Jari-jariku hanya untukmu.


Empat tahun sudah berlalu. Lama sudah masa aku meninggalkan sesuatu yang pernah setia kepada aku suatu ketika dahulu. Ingatan kepadanya untuk kali terakhir pada masa itu adalah jasadnya itu telah diambil orang tanpa aku sedar. Kini tiada lagi tanda-tanda untuk aku bertemunya kembali.

Setelah pemergiannya, aku hilang punca. Temannya juga sudah tidak bermaya lagi. Akhirnya, hanya jasad yang ditinggalkan tanpa nyawa. Dia pergi tidak boleh kembali lagi kepadaku.

Pernah aku betemu dengan seseorang untuk menjadi penggantimu, tetapi apakan daya. Dirinya terlalu mahal untukku. Apakah kerana bezanya darjat aku tidak diterima?

Aku semakin terdesak. Aku mahu mencari pengganti yang seakan-akan sama denganmu, namun apakan daya. Aku tidak mampu menyediakan permintaan yang tinggi untuk memilikinya. Lalu, aku hanya mampu membawa pergi apa yang aku mampu sahaja. Aku hanya mampu menjeling kepadanya lalu pergi.

Kini, aku kembali teringat akan dirimu. Hanya kau yang mampu memenuhi keperluanku. Kaulah yang paling sempurna bagiku. Aku tidak dapat menafikannya lagi. Berikanlah aku peluang sekali lagi untuk memilikimu. Aku tidak peduli dengan apa yang orang akan kata. Klasik? Tak ikut perkembangan zaman? Tak maju? Aku tak peduli semua itu. Apa mereka fikir dengan mengambil epal sisa gigitan orang lain itu maju? Sambal tempoyak lagi aku suka!

Oh, Nokia! Kembalilah kepadaku! Aku perlukanmu untuk memudahkan aku menghantar SMS, MMS, membuat panggilan video, melayari internet, Facebook, Twitter dan paling penting mudah aku kendalikan bersama laptop aku! Peduli apa dengan Apple iPhone semua itu? Hanya kaulah yang terpahat di hati, Nokia. Jari-jariku hanyalah untukmu.


*****
Nota kaki:
1. Korang ingat apa? Hehe...
2. Motorola Phone Tools tidak mesra pelanggan seperti Nokia PC Suite. Sayangnya, aku masih pengguna Motorola.

Post a Comment

1 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)