Mengapa perlu semua ini?

Aku adalah pelajar kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Tahun ini merupakan tahun kedua aku.


Apa kaitannya pernyataan di atas dengan tajuk pos aku ini? Memang ada kaitan yang memelikkan.

Apa yang kamu fikirkan jika kamu mengambil kursus Kejuruteraan Mekanikal? Pastinya kamu akan fikir kursus ini cuma berkaitan dengan kereta, lori, kapal terbang, kapal, mesin, dan lain-lain. Memang benar, kejuruteraan mekanikal sangat berkaitan dengan semua itu. Tahukah kamu bahawa banyak lagi asas-asas kejuruteraan lain juga perlu dipelajari oleh pelajar kejuruteraan mekanikal?

Antara yang paling berkaitan ialah kejuruteraan awam. Dalam kejuruteraan mekanikal, aku perlu mempelajari kekuatan konkrit, kekuatan dan kelemahan konkrit. Bahan-bahan dalam konkrit juga perlu diketahui untuk memvariasikan kekuatan konkrit dengan bahan yang terkandung di dalamnya. Selain itu, bahan komposit juga berkaitan dengan kejuruteraan awam. Ada juga aku pelajari kekuatan alang besi (beam) dalam sesuatu binaan. Contohnya alang besi yang digunakan dalam jambatan dan bumbung bangunan.

Bagaimana pula kejuruteraan kimia? Aku perlu mempelajari tentang dinamik termo (thermodynamics) yang majornya pada kimia. Walaupun dilihat dinamik termo ini lebih kepada fizik, subjek ini merupakan varian fizik dalam kejuruteraan kimia dan ini merupakan asas penting kepada kejuruteraan kimia. Selain itu, aku juga mempelajari jenis-jenis logam yang ada kaitan dengan bahan-bahan kimia untuk menghasilkan bahan-bahan yang kuat, kukuh, kenyal dan sebagainya mengikut keperluan. Apa yang memeningkan adalah untuk mengingati bahan-bahan yang biasa digunakan dalam bentuk nama biasa dan juga paten serta kod bahannya.

Bagi kejuruteraan elektrik, aku perlu mempelajari asas elektrik seperti hukum Thevenin, KCL, KVL, node and mesh analysis, principle of superposition dan lain-lain. Ini yang telah aku pelajari semester lepas. Pada semester ini, aku pelajari tentang elektronik pula dengan mengaplikasikan apa yang telah aku pelajari dalam elektrik kepada elektronik. Terlalu banyak jenis amplifier, rectifier, semiconductors, diodes dan banyak lagilah yang perlu aku pelajari menyebabkan kekeliruan yang besar apabila memilih pasangan persamaan formula dengan varian elektronik yang berbeza-beza. Kekusutan bertambah apabila rumus formula tidak diberikan semasa di dalam ujian mahupun peperiksaan akhir.

Ada lagi asas kejuruteraan lain yang perlu aku pelajari, namun aku tetap perlu merelakan diri untuk mempelajarinya walaupun pahit untuk ditelan seperti subjek elektrik dan elektronik.

Namun, ada suatu yang aku pelu pelajari dan ini bukanlah asas kejuruteraan. Aku perlu tahu untuk membuat satu program. Dalam erti kata lain, aku juga perlu menjadi programmer. Aku kena faham bahasa C untuk komputer dan jika memaksa, aku perlu mempelajari lebih daripada itu. Mungkin aku perlu hafiz dalam java dan lain-lain. Namun, aku tak perlu risau kerana Azri boleh membantu. Jika dia sudah mahir untuk membuat program untuk iPod, bolehlah aku mengawal mesin sebesar bangunan 5 tingkat dengan hanya menggunakan iPod sahaja. Untuk Azri, kalau kau dapat buat software ni untuk iPod, kau jual. Kaya kau nanti! Syarikat-syarikat gergasi dunia mesti nak beli dalam jumlah pukal.

Ada sesiapa yang boleh membantu aku untuk memahamkan apa yang aku pelajari dalam elektrik dan elektronik?

*****

Antara kerjaya dari kejuruteraan mekanikal:
1. Jurutera Bendalir - Pelantar minyak, pendingin hawa
2. Jurutera Metalurgi - Berkaitan dengan logam
3. Jurutera Automotif - Kereta, enjin
4. Jurutera Bahan - Menghasilkan bahan-bahan kejuruteraan
5. Pembinaan janakuasa elektrik - Empangan Kenyir, Empangan Bakun, Janakuasa Nuklear

dan lain-lain lagi....



Kejuruteraan mekanikal, menjana perkembangan kemajuan dunia



*****
Nota Kaki:
1. Petang nanti ada test Electronic Technology. Kenapalah setiap kali ada ujian, pasti aku ada idea untuk pos terbaru?
2. Aku belum membuat ulang kaji untuk test petang ini.
3. Aku cuma perlu cemerlang dalam subjek elektrik dan elektronik untuk mendapat keputusan cemerlang. Untuk dunia pekerjaan, aku akan menjurus kepada karier yang tidak berkaitan sangat dengan elekrtonik.

Post a Comment

3 Comments

  1. bukan iPod r hisyam...iPhone ok...mahal sket dari iPod...hehehehehe

    tapi kan, bnda2 tuh, basic die C..

    aku blaja C++, x blaja C

    so, rase cam kene balaj smule je...

    baru paham perasaan orang yg blaja C...hehehe

    ReplyDelete
  2. Hehehe... lebih kurang la gak tuh... brand Apple gak tuh...

    ha...kirenye aku pon leh buat le bende tuh ek???

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)