Tahniah Harimau Muda





Tak perlu berkata banyak, aku cuma tak terkata-kata apa untuk menyatakan kegirangan aku melihat pasukan negara memenangi pingat emas bola sepak Sukan SEA, iaitu ibu segala pingat emas di Sukan SEA.


Aku juga bangga melihat gelagat seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan fahaman politik sama-sama bersorak, melompat dan berpelukan apabila meraikan jaringan gol pasukan Malaysia dan juga ketika kejuaraan telah dipastikan milik Malaysia malam tadi.

Apa-apa pun, mari kita meneruskan menyokong pasukan negara kita untuk meneruskan perjuangan dalam perlawanan menentang Syria pada 23 November ini dan Bahrain pada 27 November 2011 untuk kelayakan ke Sukan Olimpik London 2012.

Apa lagi, perjuangan masih belum selesai. Teruskan memberikan semangat kepada negara kita. Malaysia Boleh!

*****
Nota kaki:
1. Mungkin pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang suka mencaca merbakan keamanan negara perlu berhenti menjadi penyebab perbalahan rakyat Malaysia disebabkan fahaman politik supaya rakyat negara kita lebih bersatu dan sejiwa mencintai negara. Jangan lagi pergi mengadu domba kepada agen-agen kuasa asing dan Israel semata-mata mahukan kuasa. Pemain bola sepak lebih mulia dari kalian semua walaupun kamu berijazah dan berkopiah serta berjanggut.

Post a Comment

0 Comments