Terkongkongkah Pengamal Agama di Malaysia?



Allah



1. Saban mengetahui bahawa kes penggunaan istilah nama Allah dalam majalah mingguan Katolok, Herald masih lagi belum selesai.

2. Kecelaruan semakin bertambah apabila lebih banyak gereja diserang oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

3. Kejadian ini memberi imej buruk Islam dan Malaysia di mata dunia dan pelbagai tohmahan telah dilontarkan oleh media barat.

4. Baru-baru ini, CNN telah menyiarkan berita bertulis di dalam laman webnya yang menyatakan Malaysia adalah antara 10 negara di dunia yang mengamalkan sekatan beragama terketat di dunia.

Malaysia has some of the tightest government restrictions on religion in the world, according to a study published last month by the Pew Forum on Religion & Public Life. The country was among the 10 most restrictive countries out of 175 in the survey.



5. Apakah benar rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam disekat untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing di Malaysia?

6. Ini telah jelas bahawa media-media bebas barat hanya stereotaip kepada apa yang berlaku kebelakangan ini sahaja sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

7. Ini menunjukkan tiada sekatan beragama dikuatkuasakan kepada rakyat yang bukan beragama Islam. Malah, jika mereka benar-benar disekat, pastinya tiada gereja mahupun kuil dan tokong dibina di negara ini sedangkan sebaliknya berlaku. Walaupun tiada hak untuk penganut agama lain meminta peruntukan membina rumah ibadah dari kerajaan sudah tertulis dalam undang-undang, namun kerajaan tetap menyalurkan sebahagian peruntukan untuk memastikan kelestarian masyarakat berbilang agama di Malaysia.

8. Apa yang dimainkan di media barat hanyalah berkisarkan keburukan Islam dan bukannya nilai murni yang sememangnya ditunjukkan oleh agama Islam sendiri.

9. Berbalik di dalam negara pula, penggunaan istilah nama Allah dalam majalah tersebut telah nyata menimbulkan kekecohan dan kecelaruan di dalam negara. Malah amat dukacitanya ada juga pemimpin-pemimpin Islam seperti Dr Zulkifli Ahmad, Khalid Samad malah Anwar Ibrahim sendiri yang menyokong penggunaan istilah nama Allah ini.
- Agenda Daily

10. Jika mereka benar-benar Islam dan benar-benar mahu menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia, mereka tak sepatutnya menyokong.

11. Memang benarlah bahawa asal-usul agama yang dibawa oleh nabi Isa juga adalah dari Allah S.W.T, namun setelah beribu tahun, ajaran Kristian telah diubah-ubah mengikut zaman. Maka, tidak layak lagilah mereka menggunakan nama Allah.

12. Malah, penganut-penganut agama Kristian di negara-negara seperti Amerika Syarikat menggunakan istilah God ataupun Lord untuk memberi maksud Tuhan. Mengapa mereka tidak menggunakan nama Allah sedangkan mereka ada kuasa untuk menggunanya di negara tersebut?

13. Sama juga seperti agama Yahudi iaitu mereka juga tidak mengguanakan nama Allah, sedangkan asal agama ini juga daripada Allah S.W.T. Mereka menggunakan istilah nama El ataupun Yahweh yang bermaksud Tuhan.

14. Jika dilihat situasi zaman kini, hanya Islam sahaja yang layak menggunakan nama Allah sebagai maksud kepada Tuhan kerana keaslian ajarannya masih dijaga oleh penganutnya.

15. Apakah pemimpin-pemimpin Islam yang menyokong ini sedar akan ancaman kepada umat Islam sendiri? Apakah mereka sedar akan kecelaruan yang berlaku di negara ini? Mahukah kita lihat seperti apa yang berlaku di India, Pakistan mahupun negara-negara yang rumah ibadah sentiasa diserang oleh penganut agama lain yang sentiasa tidak berpuas hati?

