Proton EMAS: Kereta Konsep Kebanggaan Malaysia

Setelah sekian lama Proton berkecimpung dalam dunia automotif dunia, kini Proton melonjak setapak lagi dengan melancarkan reka bentuk kereta terbaru yang dinamakan Proton EMAS. Kereta ini yang merupakan kereta konsep pertama Proton telah dilancarkan di Motor Show Geneva 2010.

Proton EMAS dilancarkan dengan tiga varian iaitu Proton Emas, Emas3 dan Emas Country. Reka bentuk konsep ini adalah hasil usaha jurutera tempatan yang bekerja sama dengan jurutera Lotus bersama-sama dengan pereka bentuk dari Giugaro dari Itali. Kombinasi ini telah menghasilkan reka bentuk kereta konsep yang amat futuristik dan menarik.

Untuk maklumat tambahan, kereta ini dijana oleh kuasa hibrid. Dengan kemampuan untuk memecut dari 0-100 km/j dalam 14 saat dan halaju maksimum selaju 170 km/j kereta ini menunjukkan ia bukan calang-calang kereta yang boleh diperlekehkan dari segi kemampuan kerjanya. Malah, kuasa baterinya juga mampu bertahan sehingga 50km dengan sekali cas yang hanya mengambil masa selama 3 jam sahaja dengan menggunakan plag elektrik biasa di rumah.



Proton Emas



Proton Emas Country



Proton Emas3




Reka bentuk dalaman.


Sistem kuasa.

Syabas kepada Proton dengan pelancaran kereta konsep ini. Walaupun pengeluaran secara komersial masih lagi menjadi tanda tanya, namun dengan teknologi yang telah dilengkapkan dalam kereta ini menunjukkan kemampuan Proton menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk menjadi kebanggan kepada rakyat Malaysia.

Syabas sekali lagi kepada Proton, tahniah Tun Dr. Mahathir. Cita-cita anda telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjadi lebih maju.

*****

Pautan berkaitan:
- Proton Concepts
- Giugiaro Motor Show Geneva 2010
- Proton Concepts Facebook Fan Page

*****

Nota kaki:
1. Sediakan wang sekurang-kurangnya RM80k kalau nak beli kereta ni. Jangan nak berangalah kalau nak kualiti tip top tapi nak bayar dengan RM30k je.
2. Kepada kaki kutuk Proton, jangan nak pandai kutuk je. Proton sekarang dah mampu keluarkan kereta berdasarkan R&D mereka sendiri. Korang ni jangan-jangan habuk pun tarak! Sia-sia je jadi rakyat Malaysia kutuk produk sendiri.
3. Projek kereta aku pula, bilalah nak siap ni? Duit... duit... masalah betul.

Post a Comment

4 Comments

  1. first!!!!...
    hahaha..jgn marah cik syam...
    kalau proton xde yg lagi lawa dari emas ni time aku abis study,aku angkat la emas ni sbijik...

    ReplyDelete
  2. kebanyakan org malaysia mmg terkenal dgn sikap tak patriotiknya..diorang kalah dgn orang singapore dan indonesia..

    ReplyDelete
  3. bilelah nak kuar emas ni...x sabar nak beli....tgu dr pelancaran lg smpi skrg...hope emas dapat masuk malaysia secepat mungkin.....

    ReplyDelete
  4. bilelah nak kuar emas ni...x sabar nak beli....tgu dr pelancaran lg smpi skrg...hope emas dapat masuk malaysia secepat mungkin.....

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)