'Shopping' tanpa perunding imej

Dengan berbeklalkan RM200 dalam tangan, aku telah pergi ke pusat mebeli belah yang ada di Kuantan ini dua hari berturut-turut.

-12 September 2009-
Aku ke East Coast Mall (ECM) bersama-sama kakak, adik lelaki, adik perempuan serta 3 anak saudara aku.

Tujuan asal aku bukanlah untuk membeli belah, cuma mahu meneman mereka ini ke Big Apple untuk membeli donut durian. Hah? Donut durian? Macam tak percaya tetapi apabila aku makan donut tersebut, krimnya memang berperisa durian.

Di ECM juga aku membaiki cermin mata aku setelah alas hidung di sebelah kiri telah mengalami kerosakan.

Apabila aku terfikir untuk membeli apa-apa yang patut dengan RM200 yang aku ada, aku kebuntuan kerana aku tak tahu nak beli apa.

Aku pulang ke rumah dengan tangan kosong... maksud aku duit tak bertukar dengan barang.



Ini kerenah Sofia semasa di Big Apple





Eh, siapa di belakang tu? Hehe...



-13 September 2009-
Aku menunggu Ayul di rumah. Akhirnya pada pukul 3 petang, dia sampai di rumah aku. Kami ke kedai pakaian Hari-Hari untuk mencari pakaian. Ayul membeli sepasang baju Melayu.

Kemudian, kami ke Kuantan Plaza yang menempatkan Parkson Ria. Aku meronda-ronda di tempat pakaian lelaki untuk mencari pakaian, tetapi malangnya aku tak tahu nak beli apa. Bukannya aku banyak songeh, tetapi memang tak tahu nak beli apa.

Kebuntuan di Kuantan Plaza, kami ke Kuantan Parade, iaitu tempat letaknya The Store. Kami meronda-ronda di seluruh kawasan di Kuantan Parade, tetapi tiada apa yang aku beli. Kami cuma membuat window shopping sahaja.

Buntu lagi di Kuantan Parade, kami ke Bazaar Ramadan di Masjid Negeri. Ketika itu pula, hujan lebat menyirami bandar Kuantan. Aku dan Ayul menunggu di dalam kereta sehingga hujan berhenti ataupun renyai-renyai. Hujan menjadi renyai-renyai pada pukul 6.30 petang. Kami meronda-ronda bazaar tersebut dan membuat beberapa pembelian berhemah, iaitu beberapa makanan dan minuman yang amat mengenyangkan setelah menghabiskan semua makanan dan minuman tersebut.



Aku dan Ayul di dalam kereta





Makanan bergantungan di setiap tempat yang boleh digantung





Tempat ni pun jadilah



Kami berbuka puasa di dalam kereta setelah perancangan untuk berbuka di atas padang dibatalkan kerana padang basah akibat hujan sebentar tadi.

Selepas selesai solat Maghrib, kami ke ECM. Di sana pula, aku dan Ayul meronda-ronda di kawasan Parkson. Entah berapa kali kami tawaf tempat pakaian lelaki. Aku yang sibuk memikirkan apa yang patut aku beli, ayul pula seronok mencuba pakaian-pakaian yang diminatinya, tetapi tidak membelinya.

Akhirnya, apabila melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 9 malam, akirnya aku nekad untuk membeli apa sahaja yang aku pandang, sentuh dan rasa tertarik. Akhirnya aku beli dua helai baju dan sehelai seluar. Apa jenamanya? Tak perlula aku hebohkan kerana aku pun tak ingat. Haha....

Akhirnya, kami kembali ke rumah aku pada pukul 10.30 malam.

*****

Inilah akibatnya jika aku bershopping tanpa ditemani perunding imej. Aku tak tahu nak beli apa. Semalam sahaja, empat pusat membeli belah sudah aku pergi. Barulah aku beli sesuatu. Nasib baiklah masa tak mencukupi. Jika tidak, pasti Berjaya Megamall pun aku pergi juga.

Apa pun, lain kali aku kena lantik seorang menjadi perunding imej aku. Tak perlulah aku pening nak membeli pakaian untuk aku sendiri.

*****
Nota Kaki:
1. Benar kata adik perempuan aku, kalau nak beli pakaian, aku memang tak reti. Kalau beli software, hardware untuk komputer pandai saja.


Post a Comment

6 Comments

  1. SalaAm..

    Takkan banyak tu je beli makanan kut.. Mesti ada lagi tu.. Atau dah kena cukai dalam perjalanan ke kereta?? Oho.. Siapa tak puasa??

    ReplyDelete
  2. Ish...ade lak...mane ade kurang..mmg byk ag yg xditunjuk...tp tunjuk sket2 sudah ler...

    ReplyDelete
  3. Memang ternyata.hisyam lebih minat nak beli perkakas komputer dr menjaga imej.hehe

    ReplyDelete
  4. hehe...camtuh eh??? hahaha...patot le diri mcm dah xterurus jer...hehe

    ReplyDelete
  5. nasihat sy.. kamu cari la bini cpt2.. sng.. sume bnde leh die tlg urus.. hak3...

    ^_^ slmt ari ry wahai sahabtku yg shopping tnpe diriku..!! hehehe ^_^

    ReplyDelete
  6. bini???
    haha...calon pon xdek ag...kah3x...

    selamat hari raye gak kpd sahabatku yg drive pg2 bute ke penang...hahaha

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)