak bagus untuk kita. Berambuslah kita dari Malaysia. Pergilah kita ke mana-mana. Barulah kita tahu perit jerih apabila tiada Tanah Air untuk diduduki. Tiada tempat untuk berlindung.

Janganlah kita merosakkan kemerdekaan kita. Malaysia itu satu. Tiada lain di dunia sebelah sana. Lautan luas telah kita redah. Puncak tinggi sudah kita daki. Pusat kutub sudah kita jejaki. Hatta ke angkasa sudah kita terokai.

Marilah kita bersatu. Jauhkan perbezaan antara kita. Walau berbeza bangsa. Walau berbeza agama. Walau berbeza adat. Namun, kita tetap satu. Kita satu komuniti. Kita satu negara. Kita satu wawasan. Kita satu hati. Kita satu Malaysia.



Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pancapaian Diutamakan.



Post a Comment

1 Comments

  1. SalaAm..

    Terlupa pula pasal hari merdeka. (sebenarnya buat-buat lupa..) Kami di sini sambut merdeka secara sendirian lantaran sebarang aktiviti tidak diluluskan lagi oleh pihak pengurusan demi untuk memerdekakan kampus daripada serangan H1N1.

    P/S: Masih terbayang usia 18 yang sudah 3 hari berlalu.. Masih teringat mesej dari adik yang no. 8, Selamat hari lahir ke 20, katanya. Hahaha.. Sejak bila pula HaWa sama umur dengan Syam ni?

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)