Shell Eco-marathon Asia 2010: Suka dan Duka

Lama sudah aku tidak menulis apa-apa di dalam blog aku ini. Maklumlah, aku kesibukan menguruskan satu pasukan yang menyertai sebuah pertandingan yang diberi nama Shell Eco-marathon Asia 2010. Tak ramai yang tahu akan kewujudan pertandingan ini. Pertandingan ini sudah lama wujud di Eropah dan benua Amerika. Kali ini, untuk pertama kalinya, pertandingan ini dibawa masuk ke Asia dan Malaysia dipilih sebagai negara pertama di Asia untuk menganjurkan Shell Eco-marathon ini.

Pertandingan ini telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang, Selangor pada 7-10 Julai yang lalu. Disertai oleh 81 pasukan dari 10 negara dari seluruh Asia, pasukan aku mewakili Universiti Malaysia Pahang melalui pasukan yang bernama UMP SAE Team yang bertanding dalam kategori UrbanConcept. Tugas aku adalah sebagai pengurus pasukan dan bertanggungjawab terhadap keseluruhan pasukan, bermula dari bermulanya kewujudan pasukan ini hinggalah laporan yang perlu disediakan setelah tamat acara.

Pelbagai cabaran dan dugaan harus aku lalui sepanjang mengurus pasukan ini. Bermula daripada tiada apa-apa kepada wujudnya sebuah kereta untuk dipertandingkan. Tugas paling perit adalah bagaimana untuk mendapatkan tajaan daripada pihak universiti dan dari pihak luar. Namun begitu, tiada apa yang dapat mematahkan semangat kami untuk sentiasa berusaha mendapatkan tajaan sehinggalah sedikit semi sedikit dapat dikumpulkan untuk pasukan ini. Penyumbang terbesar adalah daripada Kerajaan Negeri Pahang yang mendapat perhatian terus dari YAB Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Seri Haji Adnan bin Haji Yaakob. Tajaan daripada kerajaan beliau memberikan sinar harapan terbesar untuk pasukan ini.

Tidak semudah itu, banyak lagi yang perlu diharungi dengan jadual yang sangat ketat. Aku telah diberi amanat besar oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Profesor Dr. Rosli untuk membantu satu lagi pasukan yang juga mewakili UMP dalam kategori Prototype. Hakikatnya, aku terasa bebanan yang bertambah di atas bahu untuk memikul tanggungjawab membawa nama UMP ke persada dunia. Namun begitu, aku tetap menerimanya kerana ia adalah tanggungjawab aku untuk menunaikan amanat yang diberikan oleh Dekan kerana itu merupakan satu kepercayaan paling besar diberikan oleh seorang Dekan kepada seorang mahasiswa yang mengurus projek pasukannya.

Aku harus mengutamakan kepentingan universiti mengatasi kepentingan kumpulan semata-mata dan juga kepentingan diri sendiri. Aku dapat rasakan berat beban itu dan ini memerlukan pengorbanan dari segenap aspek. Sehinggakan aku tidak pernah bercuti untuk menyiapkan projek ini serta membantu pasukan yang lagi satu itu.

Walaupun ada antara di kalangan ahli pasukan aku yang tidak berpuas hati dengan pengurusan aku, namun aku tidak fikir apa yang aku lakukan itu adalah silap dan salah. Aku lebih utamakan kepentingan universiti berbanding kepentingan pasukan semata-mata. Aku sudah membuat perancangan setahun untuk menguruskan projek ini. Bermula dari aku berjawatan ketua teknikal sehinggalah aku diangkat menjadi pengurus pasukan untuk pasukan aku. Semuanya berjalan mengikut perancangan.

Aku bukanlah orang yang pandai mencari kesalahan orang lain lalu menjadikan satu kesalahan itu seperti dosa besar kepada orang itu. Aku lebih fokus kepada apa yang perlu aku lakukan agar setiap perancangan itu berjaya. Orang yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja yang merasakan dirinya itu bagus lalu membuat propaganda untuk menghukum dan menyalahkan orang lain, sedangkan diri sendiri tidak betul dan hanya cetek sahaja pemikirannya.Tak perlulah mengharapkan perut yang besar untuk berfikir kerana kita punyai akal dan fikiran untuk berfikir. Janganlah sampai seperti ayam menyudu air, itik mematuk padi.

Walau apapun, itu bukanlah isu besar, kerana aku tak perlu melayan perasaan emosional individu-individu yang hanya mementingkan diri sendiri. Isu yang besar adalah untuk memastikan setiap perancangan aku itu berjaya dan nama UMP dapat dijulang hinggak ke persada antarabangsa.

Biralah mereka bersorak dengan keputusan yang diperolehi, namun secara keseluruhannya, masih banyak kegagalan yang perlu diatasi untuk projek yang akan datang. Sekali lagi, aku telah diberi amanat oleh Dekan dan penasihat pasukan untuk membentuk pasukan baharu untuk Shell Eco-marathon Asia 2011 dan ini merupakan satu pengiktirafan oleh Dekan dan penasihat pasukan terhadap pengurusan aku dalam Shell Eco-marathon Asia 2010. Untuk pasukan seterusnya, hanya yang betul-betul kuat mental dan fizikal sahaja yang akan dipilih untuk menjadi ahli pasukan seterusnya... dan perancangan untuk projek pada tahun hadapan sudahpun dirangka sebelum aku mengumumkan pengambilan ahli baharu.

Ahli pasukan UMP SAE Team

Senarai Penaja

Hasil projek

Pandangan hadapan

Pengurus projek

Post a Comment

4 Comments

  1. nice2..kt U aku pun ade gak, tapi untuk budak 4th year...dah jadi final project diorg setiap tahun untuk bnde ni...kalau ade nasib, boleh la aku masuk competition mcm ni time 4th year aku..

    ReplyDelete
  2. @Iya
    - Pergh! Thanks!

    @Pesa
    - Nanti, ko masuk r... selitkan tujuan ko nak ngusha awek2 luar..hahah

    ReplyDelete
  3. salam saudara , leh saya dapatkan contact person in charge dalam wat body keta tu x?....sebab nak dapatkan beberapa info untuk tesis. haizam

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)