Universiti Malaysia Pahang: Suarakan isu anda di sini!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia kepada semua sahabat-sahabat saya yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Seperti yang sedia maklum, UMP akan mengadakan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi 2009/2010 pada 28 Januari 2010.

Oleh yang demikian juga, saya mengumumkan akan bertanding untuk kerusi umum di MPP dan saya dengan ini membuka segala isu-isu berbangkit yang mahu anda bangkitkan kepada MPP. Saya akan mengumpul isu-isu yang dinyatakan dan akan berusaha untuk membawanya ke peringkat yang lebih tinggi.

Segala isu yang dibangkitkan haruslah mengikut kriteria-kriteria berikut:
1. Tidak melanggar aturan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2008)
2. Isu hanyalah berkaitan dengan isu universiti, mahasiswa, akademik dan kepentingan mahasiswa dan tidak melibatkan mana-mana pertubuhan-pertubuhan luar seperti parti politik.
3. Isu berkaitan dengan isu semasa yang berkaitan dengan kepentingan mahasiswa dan tidak berkaitan dengan kepentingan mana-mana individu/kumpulan luar.
4. Tidak melibatkan isu-isu sensitif seperti hal-hal perkauman, agama, dan fahaman politik.

Setiap isu bolehlah disuarakan dengan menghantar komen pada entri ini atau dengan menghantar ke emel saya: fadzrulhisyam@gmail.com.

Ingat, setiap suara anda adalah suara mahasiswa. Suara anda suara keramat kerana MAHASISWA ASET KEMAJUAN NEGARA.

Sekian, harap maklum.



MAHASISWA ASET KEMAJUAN NEGARA



Post a Comment

4 Comments

  1. wahh..congrats!! akhirnye syam masuk gak bertanding as MPP..good luck and all the best untuk pemilihan nt!

    p/s- about isu berbangkit..i'll think of it nt..x terpk lg..I try to help all I can ya..gud luck again! ;)

    ReplyDelete
  2. Salam...syam...nie nak komen sal isu stiker....especially kk2...kalau dah ade stiker ump..wat pe nk de stiker kk2??bukankah menyusahkan je...knape x dimudahkan je pengurusan stiker nie dimana stiker nie dijadikan satu je???kat stiker tu ump tu trus letak kolej mane die duduk...kan senang...jimat mase n duit nak buat stiker...nie sal salah satu stiker xde dh kne saman smpi RM50!!!x berbaloi langsung..harap boleh utarakan isu ini..terima kasih

    ReplyDelete
  3. akhirnye...
    btanding gak ko eh..
    lame tol bfikir..
    huhuhu
    ko msti mnang nye laa..
    dgr kate kucai nak tlg ko naik..
    good luck bro~
    hehehehe (^^,)

    ReplyDelete
  4. ermm...isu ek??
    jgn jadi telunjuk U lah k...
    lagik 1 jdlah org islam yg bila mana nk bertanding or x nmpk ler kat masjid bkn mase nk pancing undi jer....gua x kisah jnji lu pndai buat keje bkn setakat bg SCREEN BESAR dah ttop kes yer...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)