Selesainya PEMAMPAN 10

Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya program ini dapat direalisasikan pada 7 Mac yang lalu. Program ini juga bertembung dengan program UMP Autoshow dan perkahwinan rakan sekelas aku, Myza memberi aku dilema untuk memilih program atau acara mana yang harus aku sertai.

Dalam menjayakan program ini juga telah memberikan aku beberapa pengalaman pahit manis dan pengalaman inilah yang akan menjadi bekalan aku untuk terus berbakti kepada mahasiswa dan negeri serta negara secara umumnya.


Beberapa ahli jawatankuasa penggerak program.


Perjumpaan MKM bersama Menteri Besar Pahang.


Dalam perjumpaan itu juga, aku telah memohon untuk meminta peruntukan bantuan kewangan untuk pasukan UMP SAE Team dalam melaksanakan projek pasukan aku. Alhamdulillah, YAB Dato' Seri Adnan Yaakob memberi respon positif dan aku telahpun menghantar kertas kerja pasukan kepada beliau.

Aku cuma perlu menunggu selepas mesyuarat exco kerajaan negeri untuk meluluskan permohonan tersebut. Insya-Allah diharapkan agar ia diluluskan.

*****

Nota kaki:
1. Nanti nak buat program yang melibatkan 7000 peserta anak Pahang. 250% lebih banyak dari jumlah peserta perhimpunan ini.

Post a Comment

5 Comments

  1. aku harap peruntukan 2 lulus... amin2...

    ReplyDelete
  2. ape projek pasukan syam?

    papepun semoga lulus peruntukan tue. :)

    ReplyDelete
  3. maaf saudara..
    sy mohon komen (sebaiknya satu entry khusus) saudara tentang GST(cukai brgn n prkhidmatan) yg kerajaan sedang usulkan.

    selaku seorg yg saudara sifatkan sbg rasional, apa pandangan saudara. rasionalnya tindakan itu memandangkan m'sia sebuah negara yg sedang mmbangun.

    masih ramai yg hidup dlm kemiskinan. tidak adakah cara lain utk kerajaan mndptkan duit selain dr mengmbil dr rakyat. mengapa tidak dikurangkan sesuatu yg dilihat tidak perlu (pembaziran) dlm membangunkan negara.

    pd pndngn sy secara peribadi, seolah2 kerajaan terdesak, dan tidak terbuka dlm menyelesaikan masalah dan cenderung mengambil jln mudah.

    mungkin sy bkn seorng menteri yg menguruskan krjaan, saudara kata sy tidak berada pd tmpt itu. tetapi wajarlah bg pimpinan2 negara utk brainstorm, mncari jln yg bijak, meminta pndngan sebyk2 nye utk menyelesaikan mslh krn mereka adlh orgnye. bkn hanye mengambil jln singkat.

    sy melihat saudara sebagai penyokong krajaan, justeru sy meminta pndangan saudara. apakah mustahil jika kita mahukan perubahan kepimpinan. tidak adakah yg lebih lyk dr umno & bn utk memrintah yg saudara tahu hmpir seluruh nye rosak dek korupsi dan wang..

    mungkin saudara tidak lihat kepimpinan pd TG Nik Aziz. dlm bajet yg terhad, hutang dlm kpmpinan lepas, kltn mampu hidup, mmbyr gaji pegawai tnpa masalah. tak maju ke?? pergi lah ke bndar KB, lihat sndiri. even tmpt saudara tak ckup maju nk dibandingkan dgn kltn.

    mungkin mundurnya kltn pd msyrkt ialah pd tiadanya GSC dsb. jika itulah ukurannya, tiada ertinye dlm hidup mnsia.

    bukankah kebahagian yg kita mau. bukan kemewahan. pemimpin yg sanggup hidup di rumah kayu sedangkan rumah batu disediakan. bajet bkn utk diri sendiri ttapi utk rakyat. pengawal keselamatan hanya utk majlis rasmi kerajaan.
    mengimami solat, doakan kesejahteraan rakyat.

    apa yg dicari oleh TG Nik Aziz pd usia beliau yg lewat ini?
    nk hidup mewah?..hidup nya hanya sekadar.jwpnnye..hanyalah tanggungjawab seorang muslim, utk memastikan Islam diulang tinggi oleh masyarakat.

    sy tidak salahkan saudara berfikiran sedemikian krn memang begitu yg diharapkan oleh media massa.

    akhir skali, maafkan sy jika terkasar. niat dihati hanyalah supaya kita sama2 dpt hidup bhgia dunia dan akhirat. bkn katakan pas yg terbaik, jika ada yg lebih baik dr pas sy tidak nafikan. cuma pd masa ini itulah alternatif kepada sesuatu yg lebih islamik. mungkin juga bkn secara total.

    terima kasih. wallahua'lam.wassalam

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)