Orang Utara Tanah Air Tak Makan Telur


Telur merupakan salah satu makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Apatah lagi, banyak menu makanan di Malaysia mengandungi telur atau ditambah dengan telur sebagai lauk sampingan. Antara yang paling terkenal adalah nasi lemak dan roti telur.


Namun, tahukah anda bahawa terdapat satu kajian mendapati bahawa majoriti penduduk di tiga negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis tidak makan telur. Malah, minoriti yang memakan telur itu pula adalah bukan penduduk asal yang membesar di tiga negeri tersebut.


Menurut kajian itu lagi, mereka yang tidak makan telur itu mempunyai alternatif bagi menggantikan telur. Malah, alternatif tersebut juga memiliki zat nutrisi yang sama seperti telur.


Setelah diperkenalkan kepada para penyelik, mereka berjaya diyakinkan bahawa alternatif bagi telur bagi penduduk orang utara tersebut dinamakan sebagai teloq.


Lalu dapatan dari kaji selidik ini, istilah ‘teloq’ telah didaftarkan sebagai antara makanan ruji orang Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Post a comment

0 Comments