Bandung: Tak ada kaitan dengan jenis sirap dan mi.

Lama juga aku tak menulis apa-apa entri dalam blog ini. Sudah kira-kira dua minggu aku tak menulis apa-apa memandangkan aku agak sibuk dengan banyak perkara yang perlu aku selesaikan. Secara ringkasnya, aku sudahpun mendapat buah hati yang baharu iaitu Asus A53S sebagai pengganti BenQ Joybook T31 yang sudah 5 tahun berkhidmad bersama aku. Laptop lama aku hantar untuk diperbaiki agar nampak seperti baru dibeli dan akan dinaik taraf di mana-mana bahagian yang perlu dan akan digunakan di rumah ataupun diwarisi oleh mana-mana adik-adik aku nanti.

Kembali kepada tajuk, baru-baru ini juga aku bersama keluarga telah meringankan diri untuk makan angin di Bandung, Indonesia selama tiga hari. Sepanjang percutian ini, aku dapat merumuskan beberapa perkara tentang perbandingan antara Malaysia dan Indonesia secara umumnya. Bagi aku, Bandung adalah sebuah bandar yang menarik untuk dilawati dan aku sangat mengagumi bandar ini.

Berikut adalah beberapa rumusan yang telah aku buat. Rumusan ini bukanlah rumusan 100% secara ilmiah kerana rumusan ini lebih benyak berkonsepkan humor.

  1. Malaysia dan Indonesia tak banyak bezanya kerana meter elektrik di Malaysia dan Indonesia sama jenis dan sama fungsi.
  2. Bilangan motosikal di Bandung berkali ganda lebih banyak berbanding kenderaan beroda empat sedangkan di Malaysia, situasinya adalah terbalik. Parkir khas untuk motosikal lebih banyak berbanding untuk kereta.
  3. Harga nasi goreng di tepi jalan (dengan nasi yang bergunung banyaknya) bersamaan kira-kira Rp 7.000 (RM 2.50) sedangkan di Malaysia harga nasi goreng paling murah dengan nasi setinggi bukit adalah sebanyak RM 3.00. Kalau aku tinggal di sana, gerenti aku gemuk.
  4. Banyak rumah dinaik taraf untuk dijadikan Guest House dan kebanyakan pengunjung adalah dari Malaysia. Semasa di sana, jiran bilik aku (kiri dan kanan) semuanya rakyat Malaysia. Satu kumpulan dari Lembah Kelang, dan ada yang dari Kelantan.
  5. Disebabkan nak mengelak dari pengemis jalanan dan jurujual jalanan, aku dan adik beradik menggunakan loghat Kelantan, dan Terengganu untuk berkomunikasi kononnya mereka tidak akan faham apa yang kami maksudkan. Aleh-aleh, loghat kami kelaut juga.
  6. Siaran TV yang disediakan di tempat penginapan mengandungi lebih 70 saluran termasuk saluran dari Taiwan, China, USA, UK, dan pastinya dari Indonesia. Tiada saluran dari Malaysia ditayangkan.
  7. Warga Indonesia secara umumnya amat menghormati warga Malaysia malah mengagumi Safee Sali yang hampir-hampir menyertai pasukan Persib Bandung yang juga memiliki Cristian Gonzales dan Matsunaga Shohei.
  8. Rakyat Malaysia dianggap sebagai orang kelas atasan di Indonesia kerana dilihat sebagai orang kaya dan berwang.
  9. Rp 1.000 bersamaan 35 sen.
  10. Antara aktiviti ekonomi utama Bandung adalah pertanian dan keluasan kawasan pertanian di sana berkali ganda lebih luas dari Cameron Highlands.
  11. Air Asia terbahagi kepada anak kumpulannya, Air Asia Malaysia, Air Asia Indonesia dan Air Asia Indonesia (tak termasuk Air Asia X). Bezanya Air Asia Malaysia dan Indonesia adalah Air Asia Malaysia ada macam-macam jenis makanan dijual secara dalam talian manakala Air Asia Indonesia hanya menyediakan sandwich dan adik-beradiknya sahaja.
Cukuplah sampai di sini aku menyenaraikan rumusan aku. Apa pun rumusan paling penting untuk aku nyatakan adalah aku sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia, membesar dan tinggal di dalam Malaysia.



Post a Comment

2 Comments

  1. Cuti nanti nak ke Bandung dan Brunei. Dua-dua ada orang sponsor ^_^ Habis exam ni sempat kerja sebulan. Nak beli kamera :) Boleh tangkap gambar banyak-banyak Hehe..

    ReplyDelete
  2. Ok la tuh... harap2 enjoy berhabisan la ye

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)