Tag Facebook untuk Blogger.

Asalnya, tag ini aku terima dari Facebook (oleh Nana, si kaki tag yang baharu), tetapi disebabkan aku mengalami kesukaran untuk akses ke Facebook, aku menjawab tag ini di blog aku. Dengan itu, pembaca blog aku ini boleh membacanya, dan pengguna Facebook yang berkawan dengan aku juga dapat membacanya. Adil kan? Baiklah, inilah tagnya:

Syarat-syarat :
Jawablah soalan dibawah sesuka hati anda.
Dah jawab, tag lagi orang, ya!?

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
~ Sedang berbuka puasa lauk daging masak lada hitam.

2. 2 jam yang lalu?
~ Sedang membeli juadah untuk berbuka sambil melihat kecomelan puteri-puteri di UMP.

3. Minggu lepas?
~ Sedang bersedia untuk pendaftaran anggota baharu Wataniah UMP, RAW 505, Batalion Pertama.

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali?
Buat masa sekarang:

a) Coldplay - Viva La Vida
b) Plain White T's - 1,2,3,4
c) Michael Learns To Rock - Take Me To Your Heart
- juga tidak bosan kepada Boyzone, Ronan Keating, 911, dan beberapa lagu oleh penyanyi old school.

5. 3 binatang yang anda tak suka?
a) Cicak dan haiwan-haiwan yang kulitnya sejuk seperti cicak.
b) Langau
c) Haiwan-haiwan yang mempunyai bakteria yang menyebabkan penyakit walaupun pada asalnya aku sangat menyayangi haiwan tersebut.

6. 5 fakta tentang anda?
a) Aku anak lelaki sulung dan mempunyai seorang kakak, dua adik perempuan dan dua adik lelaki.
b) Aku tak makan taugeh, tauhu, dan soya serta produk dari soya segar (tak termasuk kicap).
c) Aku mengaku aku sanggup menyelamatkan laptop daripada seorang awek.
d) Sangat tidak romantik, tak pandai memujuk, dan tidak pandai memikat perempuan.
e) Semasa aku menulis pos ini, aku sudah demam untuk hari yang ke-7 berturut-turut tanpa kebah dan demam panjang kedua dalam tempoh tiga minggu.

7. Tahun depan mungkin anda?
~ Dah sibuk nak fikir untuk membuat latihan industri di MAS Holdings, ATSC, SME, UMW Toyota, Shell, Petroliam Nasional Berhad, ataupun Ah Chong Workshop Sdn. Bhd.

8. Saya tak reti sgt...
~ Memujuk, memikat, dan menjadi romantik kepada perempuan.

9. Saya pandai …
~ Buat perempuan menangis dan merajuk dan mehancurkan perasaan mereka sama ada sengaja mahupun tidak.

10. Kawan saya…
~ Semuanya sibuk nak jawab test Matematik sekejap sahaja lagi, tetapi buat-buat macam tak ada apa-apa berlaku.

11. Saya ada…
~ Sedikit wang tetapi masih boros, banyak kasut & pakaian tetapi beberapa set sahaja digunakan, banyak buku ilmiah tetapi beberapa buah sahaja sudah dikhatami, banyak blog tetapi blog ini yang paling aktif.

12. Saya seorang yg sgt ganas...
~ Semasa bermain ragbi, tae kwon-do, dan ketika marah yang telah sampai tahap hasutan syaitan nirrajiim.

13. Adik saya…
~ Masing-masing sedang belajar. Seorang di Bandung, Indonesia; seorang di SMART, Kuantan; seorang di MRSM Bentong, Bentong; dan seorang di SMKBR, Kuantan.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 3)…
a) Blog
b) Laptop dan internet
c) Boling

15. Bilakah pertama kali bercinta?
~ Ketika baru mencapai tahap remaja sekunder.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda?
~ Aku tak ada awek.

17. Saya rindu…
~ Semua ahli keluargaku, kawan-kawan sekolahku, dan kawan-kawan Matrikulasiku.

18. Saya tak sabar…
~ Nak sihat, boleh tolong ramai orang. Kalau sakit, asyik orang sahaja yang tolong aku.

19. 5 laman yang anda selalu layari?
a) Facebook
b) Blog
c) YouTube
d) E-mel (Yahoo! dan GMail)
e) ManUtd.com

20. Anda mahu tag?
Pemilik blog-blog tersebut:
- BeHinD thE ScEnE..
- :.speaks from her soul.:
- ....bEgin thE st0ry....
- PurPlez virtual world
- ~::teratak hatiku::~
- tentang aku
- CtNorHafizah

*****
Nota Kaki:
1. Suhu badan aku naik turun. Bolah pula main-main begini.
2. Sepanjang tempoh aku demam, aku memakai sekurang-kurangnya dua lapis pakaian setiap masa.
3. Ap aku buat ni? Setengah jam lagi ada test!

Post a Comment

5 Comments

  1. xsangka purplez terlibat jugak.
    hehe
    amacam test?
    best giler nak wat test pegi wat tag dlu.
    ahaks
    sempoi~

    ReplyDelete
  2. opss terlupa
    cepat2 lah kamu sembuh yer.
    jgn duk ngadap laptop sgt time sakit.
    byk kan berehat.. :)

    ReplyDelete
  3. xcaye ko xde awek?
    aku caye je
    ;p ;p

    (pujuk2 2 sape kalo bkn awek. haha)
    seb bek ko tag tag MASTER TAG ni
    hahaha

    ReplyDelete
  4. purplez >> test? seram...hahaha

    kebizian ini menyebabkan tak ada masa untuk berehat.

    farah >> bagus...ko caye... haha...

    yasmin >> aku mmg x pandai pujuk...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)