Memori Covid-19


Ini adalah kronologi peristiwa yang berlaku dalam negara kita menjelang munculnya wabak penyakit Covid-19.

DEC 2019 - Covid19 serang Wuhan, China
JAN - FEB 2020 - Covid 19 mula serang negara lain termasuk Malaysia.
24 FEB 2020 - PM ke 7 - Dr.Mahathir letak jawatan.
01 MAC 2020 - PM ke 8 -TS Muhyiddin angkat sumpah
12 MAY 2020 - Pertukaran MB Kedah

18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1 PKP
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2 PKP
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3 PKP
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4 PKP Bersyarat (PKPB)
13 MEI - 9 JUN 2020 - PKPB (tak boleh balik raya /gawai @ dilarang rentas negeri)
10 JUN - 31 OGOS 2020 - PKP Pemulihan (PKPP)
*Perintah Kawalan Pergerakan seluruh Malaysia)
*Saringan dilakukan dengan mengambil sampel calitan dari hidung dan tekak daripada warga yang disyaki dijangkiti virus.
*Perintah kuarantin ke atas warga yang tiba dari luar negara atau yang terdedah kepada pesakit covid selama 14 hari.

  • Harga minyak kenderaan/petrol jatuh sehingga RM1.25/liter
  • Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
  • Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
  • Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
  • Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
  • Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
  • Hanya bbrpa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
  • Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
  • Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
  •  Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
  • Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
  • Tiada lagi solat berjemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
  • Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
  • Taman permainan kanak - kanak ditutup.
  • Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
  • Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
  • Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
  • Rak - rak di kedai menjadi kosong.
  • Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
  • Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
  • Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
  • Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
  • Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
  • Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
  • Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
  • Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
  • Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
  • "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020.

Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang telah kita dustakan?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih. Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Kita jaga kita!

Panjang umur boleh baca dalam buku sejarah anak cucu nanti.

#CopyNPaste
#HistoricalMemories
#StayAtHome
#DudukRumah
#KitaJagaKita
#covid19lockdown

Post a Comment

0 Comments