16. Pastinya, kita tidak mahu ini berlaku. Islam menggalakkan keamanan dan pastinya begitu juga dalam ajaran-ajaran agama lain. Maka, kita semua haruslah menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya agar tidak menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang lebih serius.

17. Apakah kita mahu lihat 'Perang Salib' versi Malaysia?

Post a Comment

3 Comments

  1. salam hisyam...
    (this is diyana [intep 05-06] merangkap your sister =)
    ak concern gak ngan mende2 yg brlaku kat msia ni.. but ak ade mixed opinion ttg isu ni.
    1. all this while christians in msia have been using "Lord" @ "God" in their practices, so nape skrng nk tukar pnggunaan prkataan tu plak? does it make sense tu change the practice of ur religion to something that resembles other religion? (even if as small as the way u call ur god)
    2. does the faith of muslims (particularly in msia) will be shattered upon the usage of the name "Allah" by other religion? to the extent that we don't know that our religion is DEFINITELY different from others? (quoting al-Quran 109:1-6)
    3. We can justify that our religion is the ultimate truth, but other religion practitioners can also claim the same thing! Tak ade sape yg akan mngaku bhwsanya agama die x btul. So, our argument that their religion is corrupted x boleh nk dibuat hujah dgn diorang.. It is better to keep it within our circle and instead try to think other approaches to reach them out.
    4. The foreign medias are giving false ideas about this issue and certainly over-publicised it... This is soo true at sooo many levels. And i've been in a chat forum (discussing this issue) and i've told the chatters so many times that this is an internal issue an foreign medias are giving bad ideas about msia.. i even admit to their claims that the usage of the word Allah in other religion is not a new thing; it is common in other countries such as indonesia n also arabic countries. But still, i emphasised that this is the first time that such thing happened in msia, and they should realizec that this problem is locally based. But know what? They keep diverting the topic and start to point out the falsehood in Islam; as if they are scholars. Their minds are cultured and corrupted with hatred towards muslims.

    *byk lg nk tulis, tp dh x larat.. nway, sorry mnyibuk kat blog ko.. feel like having the urge to spill everything that have been pondering in my mind days ago.. =)
    ~salam dr prague, czech rep~

    ReplyDelete
  2. yang sbenarnye orang2 zaman skang terlalu jahil... bukan nak kate kat orang aku pon ade jahil nyer...

    mmg susah ntuk menjawab persoalan2 yg dikeluarkn oleh mereka2 yg berkenaan... kecuali dgn akal dan rujukan kita iaitu alquran dan alsunnah..

    malas pulak nak type panjang2..

    conclusion nyer..
    kalu dyrg kate kat kite...
    aku punyer suke la nak letak aku punyer tuhan name ape.. pae kite mau jawab...
    tp pada org2 pondok dan org tahfiz tu biase sajer...
    aku sdiri pon xley jwb soklan tuh..
    so pandai2 bace article yg jelas dan diyakini betul ntuk fight back dyrg..

    tq.. =)

    ReplyDelete
  3. hmmm... nth la... sume owg cam leh ja bg pndapat msing2..

    tp ak cam agk setuju dgn statement lect Islamic Institution kte yg ckp Allah ni ialah Tuhan sekelian alam.. even owg dri agama len.. yg x pcy Islam.. n slame ni dok pnggil Tuhan diorg God ke pe ke.. no matter what da name is..

    tp kte.. sbg org Islam.. kte sndri sedar yg even Tuhan kpd org kafir itu sndri still Allah.. so.. bg ak la.. xperlu kot kte smpi nk g bakar2 gereja ke pe ke.. sbb kte dh busukkn nme kte sndri.. psl tkot pendirian kte sndri berubah sbb Tuhan owg len pun diorg pnggil Allah.. 2 cam ats dri sndri gak rsenye.. pe yg kte leh solve dgn violent... adehhh..

    ni pendapat ak je la.. x mntk ssape stuju pun.. huhu...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)