Elakkan prejudis

Dalam kesibukan aku menguruskan persediaan Bengkel CATIA dan Solidworks yang akan diadakan pada 21 Disember nanti, aku telah menerima ajakan daripada seorang sahabat aku, Azri (YDP PEDAMA USM) untuk menyertai satu kursus yang diberi nama Kursus Perantis Anak-anak Pahang yang dianjurkan oleh SeMAMPAN UMP dengan kerjasama MAMPAN dan Yayasan Pahang.

Pada mulanya, aku agak ragu-ragu untuk setuju kerana tugas yang masih banyak belum diselesaikan. Namun begitu, aku tetap bersetuju dan aku telah menyusun semula jadual perancangan aku. Pada asalnya, aku menyangkakan bahawa aku akan hanya kenal Azri seorang, tetapi rupa-rupanya ada lagi dua orang yang aku kenal iaitu Ayu dan Ain.

Kali ini, misi aku adalah apakah yang akan berlaku sekiranya aku mengubah cara interaksi aku. Sebelum ini, kebiasaannya aku lebih gemar mendiamkan diri dan orang lain yang menegur aku dahulu. Begitu juga dengan first impression aku terhadap orang lain, yang aku lebih gemar 'membaca' perilaku orang lain dahulu sebelum aku cuba untuk mengenali mereka.

Untuk kali ini, aku akan cuba untuk menjadi orang pertama yang menegur dan menyapa orang yang tak aku kenali. Inilah 'eksperimen' yang sudah berapa kali aku lakukan dalam beberapa program dan kursus sebelum ini. Dalam 'eksperimen' ini juga, aku melatih diri untuk tidak meletakkan tembok besar di hadapan aku.

Misi telah ditetapkan, tinggal usaha sahaja dan apakah aku mampu meneruskan 'eksperimen' ini dan mendapat hasilnya.

Apa yang aku peroleh dalam eksperimen aku yang keenam ini adalah, adalah lebih baik untuk aku memulakan perbualan, tambah-tambah lagi ketika dalam keadaan keseorangan tanpa mengenali sesiapa pun pada ketika itu. Maklumlah, manusia dicipta untuk memerlukan manusia lain. Manusia takkan dapat hidup tanpa ada manusia lain di sekelilingnya.

Keputusan 'eksperimen' ini sungguh positif kerana ini menggalakkan orang lain untuk menerima kehadiran aku.

NAmun begitu, satu lagi usaha aku tak mencapai keputusan yang baik kerana mungkin sudah menjadi tabiat, aku suka 'membaca' perilaku orang lain. Masalah first impression masih lagi menular. Namun begitu, aku kini boleh mengawalnya dan beberapa ketika, aku boleh melupakan untuk membaca perilaku orang lain sebelum cuba untuk mengenalinya.

Apa pun, masih banyak usaha dan tindakan yang perlu aku lakukan untuk menjauhkan aku dari prejudis kepada orang lain.

Apa yang pernah orang lain pernah ingatkan aku, lupakan sahaja sejarah buruk dahulu, dan ada juga yang mencadangkan agar memaafkan sahaja orang yang menyebabkan aku bersifat prejudis sebegini.

Apapun, aku akan usaha untuk memaafkan, namun takkan melupakan.

Post a Comment

1 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)