Astro punca rakyat berpecah belah?

Astro buat hal lagi. Inilah yang berlaku sepanjang tempoh sepanjang minggu ini apabila Astro telah menjadi salah satu faktor kebencian rakyat semakin meningkat. Apa yang telah berlaku ialah Astro telah membatalkan penayangan siaran langsung perlawanan persahabatan antara Malaysia melawan Arsenal pada Rabu lalu. Kali ini, Astro sekali lagi meningkatkan kemarahan rakyat Malaysia apabila membatalkan penayangan siaran langsung perlawanan persahabatan antara Malaysia melawan Liverpool.

Gambar di bawah ini adalah diambil dari laman Facebook rasmi Astro Arena.


Kebetulan pula baru-baru ini rakyat Malaysia sering bertelagah sesama sendiri akibat perhimpunan haram Bersih 2.0, sukan bola sepak yang diharapkan menjadi tempat untuk seluruh rakyat melupakan perbalahan politik dan bersatu semula menyokong dan menyayangi negara nampaknya tidak boleh dibuat apa-apa. Sayang seribu kali sayang.

Apakah ketiadaan penayangan siaran langsung ini juga akan berlaku pada perlawanan Malaysia lawan Chelsea nanti?

Sebelum Astro terus dipersalahkan, siapakah pesalah sebenar? Apakah Astro sendiri, atau ProEvents yang berpangkalan di Hong Kong atau FAM sendiri? Mana-mana pihak yang berkenaan harus membuat sidang akhbar menerangkan perkara sebenar yang berlaku dan juga apa-apa sahaja klausa dalam kontrak hak penayangan yang telah meremukkan hati seluruh rakyat Malaysia.

*****
Nota kaki:
1. Jangan pula ada yang tuduh Dato' Seri Najib yang tak bagi siaran langsung semata-mata kerana beliau penyokong Manchester United.

Post a Comment

5 Comments

  1. ProEvents yg tak mahu menjual hak siaran langsung kepada astro

    ReplyDelete
  2. @Azrin
    Mungkin juga... mungkin sebab ada klausa dlm kontrak yg mnyebabkan tjadinya mcm ni.

    @Encik JI
    Sakit hati pun, kita tetap kena sokong dari jauh.

    ReplyDelete
  3. merepek2 je ..semua nk bg org bengang..kih kih

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)