Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya program ini dapat direalisasikan pada 7 Mac yang lalu. Program ini juga bertembung dengan program UMP Autoshow dan perkahwinan rakan sekelas aku, Myza memberi aku dilema untuk memilih program atau acara mana yang harus aku sertai.

Dalam menjayakan program ini juga telah memberikan aku beberapa pengalaman pahit manis dan pengalaman inilah yang akan menjadi bekalan aku untuk terus berbakti kepada mahasiswa dan negeri serta negara secara umumnya.


Beberapa ahli jawatankuasa penggerak program.


Perjumpaan MKM bersama Menteri Besar Pahang.


Dalam perjumpaan itu juga, aku telah memohon untuk meminta peruntukan bantuan kewangan untuk pasukan UMP SAE Team dalam melaksanakan projek pasukan aku. Alhamdulillah, YAB Dato' Seri Adnan Yaakob memberi respon positif dan aku telahpun menghantar kertas kerja pasukan kepada beliau.

Aku cuma perlu menunggu selepas mesyuarat exco kerajaan negeri untuk meluluskan permohonan tersebut. Insya-Allah diharapkan agar ia diluluskan.

*****

Nota kaki:
1. Nanti nak buat program yang melibatkan 7000 peserta anak Pahang. 250% lebih banyak dari jumlah peserta perhimpunan ini.