Rasa terkenal yang memusykilkan.

Kepada sesiapa yang pernah menggunakan aplikasi widget FEEDJIT, pasti kebanyakannya berpuas hati dengan perkhidmatannya. Kepada yang belum menggunakannya, cubalah sekali. Pasti berpuas hati.

Aku pernah mengeluarkan satu entri berkenaan dengan aplikasi ini pada suatu ketika dahulu [KLIK DI SINI] yang menceritakan serba sedikit kelebihan FEEDJIT. Gigih pula aku nak mencari satu entri daripada beratus-ratus entri aku.

Untuk kali ini pula, aku nak berbicara tentang aspek sejauh mana kita rasa diri kita ini terkenal. Pasti ada sebahagian di antara kita sudah rasa cukup terkenal di kalangan rakan-rakan setempat pengajian dan sekerja. Namun, apakah kita ini benar-benar terkenal? Untuk ke peringkat demikian mungkinlah, kalau di peringkat nasional, kena berusaha menjadi seperti Aznil Nawawi ataupun Afdlin Shauki. Kalau di peringkat antarabangsa, mungkin kita boleh menjadi seperti Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak ataupun Dato' Sri Anthony Francis Fernandes (Tony Fernandes). Namun begitu, jika mahu mencapai ke satu tahap yang dicapai oleh mereka, pasti memerlukan kerja yang amat kuat.

Apa pun, aku ada satu kemusykilan terhadap sejauh mana aku terkenal di peringkat universiti... tidak; negeri... tidak; kebangsaan... lagilah tidak; antarabangsa... ya, di peringkat antarabangsa. jika dua peringkat rendah yang aku nyatakan tadi mungkinlah juga, namun untuk di peringkat antarabangsa menjadikannya sesuatu yang mustahil. Namun begitu, laporan dari FEEDJIT menafikan tanggapan aku itu.


Klik untuk pembesaran.

Kalau korang baca di dalam petak merah tersebut, ada dua yang aku tak kenal siapa, seorang dari Melbourne, Australia dan seorang lagi dari California, USA. Sekali pandang, tak ada yang menarik tatapi jika baca di hujung baris laporan tersebut menyatakan mereka ini mencari perkataan 'fadzrul hisyam' yang merupakan nama aku.

Aku kini berasa musykil, apakah aku ini terkenal sehinggakan orang dari USA dan Australia meng-google nama aku? Apalah sangat aku ini. Sekadar insan biasa yang kalau tanya budak jurusan sains komputer di tempat aku belajar ini pun masih ramai yang tak kenal aku. Apa respon aku pun aku tak pasti sama ada nak berasa bangga atau kelakar.

Jika aku mahu fikirkan mereka itu kenalan aku, agak mustahil kerana siapalah yang aku kenal berada di sana ataupun siapalah yang ada di sana mengenali aku. Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan?

Walau apa pun, entri ini bukanlah sengaja untuk aku berbangga tahap terkenalnya aku, malah aku tak rasakan diri aku ini terkenal pun. Malah aku rasakan bahawa rasa terkenal ini agak menyukarkan hidup aku dan kadang kala seperti trauma dengan keadaan semua orang mengenali aku seperti yang aku rasa sekarang. Apa yang penting ialah, apabila kita sudah menjadi terkenal, haruslah kita menunjukkan contoh keperibadian yang baik kepada orang sekeliling kita agar mereka dapat dipengaruhi dengan nilai-nilai baik dari kita. Apabila kita sudah terkenal, pasti juga kita akan ada pengaruh dan gunalah pengaruh yang kita ada itu untuk mengajak orang-orang yang berada di sekeliling kita untuk berlaku baik dan menanamkan nilai insan yang mulia. Janganlah kita menyalahgunakan pengaruh kita itu semata-mata untuk merosakkan orang lain dan diri kita.

*****

Nota kaki:
1. Kalau nak kenal dengan bakal isteri lain pula, ya.

Post a Comment

6 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)