Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya

Cuti pun dah bermula (untuk pelajar UMP sahaja, universiti lain aku tak tahu). Bukannya seminggu, tetapi dua minggu. Tempoh cuti ini adalah panjang, dan akan mengakibatkan kebosanan kepada insan-insan yang tak tahu nak duduk diam.

Bagi yang sangat sangap akan percutian yang panjang ini, mereka merancang dengan memanjangkan lagi hari percutian mereka dengan tidak menghadiri kelas-kelas terakhir dan membeli tiket awal walaupun tahu ada kelas penting pada hari itu. Aku tak nak komen lebih-lebih, kerana aku tak tahu dia ke universiti nak belajar atau nak memonteng.

Aku pula bagaimana? Aku sebenarnya tak kisah sangat dengan cuti ni. Memanglah seronok bercuti, tetapi tak nak panjang sangat. Aku akan kebosanan. Namun, dalam cuti ini, aku tak akan bosan sangat kerana aku pasti kena berurusan dengan Mr. Gunn di UMP untuk mendaftar SAE UMP Chapter ke dalam Shell Eco-Marathon. Apa tu? Nanti ada masa aku kenalkan apa itu SAE dan Shell Eco-Marathon.

Dalam sibuk-sibuk bercuti, sebenarnya tak ada cuti pun bagi aku. Projek masih berlambak nak kena selesaikan menjelang bulan Oktober. Rasanya masa Hari Raya pun nak kena menghadap SolidWorks.

Mungkin juga masa aku akan banyak menghadap internet dan laptop kesayangan aku ini dengan tempoh jam yang lebih lama. Lama-lama muka aku pun sama sahaja macam monitor laptop.

Menjelang hari raya ini, aku mengingatkan semua sert diri aku sendiri agar menjaga keselamatan diri masing-masing. Kalau nak memandu, pastikan dapat rehat yang cukup. Aku pernah hampir masuk gaung menjelang raya tahun lepas. Janganlah ada kematian yang disebabkan oleh kesilapan kita sendiri.

Kalau dah beraya tu, sesiapa yang ada di Perak, tambah-tambah lagi yang nak singgah di Lata Kinjang, atau yang memang dekat-dekat dengan Tapah seperti Temoh, Kampar, Bidor, Teluk Intan dan lain-lain, datanglah ke kampung aku di Kampung Kinjang Lama. Dekat sahaja dengan Lata Kinjang.

Apa pun aku mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Post a Comment

1 Comments

  1. SalaAm..

    Lama betul cuti...

    Hmm.. Tahun ni tak balik Peraklah..

    Haha.. Macamlah tahu rumah Syam kat mana.. Hehe..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)